Program Pengajian Akidah Dan Agama

Program Pengajian Akidah Dan Agama Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program Pengajian Akidah Dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai, Nilai.

- Ditubuhkan pada 2009.
- Bernaung di bawah Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia
- Menawarkan program pengajian peringkat Sarjana Muda dan Sarjana Dengan Kepujian.

Mohon alumnai USIM Program Pengajian Akidah dan Agama... moh bantu isi kajian tinjauan ni.. Keprihatinan entum semua san...
21/05/2025

Mohon alumnai USIM Program Pengajian Akidah dan Agama... moh bantu isi kajian tinjauan ni..
Keprihatinan entum semua sangat dihargai.
Barakallah fikum..

Assalamualaikum
Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM sedang melaksanakan Tinjauan Pasaran Kajian terhadap Kesediaan Penstrukturan Tempoh Pengajian Program Sarjana Muda daripada 4 Tahun kepada 3 Tahun kepada Pihak Industri. Kami memohon kerjasama Tuan/ Puan agar dapat meluangkan masa untuk mengisi kajian tinjauan ini. Hasil Kajian ini sangat bermakna bagi perancangan masa hadapan pelajar-pelajar khususnya, dan juga USIM.
Segala kerjasama Tuan/ Puan amatlah kami sangat hargai. Jazakumullah khairan.

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang menjalankan satu kajian pasaran bagi menilai kesesuaian dan kebolehlaksanaan penstrukturan semula tempoh pengajian program-program Ijazah Sarjana Muda daripada empat (4) tahun kepada tiga (3) tahun. Maklum balas t...

[ MAJALAH AL-HIKMAH ISU KE-15 ]πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Anda minat menulis?πŸ‘©πŸ»β€πŸ’»πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Anda s**a berkarya?πŸ‘©πŸ»β€πŸ’»πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Anda ada tips kehidupan yang ba...
12/02/2025

[ MAJALAH AL-HIKMAH ISU KE-15 ]

πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Anda minat menulis?πŸ‘©πŸ»β€πŸ’»
πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Anda s**a berkarya?πŸ‘©πŸ»β€πŸ’»
πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Anda ada tips kehidupan yang bagus?πŸ‘©πŸ»β€πŸ’»
πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Anda berminat membuat ulasan buku mahupun filem?πŸ‘©πŸ»β€πŸ’»
πŸ‘¨πŸ»β€πŸ’»Anda ada pelbagai jenis coretan penulisan tapi hanya disimpan sebagai simpanan persendirian?πŸ‘©πŸ»β€πŸ’»

Tapi, sekarang tidak lagi! Jom hantarkan karya-karya penulisan anda kepada kami untuk diterbitkan dalam MAJALAH AL-HIKMAH ISU KE-15 TAHUN 2025

Pelbagai bentuk artikel dan karya anda boleh hasilkan :
πŸ–‹ Cerpen atau puisi
πŸ–‹ Ulasan buku atau filem
πŸ–‹ Tips atau karangan motivasi
πŸ–‹ Penulisan ilmiah
πŸ–‹ Ringkasan assignment

Tema Majalah kali ini: PENGORBANAN 1446 HIJRAH

πŸ“©Tarikh tutup penghantaran : 12 MEI 2025

Artikel dalam bentuk softcopy (Microsoft Words), lebih kurang 300 - 500 patah perkataan, dan diemelkan ke
πŸ’Œ [email protected]

πŸ†Setiap karya yang dihantar akan diterbitkan dalam Majalah Al-Hikmah Isu Ke-15 pada akhir Jun tahun ini!

Sebarang persoalan, sila hubungi:

πŸ‘±πŸ»β€β™‚οΈSaudara Tengku: https://wa.link/n3tvzg

πŸ§•πŸ»Saudari Shafiyah: https://wa.link/comi6o

05/02/2025

Koleksi Video Pendek Sempena Sambutan Hari Persaudaraan Kemanusiaan Antarabangsa Dan Sesi Pertama Scriptural Reasoning Di Bilik Akidah And Global Outreach Centre pada 4 Februari 2025. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan terlibat.

SAMBUTAN HARI PERSAUDARAAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA DAN SESI PERTAMA SCRIPTURAL REASONING DI BILIK AKIDAH AND GLOBAL OUT...
05/02/2025

SAMBUTAN HARI PERSAUDARAAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA DAN SESI PERTAMA SCRIPTURAL REASONING DI BILIK AKIDAH AND GLOBAL OUTREACH CENTRE TAHUN 2025

Oleh: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali
Pensyarah,
Program Pengajian Akidah dan Agama,
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia

Pada 4 Februari tahun 2019 di Abu Dhabi, sebuah dokumen penting telah diterbitkan oleh The Higher Committee of Human Fraternity yang bertajuk Dokumen Tentang Persaudaraan Manusia Bagi Keamanan Dunia Dan Hidup Bersama (A Document on Human Fraternity for World Peace and Living Together). Dokumen bersejarah ini telah disahkan dan ditandatangani oleh dua orang tokoh besar dalam dunia Islam dan Kristian Katolik iaitu: Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Profesor Dr. Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayeb (lahir 6 Januari 1946) dan Pope Francis (lahir 17 Disember 1936).

Dokumen ini menggariskan pelbagai hikmah utama dalam mencapai keharmonian antara penganut agama dan pengukuhan solidariti kemanusiaan. Dokumen ini juga amat sesuai untuk dijadikan panduan buat semua warga dunia dalam membuat muhasabah dan roadmap bagi merealisasikan kesedaran dan tindakan untuk hidup bersama-sama dengan harmoni di dunia ini. Malah dinyatakan dalam dokumen ini: β€œAl-Azhar dan Gereja Katolik meminta agar dokumen ini menjadi objek kajian dan renungan di semua sekolah, universiti dan institut pembentukan, sekali gus membantu mendidik generasi baru untuk membawa kebaikan dan keamanan kepada orang lain, dan menjadi pembela di mana-mana terhadap hak-hak orang yang tertindas dan terkecil dari saudara-saudara kita” (https://www.forhumanfraternity.org/document-on-human-fraternity/).

Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui resolusi nombor 75/200 mengumumkan tarikh 4 Februari pada setiap tahun sebagai sambutan Hari Antarabangsa Persaudaraan Kemanusiaan (International Day of Human Fraternity) untuk melestarikan budaya kehidupan yang damai. Sambutan dan pengukuhan persaudaraan kemanusiaan ini wajib dibuat merentasi pelbagai bentuk kepercayaan, budaya, ideologi politik dan kewarganegaraan. Menurut PBB, budaya damai adalah satu set nilai, sikap, tradisi, amalan tingkahlaku, serta gaya hidup yang didasarkan kepada pelbagai nilai tinggi yang positif dan amalan keamanan yang merentas semua tahap masyarakat dan antara negara-negara yang dipupuk oleh persekitaran nasional dan antarabangsa yang kondusif.

Pada 4 Februari 2025, Hari Antarabangsa Persaudaraan Kemanusiaan 2025 ini disambut dan diwacanakan dengan sesi dialog Scriptural Reasoning (penghujahan kitab) berkenaan ibadat puasa dalam agama Islam dan Kristian Katolik, menerusi Surah al-Baqarah 2: ayat 183-185 dan Gospel Luke, 4: ayat 1 – 2a, 14, 16 dan 18. Seramai 20 orang peserta yang telah menghadiri program ini yang terdiri daripada para pensyarah USIM, pelajar USIM, pelajar UM, dan beberapa wakil daripada penganut Katolik. Program ini telah diadakan di Bilik Akidah and Global Outreach Centre (AGENT), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM bermula jam 3 hingga 5 petang.

Scriptural Reasoning adalah sebuah program dialog antara para peserta dengan latar belakang agama yang berbeza untuk membaca, berbincang dan memahami teks suci agama masing-masing. Ini bersesuaian dengan syiar program ini iaitu ke arah faham perbezaan agama yang lebih berkualiti atau better quality disagreement (http://www.scripturalreasoning.org/). Dari sudut sejarah, program ini telah bermula di Barat pada pertengahan tahun 1990 dan masih dilaksanakan sehingga ke hari ini di Universiti Cambridge, Universiti Oxford dan beberapa institusi kajian agama di dunia (https://www.interfaith.cam.ac.uk/sr).

Di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM; program Scriptural Reasoning ini telah diadakan sejak tahun 2016 bersama beberapa wakil jemaah Kristian Katolik daripada Gereja St. Theresa Nilai. Program ini dilaksanakan secara berkala dengan tujuan bersilaturahim dan memberikan pendedahan kepada para peserta berkenaan kepentingan dialog antara agama di Malaysia. Sehingga ke hari ini, program ini diteruskan penganjurannya dan telah menerima peserta daripada luar daerah Nilai dan organisasi-organisasi Katolik yang berbeza.

Sambutan Hari Antarabangsa Persaudaraan Kemanusiaan 2025 dan Scriptural Reasoning ini diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan minum petang. Majlis bersurai pada jam 5.00 petang. Pihak penganjur mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat semua yang menyokong dan membantu menjayakan sambutan Hari Antarabangsa Persaudaraan Kemanusiaan 2025 dan Scriptural Reasoning ini di Bilik Akidah and Global Outreach Centre (AGENT), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Moga persaudaraan yang telah dibina dapat menjadi benih yang baik dalam menyebarkan mesej keamanan dan kedamaian ke seluruh dunia.

24/10/2024

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tokoh intelek islam Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas atas pelantikan sebagai Profesor Diraja oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 23 Oktober 2024.

Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas menerima pengiktirafan gelaran tertinggi dalam kalangan profesor itu berikutan jasa serta sumbangan beliau terhadap negara terutama dalam pendidikan Islam. Beliau juga merupakan penerima kedua gelaran profesor diraja selepas Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Ikhlas daripada: Ahli Lembaga Pengarah, Barisan Pengurusan serta seluruh warga kerja Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67! ...
31/08/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Mari kita raikan semangat kemerdekaan dengan penuh kesyukuran dan kebanggaan. Bersama-sama kita teruskan usaha untuk memajukan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta.

Jangan lupa untuk membaca keluaran terbaru Majalah al-Hikmah edisi ke-13 tahun 2024 yang penuh dengan artikel menarik dan bermanfaat. Selamat membaca! πŸ“–βœ¨

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Ikhlas daripada Sidang Editor Majalah al-Hikmah



https://drive.google.com/file/d/1rm0MkuBeDE3s7Ti7oISR1XQwfIFlgwxD/view?usp=drivesdk

Address

Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Pengajian Akidah Dan Agama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Program Pengajian Akidah Dan Agama:

Share