IKBN Miri Sarawak (Official)

IKBN Miri Sarawak (Official) IKBN Miri merupakan salah satu dari Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
(1)

Institut Kemahiran Belia Negara Miri telah ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 menawarkan kursus latihan kemahiran dalam bidang automotif, mekanikal dan hospitaliti.

LAWATAN KERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU) KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) MIRI...
08/09/2026

LAWATAN KERJA MAJLIS BERSAMA JABATAN DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA (DBKU) KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) MIRI

MIRI - 8 September 2026(Selasa)- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri berbesar hati menerima kunjungan lawatan kerja Majlis Bersama Jabatan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Delegasi DBKU telah disambut oleh Ts. Kamaruldzaman bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Miri, bersama-sama pegawai dan warga kerja IKBN Miri. Lawatan kerja ini melibatkan seramai 18 orang pegawai DBKU.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau kemudahan dan fasiliti yang terdapat di IKBN Miri, berkongsi maklumat serta mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan, penyelenggaraan dan penggunaan kemudahan sedia ada yang dapat menyokong keperluan organisasi.

Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform bagi perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam aspek pengurusan fasiliti, penyelenggaraan kemudahan serta pengoptimuman penggunaan ruang dan prasarana.

IKBN Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak DBKU atas kunjungan serta kepercayaan yang diberikan. Semoga lawatan kerja ini dapat memperkukuh jalinan kerjasama strategik, perkongsian kepakaran dan hubungan antara kedua-dua organisasi, sekali gus memberikan manfaat yang berterusan pada masa akan datang.

“Let’s Create Excellence”

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







PROMOSI SEMPENA PROGRAM 13th MIRI INTERNASIONAL BIKE WEEK 2026MIRI, 28 Ogos 2026(Jumaat) – Kelab Sukan Bermotor Promin J...
07/09/2026

PROMOSI SEMPENA PROGRAM 13th MIRI INTERNASIONAL BIKE WEEK 2026

MIRI, 28 Ogos 2026(Jumaat) – Kelab Sukan Bermotor Promin Jaya Miri telah mengadakan program 13th Miri Internasional Bike Week 2026 bertempat di Tempat Letak Kereta, Boulevard Shopping Mall, Miri.

IKBN Miri hadir untuk memperluaskan capaian promosi terhadap bidang kemahiran selaras dengan aspirasi negara dalam memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







PELAJAR IKBN MIRI MERIAHKAN RAKAN LITAR MOTO CLUB TRACK DAY. MIRI, 6 September 2026(Ahad) – Pelajar Institut Kemahiran B...
06/09/2026

PELAJAR IKBN MIRI MERIAHKAN RAKAN LITAR MOTO CLUB TRACK DAY.

MIRI, 6 September 2026(Ahad) – Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Sekretariat Rakan Muda turut memeriahkan Program Rakan Litar Moto Cub Track Day anjuran Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Miri yang berlangsung di Litar Go-Kart Permyjaya.

Program ini memberi peluang kepada para peserta mendapatkan pendedahan mengenai asas undang-undang sukan bermotor, teknikal litar dan aspek keselamatan, selain merasai sendiri pengalaman menunggang motosikal di litar dengan kelengkapan keselamatan yang lengkap.

Lebih menarik, dua pelajar wanita daripada jurusan Penyelenggaraan Jentera Berat IKBN Miri turut berani mencuba pengalaman menunggang di litar buat pertama kali.

Penglibatan ini membuktikan bahawa belia wanita IKBN Miri turut berani mencabar diri dan menceburi bidang sukan bermotor, sekali gus membuka ruang kepada pengalaman baharu di luar bidang pembelajaran.

Program ini diharap dapat terus menyemai kesedaran mengenai keselamatan, disiplin dan kemahiran dalam sukan bermotor, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti yang sihat dan mencabar.

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







SELAMAT BERJUANG PASUKAN PARA SUKMA SARAWAK KE SUKAN PARA SUKMA SELANGOR XXII TAHUN 2026💪🏻Ikhlas daripada,Pengarah& selu...
06/09/2026

SELAMAT BERJUANG PASUKAN PARA SUKMA SARAWAK KE SUKAN PARA SUKMA SELANGOR XXII TAHUN 2026💪🏻

Ikhlas daripada,
Pengarah
& seluruh warga IKBN Miri Sarawak

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







04/09/2026

Siri Keempat Skil Sekejap kali ini membawakan perkongsian daripada bidang Pembuatan Pastri mengenai topik Mixer dan Aksesori Mixer.

Ingin menjadikan hasil adunan pastri anda lebih gebu, sekata, dan sempurna? Melalui perkongsian program ini, anda dapat mempelajari teknik pengendalian mixer dan pemilihan aksesori yang tepat untuk menghasilkan produk pastri yang berkualiti, profesional, dan lazat.

Anda akan memperoleh kemahiran dalam:
✔️ Pengendalian asas mesin mixer dengan selamat
✔️ Pemilihan aksesori yang tepat (seperti whisk, paddle, dan dough hook)
✔️ Cara menukar aksesori sambungan yang sesuai

Berminat dalam kepakaran Pembuatan Pastri? Jom sertai keluarga Jurusan Hospitaliti IKBN Miri!

Kredit kepada:

Pengajar: Puan Noorfariezan binti Malik

Pelajar: Jacqueena Jepeli

Editor Video: Encik Mohd Firdaus bin Mislam

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







HARI TEMUDUGA BAGI BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS SESI 2/2026MIRI, 4 Sep...
04/09/2026

HARI TEMUDUGA BAGI BAGI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS SESI 2/2026

MIRI, 4 Sept 2026 (Jumaat) – Hari temuduga calon peserta bagi sesi 2/2026 Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas telah diadakan pada pagi ini. Seramai 2 calon telah menghadiri temuduga tersebut dengan ditemani oleh ibu bapa yang bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Sesi temuduga telah dikendalikan oleh 4 orang panel yang merangkumi sesi temuduga dan penilaian ringkas kemahiran kepada semua calon. Antara penilaian ringkas kemahiran yang telah dijalankan seperti menimbang bahan menggunakan penimbang digital,”Kira Duit”dan “Mari Cuci Tangan”.

Sesi temuduga telah selesai pada pukul 10.30 pagi.

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







Perjumpaan Pasukan Task Force Pelupusan Aset ICT IKBN Miri bersama PengarahMiri - 4 September 2026(Jumaat) - Satu perjum...
04/09/2026

Perjumpaan Pasukan Task Force Pelupusan Aset ICT IKBN Miri bersama Pengarah

Miri - 4 September 2026(Jumaat) - Satu perjumpaan perbincangan berkenaan pelupusan aset ICT telah diadakan pada hari ini yang di adakah di Bilik Mesyuarat IKBN Miri, bagi membincangkan status pelupusan aset ICT di IKBN Miri serta perkara-perkara berkaitan.

Perbincangan ini telah di Pengerusikan oleh Tuan Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Pengarah IKBN Miri.Perbincangan ini meliputi semakan senarai aset yang telah dikenal pasti untuk dilupuskan, status permohonan pelupusan, kaedah pelupusan yang bersesuaian serta tindakan yang perlu diambil oleh pegawai dan bahagian berkaitan.

Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa semakan dan pengesahan terhadap keadaan fizikal aset perlu dilaksanakan bagi memastikan aset yang dicadangkan untuk pelupusan adalah tidak ekonomik untuk dibaiki, telah rosak atau tidak lagi sesuai digunakan. Semakan terhadap rekod aset dan dokumen berkaitan juga perlu dibuat bagi memastikan proses pelupusan mematuhi tatacara dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, pegawai dan bahagian yang berkaitan diminta mengambil tindakan susulan terhadap aset ICT yang telah dikenal pasti supaya proses pelupusan dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA (JTK) PERINGKAT JABATAN/AGENSI BIL. 2/2026MIRI, 3 September 2026 (Khamis) – Mesyuarat ...
03/09/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA (JTK) PERINGKAT JABATAN/AGENSI BIL. 2/2026

MIRI, 3 September 2026 (Khamis) – Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Jabatan/Agensi Bil. 2/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat IKBN Miri. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Miri serta dihadiri oleh barisan pengurusan IKBN Miri.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memastikan penyelarasan yang berkesan dalam usaha memperkukuh integriti serta meningkatkan kecekapan tadbir urus di peringkat jabatan. Selain itu, ia turut menyediakan platform untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan tadbir urus, menilai pelaksanaan dasar-dasar utama, serta mengukuhkan komitmen semua pihak terhadap prinsip tatakelola yang baik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir atas komitmen jitu yang dizahirkan. Sokongan berterusan ini amat bernilai demi memastikan kelestarian kualiti dan kecemerlangan pengurusan organisasi.

“Let’s Create Excellence”

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) IKBN MIRI BIL. 01/2026MIRI, 3 September 2026 (Khamis) - Mesyuarat Kajian Semul...
03/09/2026

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP) IKBN MIRI BIL. 01/2026

MIRI, 3 September 2026 (Khamis) - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) IKBN Miri Bil. 01/2026 telah dilangsungkan bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Miri dan dihadiri oleh barisan Pengurusan IKBN Miri dan Jawatankuasa Induk MS ISO 9001:2015 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK).

Antara agenda utama yang dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat ini merangkumi:

- Semakan Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Bil. 1/2025
- Laporan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Tahun 2026
- Laporan Audit Dalam
- Laporan Maklum Balas Pelanggan
- Laporan Prestasi Pembekal
- Laporan Pengurusan Risiko dan Peluang
- Laporan Pencapaian Setiap Jabatan / Bahagian / Cawangan (melibatkan Pentadbiran & Kewangan, CPPA, CPKK, HEP, CHI, Automotif, Mekanikal, dan Hospitaliti)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir atas komitmen penuh yang diberikan demi memastikan pengurusan kualiti organisasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Let’s Create Excellence”

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







SESI TEMUDUGA CALON  ILKBS SKILLS (PATISSERIE & CONFECTIONERY)​MIRI, 2 September 2026 (Selasa) - Sesi Temuduga dan perju...
02/09/2026

SESI TEMUDUGA CALON ILKBS SKILLS (PATISSERIE & CONFECTIONERY)

​MIRI, 2 September 2026 (Selasa) - Sesi Temuduga dan perjumpaan dengan calon ILKBS Skills bagi bidang Patisserie & Confectionery telah diadakan pada hari ini. Sesi ini bertujuan mengenalpasti dan menilai kebolehan serta potensi calon-calon dalam seni pembuatan pastri.

​Sesi temuduga tersebut telah diketuai oleh Pengarah IKBN Miri, Encik Mohamad Mazlan bin Anis dan turut dihadiri oleh barisan Jurulatih bagi bidang berkenaan dan Pegawai dari Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti(CPKK).

Secara keseluruhannya, Sesi Temuduga Bakat ILKBS Skills bagi bidang Patisserie & Confectionery ini menjadi platform penting dalam memastikan calon yang akan bertanding memenuhi standard yang diperlukan untuk mereka bersaing kelak.

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







Address

Institut Kemahiran Belia Negara
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

085 - 660714

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Miri Sarawak (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IKBN Miri Sarawak (Official):

Shortcuts

Share