Kolej Komuniti Temerloh, Pahang

Call Directions Website Contact the business

Adalah dimaklumkan bahawa facebook ini adalah SATU-SATUNYA Facebook Rasmi Kolej Komuniti Temerloh www.facebook.com/kolejkomunititemerloh dan kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat facebook lain yang menggunakan nama Kolej Komuniti Temerloh.

:: PENAFIAN :: Kerajaan Malaysia umumnya dan Kolej Komuniti Temerloh amnya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam facebook ini.

PROGRAM PSH GEMILANG KOMUNITI 2026 | KURSUS MASAKAN BARATProgram PSH Gemilang Komuniti 2026 diteruskan dengan pelaksanaa...
25/10/2026

PROGRAM PSH GEMILANG KOMUNITI 2026 | KURSUS MASAKAN BARAT

Program PSH Gemilang Komuniti 2026 diteruskan dengan pelaksanaan Kursus Masakan Barat bersama pelajar Maahad Tahfiz Al-Amin.

Menerusi latihan secara hands-on, para peserta berpeluang mempelajari teknik penyediaan pelbagai hidangan Barat seperti Chicken Grill, Lamb Grill, Mashed Potato, Sos Black Pepper, Coleslaw dan Spaghetti Aglio Olio.

Kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada kemahiran kulinari, malah meningkatkan keyakinan dan kreativiti peserta serta membuka peluang untuk meneroka bidang keusahawanan makanan.





PROGRAM PSH GEMILANG KOMUNITI 2026 | KURSUS ASAS SOLEKANπŸ“… 24 Oktober 2026 (Sabtu)πŸ“ Kolej Komuniti TemerlohProgram PSH Ge...
25/10/2026

PROGRAM PSH GEMILANG KOMUNITI 2026 | KURSUS ASAS SOLEKAN

πŸ“… 24 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Kolej Komuniti Temerloh

Program PSH Gemilang Komuniti 2026 diteruskan dengan pelaksanaan Kursus Asas Solekan anjuran Kolej Komuniti Temerloh melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Melalui latihan secara hands-on, para peserta didedahkan dengan teknik asas solekan yang merangkumi penjagaan dan penyediaan kulit wajah, pemilihan produk kosmetik, teknik aplikasi solekan serta kemasan wajah yang bersesuaian.

Kursus ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri, malah turut membuka ruang untuk meneroka potensi keusahawanan dalam bidang kecantikan dan solekan profesional.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi langkah awal ke arah penjanaan pendapatan melalui kemahiran solekan.






PROGRAM PSH GEMILANG KOMUNITI 2026 | KURSUS PENGHASILAN ANEKA ROTIπŸ“… 24 Oktober 2026 (Sabtu)πŸ“ Kolej Komuniti TemerlohProg...
25/10/2026

PROGRAM PSH GEMILANG KOMUNITI 2026 | KURSUS PENGHASILAN ANEKA ROTI

πŸ“… 24 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Kolej Komuniti Temerloh

Program PSH Gemilang Komuniti 2026 diteruskan dengan pelaksanaan Kursus Penghasilan Aneka Roti bersama Tahfiz Al-Bakri anjuran Kolej Komuniti Temerloh melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Melalui latihan secara hands-on, para peserta didedahkan dengan kemahiran asas pembuatan roti, bermula daripada penyediaan bahan, teknik menguli dan membentuk doh sehinggalah proses pembakaran bagi menghasilkan roti yang berkualiti.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta menimba ilmu dan kemahiran baharu, malah turut membuka ruang untuk meneroka potensi keusahawanan dalam bidang bakeri.

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan bermanfaat serta menyemarakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan komuniti tahfiz.



PROGRAM PSH GEMILANG KOMUNITI 2026 | KURSUS JAHITAN BLAUS BATWINGπŸ“… 24 Oktober 2026 πŸ“ Kolej Komuniti TemerlohAlhamdulilla...
25/10/2026

PROGRAM PSH GEMILANG KOMUNITI 2026 | KURSUS JAHITAN BLAUS BATWING

πŸ“… 24 Oktober 2026
πŸ“ Kolej Komuniti Temerloh

Alhamdulillah, Kursus Jahitan Blaus Batwing anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kolej Komuniti Temerloh telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Sepanjang kursus, para peserta diberi pendedahan dan latihan secara hands-on merangkumi pengenalan alatan dan bahan jahitan, teknik mengambil ukuran, penyediaan pola, pemotongan fabrik serta proses menjahit sehingga berjaya menghasilkan blaus batwing sendiri.

Kursus ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran jahitan, malah membuka peluang kepada peserta untuk menjadikan kemahiran yang dipelajari sebagai sumber pendapatan sampingan.

Tahniah kepada semua peserta. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh terus dimanfaatkan serta menjadi langkah permulaan dalam bidang jahitan dan keusahawanan.






PROGRAM PLOGGING & PENANAMAN POKOK AMBUNG-AMBUNG DI SANTUARI PENYU MA’ DAERAH, KERTIHUnit SmartGreen Kolej Komuniti Teme...
24/10/2026

PROGRAM PLOGGING & PENANAMAN POKOK AMBUNG-AMBUNG DI SANTUARI PENYU MA’ DAERAH, KERTIH

Unit SmartGreen Kolej Komuniti Temerloh terus komited dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar menerusi penyertaan dalam Program Plogging #130/2026 dan Penanaman Pokok Ambung-Ambung yang berlangsung di Santuari Penyu Ma’ Daerah, Kertih, Terengganu.

Program yang menghimpunkan 192 orang sukarelawan daripada pelbagai agensi, institusi pendidikan, pihak industri dan komuniti setempat ini berjaya mengumpulkan sebanyak 863 kg sampah, termasuk 328 kg botol plastik yang akan dihantar untuk tujuan kitar semula.

Selain aktiviti pembersihan pantai, program turut diserikan dengan aktiviti penanaman pokok ambung-ambung di sekitar kawasan santuari sebagai usaha menyokong pemuliharaan ekosistem pesisir pantai dan kelestarian habitat semula jadi.

Penyertaan Unit SmartGreen Kolej Komuniti Temerloh mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam membudayakan amalan hijau, memperkukuh tanggungjawab sosial serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Geng Plastik Ija (GPI), ECPM, WWF-Malaysia, ARKEMA Thiochemicals Sdn. Bhd., SC Johnson, SK Seri Gelugor, SK Pengkalan Ranggon, HEXTAR, MPK serta semua pihak yang menjayakan program penuh bermakna ini.





✳ ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„ πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π“π„πŒπ„π‘π‹πŽπ‡ ππ€π†πˆ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• (πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π ππŽπ•π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”) βœ³β‡οΈ 4 Program Menarik ditawarka...
22/10/2026

✳ ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„ πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π“π„πŒπ„π‘π‹πŽπ‡ ππ€π†πˆ π’π„π’πˆ 𝐈𝐈 πŸπŸŽπŸπŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ• (πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π ππŽπ•π„πŒππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ”) ✳

❇️ 4 Program Menarik ditawarkan :
πŸ‘—SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN (SFP)
🏒SIJIL PENYELENGGARAAN BANGUNAN (SPB)
πŸ›‹SIJIL REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT (SRP)
πŸ–₯SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (STM)

βœ… Syarat Kemasukan
1) Lulus Bahasa Melayu
2) Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 & seterusnya)
3) 1 Kepujian bagi mana-mana mata pelajaran SPM
4) Lulus Matematik (bagi program STM)
5) Warganegara Malaysia

✳️Ia boleh dilakukan melalui CARA mudah ini :

βœ… Permohonan Secara Walk-In ke KK Temerloh (bawa salinan Kad Pengenalan & Keputusan SPM)
ATAU
βœ… Pengisian melalui semakan keputusan SPM https://tinyurl.com/PermohonanKKTemerlohSesi26-27

πŸ’¬ MAKLUMAT LANJUT :
πŸ“ŒTelegram Channel - https://tinyurl.com/InfoPengambilanKKTemerloh
☎️ Pejabat - 09-2701550/1557 (Waktu Pejabat)
πŸ“± WhatsApp - 010-9018136

✳ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ˜π„π‹π„ππ†π†π€π‘π€π€π 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 (𝐒𝐏𝐁) ✳ Pernah tak anda dalam dilemma??? Nak belajar welding, tapi dalam hati minat j...
20/10/2026

✳ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„ππ˜π„π‹π„ππ†π†π€π‘π€π€π 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 (𝐒𝐏𝐁) ✳

Pernah tak anda dalam dilemma??? Nak belajar welding, tapi dalam hati minat juga pasal air-cond. Lepas tu teringat p**a ke piping, tak lupa juga wiring. Alamak macam mana p**a dengan drawing? 🧐
Jangan risau, Sijil Penyelenggaraan Bangunan kan ada. Semua anda boleh belajar. Boleh kata 10 in 1 terus lah πŸ€©πŸ‘πŸ»
Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk permohonan bagi Sesi II 2026/2027.

βœ… Syarat Kemasukan
1) Lulus Bahasa Melayu
2) Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 & seterusnya)
3) 1 Kepujian bagi mana-mana mata pelajaran SPM
4) Lulus Matematik bagi program STM
3) Warganegara Malaysia

✳️ Ia boleh dilakukan melalui CARA mudah ini :
βœ… Permohonan Secara Walk-In
ke KK Temerloh & isi borang (Sila bawa salinan Kad Pengenalan & Keputusan SPM)
ATAU
βœ… Pengisian melalui semakan keputusan SPM https://tinyurl.com/PermohonanKKTemerlohSesi26-27

πŸ’¬ MAKLUMAT LANJUT :
πŸ“ŒTelegram Channel - https://tinyurl.com/InfoPengambilanKKTemerloh
☎️ Pejabat - 09-2701550/1557 (Waktu Pejabat)
πŸ“± WhatsApp - https://wa.link/amambn

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ π’π„πŒπ”π€! πŸŽ“βœ¨Selamat menduduki Peperiksaan Penilaian Akhir Semester bagi Sesi I 2026/2027 kepada seluruh p...
19/10/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ π’π„πŒπ”π€! πŸŽ“βœ¨

Selamat menduduki Peperiksaan Penilaian Akhir Semester bagi Sesi I 2026/2027 kepada seluruh pelajar Kolej Komuniti Temerloh yang akan berlangsung dari 19 Oktober hingga 6 November 2026.

Semoga segala usaha, persediaan dan ilmu yang dipelajari sepanjang semester ini dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik.

Jawab dengan tenang, yakin dan penuh semangat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Kolej Komuniti Temerloh

KURSUS PEMBUATAN ANEKA ROTI | PROGRAM KEMAHIRAN KELUARGA TENTERA (KΒ²T) Kolej Komuniti Temerloh telah menjayakan Kursus P...
18/10/2026

KURSUS PEMBUATAN ANEKA ROTI | PROGRAM KEMAHIRAN KELUARGA TENTERA (KΒ²T)

Kolej Komuniti Temerloh telah menjayakan Kursus Pembuatan Aneka Roti khusus kepada Ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 11 Skn RAJD (Mek) melalui kolaborasi strategik bersama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) di bawah Program Kemahiran Keluarga Tentera (KΒ²T).

Program ini merupakan inisiatif memperkasa komuniti keluarga tentera melalui penguasaan kemahiran dalam bidang bakeri, di samping membuka peluang kepada peserta untuk meneroka potensi keusahawanan dan penjanaan pendapatan.

Kolaborasi strategik ini membuktikan komitmen berterusan Kolej Komuniti Temerloh dan Yayasan LTAT dalam memperluas akses Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), sekali gus memperkasakan keluarga tentera dengan kemahiran praktikal yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan sendiri mahupun sebagai asas memulakan perniagaan bakeri.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi pemangkin kepada pembangunan potensi diri, peningkatan ekonomi keluarga serta peluang keusahawanan pada masa hadapan.





πŠπ”π‘π’π”π’ π’π–π„πƒπˆπ’π‡ πŒπ€π’π’π€π†π„πŸ“… Tarikh: 17 - 18 Oktober 2026πŸ“ Kolej Komuniti TemerlohKolej Komuniti Temerloh telah melaksanakan ...
18/10/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ π’π–π„πƒπˆπ’π‡ πŒπ€π’π’π€π†π„

πŸ“… Tarikh: 17 - 18 Oktober 2026
πŸ“ Kolej Komuniti Temerloh

Kolej Komuniti Temerloh telah melaksanakan Kursus Swedish Massage sebagai usaha memperkasakan kemahiran komuniti dalam bidang urutan dan kesejahteraan diri melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Pelaksanaan kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik asas urutan Swedish seperti effleurage (usap), petrissage (uli), friction (geseran) dan tapotement (tepukan) bagi membantu memberikan keselesaan serta merehatkan otot.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta, sekali gus membuka peluang untuk meningkatkan kemahiran diri dan menjana pendapatan dalam bidang perkhidmatan urutan secara profesional.






Address

Bypass Batu 2, Kg Chatin Ulu
Mentakab
28400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092701552

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Temerloh, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kolej Komuniti Temerloh, Pahang:

Shortcuts

Share