03/08/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Bukit Katil.
Dijemput seluruh warga Bukit Katil dan kawasan sekitar untuk hadir memeriahkan Program Santuni Madani Bukit Katil pada Ahad, 9 Ogos 2026, dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Padang Kolej Vokasional Melaka Tengah. Mari kita bertemu dan berbincang secara santai dalam Hari Bertemu Rakyat, di samping menikmati pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan.
Antara pengisian menarik yang lain ialah pemeriksaan kesihatan dan mata percuma, gunting rambut serta urutan kaki percuma, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran statik Tentera Darat, permainan tradisional dan juga cabutan bertuah.
Bawa bersama keluarga dan rakan-rakan. Kita nantikan kehadiran anda semua di Program Santuni Madani Bukit Katil!
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Bukit Katil.
Saya ingin menjemput seluruh warga Bukit Katil dan kawasan sekitar untuk hadir memeriahkan Program Santuni Madani Bukit Katil pada Ahad, 9 Ogos 2026, dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Padang Kolej Vokasional Melaka Tengah. Mari kita bertemu dan berbincang secara santai dalam Hari Bertemu Rakyat, di samping menikmati pelbagai aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan.
Antara pengisian menarik yang lain ialah pemeriksaan kesihatan dan mata percuma, gunting rambut serta urutan kaki percuma, pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran statik Tentera Darat, permainan tradisional dan juga cabutan bertuah.
Bawa bersama keluarga dan rakan-rakan. Saya nantikan kehadiran anda semua di Program Santuni Madani Bukit Katil!