24/08/2026
[ POSTER | E- HADIS ]
"TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH PADA HARI KIAMAT"
Rasulullah SAW bersabda :
Ada tujuh golongan yang akan Allah naungi dalam naungan-Nya pada hari ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya.
1)Pemimpin yang adil.
2)Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
3)Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid.
4)Dua orang yang saling mencintai kerana Allah; bertemu dan berpisah kerana-Nya.
5)Seorang lelaki yang diajak oleh wanita yang berkedudukan dan cantik untuk melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah.”
6)Seseorang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
7)Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitiskan air mata.
Intipati hadis
1. Keadilan Membawa Kemuliaan
Setiap amanah dan kepimpinan hendaklah dilaksanakan dengan adil kerana Allah SWT.
2. Cintai Allah SWT melebihi hawa nafsu
Menjaga diri daripada maksiat, ikhlas dalam bersedekah dan sentiasa mengingati Allah adalah tanda kekuatan iman.
3. Bina Hidup dengan Iman & Ukhuwah
Didik diri sejak muda untuk beribadah, cintai masjid dan bina persahabatan yang berasaskan kasih sayang kerana Allah SWT.