25/09/2026
BENGKEL PENGURUSAN JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN (JKSD) BAGI JABATAN / AGENSI / PERKHIDMATAN AWAM DAN BADAN-BADAN BERKANUN
🗓️ 22 – 23 September 2026
📍 Hotel Holiday Inn, Melaka
Telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pengurusan Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) bagi Jabatan / Agensi / Perkhidmatan Awam dan Badan-Badan Berkanun yang bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan peranan, tanggungjawab serta tatacara pengurusan siasatan dalaman yang teratur, sistematik dan berintegriti.
Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Anuradah A/P Socklingam, Ketua Unit, Unit Integriti, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Turut hadir Puan Norita Binti Jantan @ Janudin, Pengurus Besar INSPIM.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu, pengalaman dan panduan yang amat bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan sepanjang bengkel berlangsung.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan tugasan, seterusnya memperkukuh pengurusan siasatan dalaman yang lebih profesional, sistematik, telus dan berintegriti demi meningkatkan tadbir urus organisasi.