PLP SKILL Institute

PLP SKILL Institute PLP SKILL INSTITUTE juga Pusat Latihan Perhotelan Azam Pandan (PLP) sebuah pusat bertauliah Jabatan Marzaroten Bt. Hj.

Mula beroperasi pada Februari 2002 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hingga Disember 2015 dan sehingga kini telah melahirkan pelatih yang berkemahiran mengisi pasaran kerja bidang perhotelan diseluruh negara. Bermula Januari 2016 PLP beroperasi di Melaka Bandaraya Bersejarah dengan nama PLP SKILL Institute

Pn. Yahya
Pengurus
Chef Rizwandy b Perin
Penyelaras Program
PLP SK

ILL INSTITUTE
(Pusat Latihan Perhotelan Azam Pandan)
No. 26A, Jalan Permai 2,
Taman Perkota
Batu Hampar,
75350 Melaka Bandaraya Bersejarah
Tel : 06-281422
H/P : 012-3136718 (Pn. Marza)
: 014-2697432 (Chef Wan)
Fax : 06-2810209
Email : [email protected]
[email protected]

PLP Skill Institute Melaka Unggul di Kuala Lipis Culinary Challenge 2025KUALA LIPIS, PAHANG, 6 November 2025 — PLP Skill...
06/11/2025

PLP Skill Institute Melaka Unggul di Kuala Lipis Culinary Challenge 2025

KUALA LIPIS, PAHANG, 6 November 2025 — PLP Skill Institute Melaka sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan dalam pertandingan Kuala Lipis Culinary Challenge 2025 yang berlangsung meriah di D’Kemahang Serenity, Benta.
Pertandingan yang menghimpunkan 26 kumpulan melibatkan 104 peserta ini terdiri daripada pelajar kolej awam dan swasta di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Setiap kumpulan disertai empat peserta termasuk seorang pengurus pasukan. Lima kumpulan pelatih kemahiran dan lima kumpulan komuniti Kuala Lipis telah berjaya mara ke peringkat akhir. Hidangan yang dihasilkan oleh pelatih PLP Skill Institute Melaka berjaya menambat hati para juri, sekaligus melayakkan mereka meraih gelaran juara keseluruhan.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad yang hadir bagi menyempurnakan majlis penutupan pertandingan berprestij ini. Turut Bersama YBHG. Puan Hajah Zuleah BT Darsong Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Ketua juri, Chef Ridhuan Malek, yang juga Eksekutif Chef Hilton Petaling Jaya, melahirkan rasa teruja terhadap mutu dan kreativiti para peserta. Turut mengadili pertandingan ialah chef selebriti terkenal tanah air termasuk Chef Johari Idrus, Chef Sabri Hasan, Chef Kamaruddin Adnin, dan Chef Zam. Tidak ketinggalan panel NOSS Dan president persatuan cef disetiap Negeri.

Sebelum pertandingan berlangsung, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Seni Kulinari dan Gastronomi di lokasi yang sama.
Kemenangan ini menjadi bukti komitmen PLP Skill Institute Melaka dalam melahirkan pelatih kemahiran bertaraf tinggi yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Salam Takziah.Seluruh warga PLP Skill Institute merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Haji Mazmadi ...
21/08/2025

Salam Takziah.

Seluruh warga PLP Skill Institute merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Haji Mazmadi bin Mohamad yang telah kembali ke Rahmatullah pada 20 Ogos 2025 jam 5.00 pagi.

Allahyarham merupakan pengasas awal penubuhannya PLP Skill Institute bermula pada tahun 2000 Di Kuala Lumpur. Semoga ilmu yang diberikan menjadi pahala yang mengalir Selamanya.

Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Majlis Menandatangani MOU Bersama SMK Dato Bentara Dalam Segamat Johor. Ini bertujuaan memberi Peluang pendidikan berter...
28/11/2024

Majlis Menandatangani MOU Bersama SMK Dato Bentara Dalam Segamat Johor. Ini bertujuaan memberi Peluang pendidikan berterusan kepada Pelajar PVMA SKM 2.

Majlis Makan Malam bersama pelatih akhir tahap 3 sebelum mereka ke industry untuk menjalankan latihan industry. DOA yang...
28/11/2024

Majlis Makan Malam bersama pelatih akhir tahap 3 sebelum mereka ke industry untuk menjalankan latihan industry. DOA yang Terbaik dan Kejayaan untuk anda.

3 perkara berlaku dalam 1 Sesi orentasi pelatih baru Majlis Makan Malam Alumni dan pelatih sedia ada Sesi MOTIVASI Dan p...
11/05/2024

3 perkara berlaku dalam 1
Sesi orentasi pelatih baru
Majlis Makan Malam Alumni dan pelatih sedia ada
Sesi MOTIVASI Dan perkongsian kerjaya

Terima Kasih Kepada Semua kakitangan PLP SKILL Dan Majlis Perwakilan Pelajar yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima Kasih Chef Bob Chef Bob Cooking kerana sudi memberi perkongsian Kepada pelatih. Terima Kasih juga Kepada Semua penaja kami Holiday Inn Melaka ADABI Muar Melaka A'Famosa Resort Corus Paradise resort Port Dickson Corus Paradise Beach Resort, PD JAYA MATA Hotel Balik Pulau Melaka Serta rakan industry

Majlis Sambutan Hari Raya PLP Skill Institute pada 26 April 2024.. Terima Kasih Kepada Semua tetamu yang datang memeriah...
04/05/2024

Majlis Sambutan Hari Raya PLP Skill Institute pada 26 April 2024.. Terima Kasih Kepada Semua tetamu yang datang memeriahkan majlis. Mohon maaf jika ada kekurangan majlis ini. semua Kisangani disediakan oleh pelatih2 kami. Alhamdulillah Tahniah

Salam Ramadhan Dari Kami
11/03/2024

Salam Ramadhan Dari Kami

Fruits Basket dari dapur PLP SKILL
01/11/2023

Fruits Basket dari dapur PLP SKILL

Pelatih juga diberi pendedahan tentang pembuatan Pelangi jus
01/11/2023

Pelatih juga diberi pendedahan tentang pembuatan Pelangi jus

Fruits Cutting and fruits platter Tahniah Kepada Semua Pelatih
01/11/2023

Fruits Cutting and fruits platter
Tahniah Kepada Semua Pelatih

Address

No. 26A Jalan Permai 2, Taman Perkota, Batu Hampar
Malacca City
75350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLP SKILL Institute posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PLP SKILL Institute:

Share