Lembu Murah Melaka

Lembu Murah Melaka Penternak lembu besar-besaran. Supply lembu di Melaka dan lain-lain negeri.

15/03/2023

Stok raya korban?

01/07/2020

Stok lembu untuk Raya Haji da SOLD OUT ye. Harap maaf.

Ada stok nanti kami akan maklumkan. Tq support.

10/07/2018

Assalamualaikum,

Maaf ye yang bertanya pasal lembu. Lembu matang semua telah bertuan.

Tinggal lembu yang belum matang.

Pape nanti admin akan update.

Maaf ye semua.

05/11/2017

Assalamaulaikum semua... bagaimana keadaan ternakan sahabat semua musim hujan nii.. pastikan semuanya dalam keadaaan baik

01/10/2017

Assalamualaikum orang melaka..
Harap semua sihat hendaknyaπŸ€—

 Lembu Kacukan Droughtmaster berasal dari Australia. Ia merupakan hasil kacukan lembu Brahman dan Shorthorn. Ia telah di...
24/09/2017



Lembu Kacukan Droughtmaster berasal dari Australia. Ia merupakan hasil kacukan lembu Brahman dan Shorthorn. Ia telah dikembangbiak secara komersial oleh para penternak.

Ciri – cirinya adalah seperti berikut:

πŸ‚ Tahan suhu dan kelembapan tinggi serta tahan akan serangan parasit luar
πŸ‚ Mempunyai tahap kesuburan tinggi, cepat membesar dan mudah diuruskan
πŸ‚ Kulit – berwarna kemerahan dan merah tua
πŸ‚ Biasanya tidak bertanduk
πŸ‚ Telinga – sederhana besar dan mempunyai lambir yang jelas kelihatan
πŸ‚ Berat matang – kira – kira 830 kg bagi lembu jantan dan kira – kira 500 kg bagi lembu betina
πŸ‚ Matang apabila mencapai umur kira-kira 630 hari
πŸ‚ Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari
πŸ‚ Berat boleh mencapai lebih kurang 330 kg apabila mencecah umur 2 tahun

 Lembu Hereford adalah lembu tulen berasal dari Herefordshire County, England. Ia dikembangbaik di Amerika Syarikat. Cir...
24/09/2017



Lembu Hereford adalah lembu tulen berasal dari Herefordshire County, England. Ia dikembangbaik di Amerika Syarikat. Ciri – ciri lembu Hereford ialah:

πŸ‚ Kulit – berwarna merah muda hingga merah tua
πŸ‚ Muka, dada dan kaki berwarna putih
πŸ‚ Tanduk – ada yang bertanduk, ada yang tidak bertanduk
πŸ‚ Tubuh – rendah, lebar berotot, padat serta tegap
πŸ‚ Badan – berbentuk bongkah dan sesuai dipelihara sebagai lembu pedaging
πŸ‚ Berat matang – 830 kg bagi lembu jantan dan 540 kg bagi lembu betina
πŸ‚ Pengeluaran daging yang tinggi
πŸ‚ Cepat matang
πŸ‚ Tahan lasak

 Lembu Brangus merupakan kacukan lembu betina 3/8 Brahman dan 5/8 pejantan Angus. Ia dikembangbiak di Craig Country, Ame...
24/09/2017



Lembu Brangus merupakan kacukan lembu betina 3/8 Brahman dan 5/8 pejantan Angus. Ia dikembangbiak di Craig Country, Amerika Syarikat.

Berikut merupakan ciri – ciri lembu Brangus:

πŸ‚ Ciri khas – bertanduk kecil dan berwarna hitam
πŸ‚ Tahan cuaca yang panas
πŸ‚ Tahan gigitan serangga
πŸ‚ Mewarisi bonggol dari baka Brahman
πŸ‚ Produktiviti tinggi – diwarisi dari induk jantan (Aberden Angus)
πŸ‚ Mudah menyesuaikan diri dengan tempat yang kurang bermutu

  (KK)Lembu Kedah-Kelantan (KK) merupakan baka lembu tempatan. Ia menjadi pilihan utama penternak lembu pedaging di Mala...
24/09/2017

(KK)

Lembu Kedah-Kelantan (KK) merupakan baka lembu tempatan. Ia menjadi pilihan utama penternak lembu pedaging di Malaysia kerana ia tahan akan pelbagai jenis jangkitan penyakit dan sesuai dengan iklim serta persekitaran negara kita. Ciri – ciri lembu KK adalah seperti berikut:

πŸ‚ Kulit – berwarna coklat, merah coklat atau kelabu
πŸ‚ Muka – rata
πŸ‚ Kepala – lebar dan pendek
πŸ‚ Tanduk – kecil
πŸ‚ Badan – kecil dan tegap
πŸ‚ Bahagian belakang – lurus dan sederhana besar
πŸ‚ Kaki – pendek
πŸ‚ Berat lahir – kira – kira 15.8 kg bagi lembu jantan dan 14.7 kg bagi lembu betina
πŸ‚ Berat matang – antara 200-250 kg bagi lembu jantan dan 175 kg bagi lembu betina
πŸ‚ Hasil daging – 45% daripada berat badan

Address

Malacca City
75000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

0176602808

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembu Murah Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share