Persatuan Cintai Manjung Perak - Komuniti I Love Manjung

Persatuan Cintai Manjung Perak - Komuniti I Love Manjung Persatuan Cintai Manjung Perak atau lebih dikenali dengan nama Komuniti I Love Manjung (KILM) adalah NO. Daftar : 012 - 08 - 03122012. (v) Jantina : Semua.

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama : PERSATUAN CINTAI MANJUNG PERAK (KOMUNITI I LOVE MANJUNG). (2) Takrif Nama : PERSATUAN YANG BERUNSURKAN KEMASYARAKATAN DI DALAM DAERAH MANJUNG. MATLAMAT

(1) Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat. (2) Mewujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pel

bagai kaum, agama dan bangsa

(3) Membolehkan penduduk mengenali antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan. (4) Menjaga kepentingan kepada ahli-ahli komuniti di dalam ‘Facebook’ di bawah kumpulan ‘Komuniti i Love Manjung’ dan juga menjalankan aktiviti sosial di Daerah Manjung. (5) Menjalankan kerja-kerja pengurusan bagi ahli-ahli sekiranya terdapat aktiviti dan jemputan daripada jabatan atau agensi kerajaan, pihak swasta dan sebagainya. (6) Membantu dan mempromosikan aktiviti-aktiviti perniagaan ahli-ahli pertubuhan di atas talian dan juga secara konvensional. KEAHLIAN

a) Ahli Biasa :

(i) Kewarganegaraan : Malaysia. (ii) Umur Minima : 18 tahun. (iii) Kawasan / Negeri Tempat Tinggal Ahli : Daerah Manjung, Perak. (iv) Keturunan/Bangsa : Semua. (vi) Agama : Semua. (vii) Kriteria Keahlian Yang Lain : Ahli Hendaklah Menetap Di Dalam Daerah Manjung atau Bekerja Di Dalam Daerah Manjung. b) Ahli Kehormat - (Berjasa pada masyarakat/memberi sumbangan pada persatuan). c) Ahli Seumur Hidup - (Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus)
d) Ahli Bersekutu - (Tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa)
e) Ahli Remaja - (Bawah 18 tahun/Surat kebenaran bertulis drp IbuBapa)

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan pertubuhan ini adalah daripada :-

(1) Bayaran Masuk : RM70.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Ringgit Sahaja). (2) Yuran Tahunan : RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga puluh Ringgit Sahaja). a) Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap tahunan. b) Yuran Seumur Hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ringgit Sahaja). Terima Kasih. BERSAHABAT BERSATU

31/03/2026
31/03/2026

Selamat Hari Doktor Sedunia kepada seluruh warga doktor yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, komitmen dan keikhlasan dalam merawat serta menyelamatkan nyawa pesakit. Pengorbanan masa, tenaga dan kepakaran yang dicurahkan amatlah dihargai dan menjadi tunjang kepada perkhidmatan kesihatan komuniti Manjung.

NOTIS TAWARAN PEROLEHAN KERJA SECARA LANTIKAN TERUS - SK SERI PANGKOR (KECEMASAN)
28/03/2026

NOTIS TAWARAN PEROLEHAN KERJA SECARA LANTIKAN TERUS - SK SERI PANGKOR (KECEMASAN)

28/03/2026

📢 Hebahan Rasmi Kepada Pesakit Klinik Pakar & Klinik Pesakit Luar
Hospital Seri Manjung

Tuan/Puan yang dihormati,
Terima kasih atas kepercayaan anda mendapatkan perkhidmatan konsultasi dan rawatan di Klinik Pakar & Klinik Pesakit Luar, Hospital Seri Manjung.

Bagi memastikan kelancaran serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan, mohon kerjasama Tuan/Puan untuk:

📌 Apa yang perlu dibawa?
✔️ Kad Pengenalan
✔️ Surat Rujukan
✔️ Rekod Ubat
✔️ Guarantee Letter (GL)
✔️ Kad OKU / Kad Pesara (jika berkenaan)

⏰ Apa yang perlu dipatuhi?
✔️ Hadir mengikut masa janji temu yang ditetapkan
✔️ Pendaftaran dibuka 30 minit sebelum waktu janji temu

Kerjasama anda amat dihargai dalam membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti.
Terima kasih.

Address

Pusat Komuniti KiLM
Lumut
32200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Cintai Manjung Perak - Komuniti I Love Manjung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Cintai Manjung Perak - Komuniti I Love Manjung:

Share