Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Media Sosial Rasmi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim Hi- Tech Park, Kedah Darul Aman

PTSB mula beroperasi pada 1 Mac 2002 di kampus sementara di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan berpindah ke kampus tetapnya seluas 100 ekar di Taman Teknologi Tinggi Kulim pada 3 Mac 2003.

13/05/2026

๐ŸŒฟ UPSI TERAJUI PROJEK PEMULIHARAAN HUTAN BERTEKNOLOGI PINTAR ๐ŸŒฟ

UPSI terus mengorak langkah sebagai peneraju inovasi apabila menerima geran antarabangsa berjumlah RM3 juta bagi melaksanakan projek pemuliharaan hutan berteknologi pintar menerusi inisiatif EduGreen@UPSI di kawasan Central Forest Spine (CFS), Gerik, Perak.

Geran ini merupakan hasil kerjasama strategik bersama Procter & Gamble (P&G) Amerika Syarikat dan WWF-Malaysia di bawah program Nature Pillar, bagi menjayakan projek Integrated Smart Bioacoustic Project for Wildlife & Forest Conservation.

Melalui gabungan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan bioakustik pintar, UPSI membangunkan sistem pemantauan biodiversiti serta keselamatan hutan secara masa nyata, sekali gus memperkukuh usaha pemuliharaan ekosistem negara.

Inisiatif ini mencerminkan keupayaan UPSI dalam mengintegrasikan penyelidikan, teknologi dan kelestarian demi menyokong agenda pemuliharaan alam sekitar. Kerjasama ini turut membuka ruang penglibatan lebih luas kepada penyelidik, pelajar dan komuniti setempat dalam usaha menjaga khazanah hutan negara untuk generasi akan datang. ๐ŸŒฑ๐Ÿ˜๐Ÿ“ก

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Universiti Pendidikan Sultan Idris



13/05/2026

"Kepimpinan adalah kapasiti untuk menterjemah visi menjadi realiti."

Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 bagi Zon Tengah.

๐Ÿ—“ Tarikh: 15 Mei 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor

Tonton secara penstriman langsung menerusi platform Facebook POLYCCOfficial.




13/05/2026
13/05/2026

Warga Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran YBhg. Datoโ€™ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim

sempena

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke JPPKK

pada

13 Mei 2026, Rabu.

Lawatan kerja diharap dapat menjadi wadah pengukuhan sinergi dalam memacu kecemerlangan TVET POLYCC dan memperkasa agenda pendidikan tinggi negara.




๐—”๐—น-๐—™๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—บ ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—บ ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—บ๐—ฟ๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚ ๐—ฆ๐˜‚...
13/05/2026

๐—”๐—น-๐—™๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—บ ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—บ ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—บ๐—ฟ๐—ถ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚ ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐˜†๐—ฎ๐—ต

Dengan penuh rasa dukacita, warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian Allahyarham Wan Muhammad Adam bin Wan Muhammad Hazan Amri, pelajar Jabatan Perdagangan yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mei 2026.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan beramal soleh.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Salam takziah daripada
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga PTSB

Norlili Juwita Arshad
Politeknik.kolejkomuniti
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah

13/05/2026
13/05/2026
๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—ง๐—ฆ๐—• ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—ฅ๐—— ๐—–๐—ข๐—ฅ๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฉ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—งLawatan penanda aras ke Human Resource Development Corpora...
12/05/2026

๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—•๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—ง๐—ฆ๐—• ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—ฅ๐—— ๐—–๐—ข๐—ฅ๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฉ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง

Lawatan penanda aras ke Human Resource Development Corporation (HRD Corp) Cawangan Pulau Pinang bertujuan memperkukuh pelaksanaan Kajian Program Needs Analysis (PNA) dan Market Needs Analysis (MNA) oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

Sesi perkongsian memberi fokus kepada keperluan kemahiran industri semasa, pembangunan bakat masa hadapan serta penyelarasan program pengajian dengan kehendak sektor High Growth High Value (HGHV).

Hasil perbincangan ini membuka ruang kolaborasi strategik dalam memastikan pembangunan program akademik yang lebih relevan, kompetitif dan berimpak tinggi selari dengan kehendak industri serta agenda TVET negara.







12/05/2026
12/05/2026

HEBAHAN KEPUTUSAN UPUOnlineยฎ LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2026/2027

bermula

22 MEI 2026 (JUMAAT)
12.00 TENGAH HARI

HINGGA

31 MEI 2026 (AHAD)
5.00 PETANG

Semakan Melalui:
1. http://upu.mohe.gov.my
2. โ Aplikasi UPUPocket
3. โ Aplikasi MyGOV

Jangan lupa follow ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Tiktok BKPA UPU untuk hebahan terkini!


Address

Kulim Hi-Tech Park
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30

Telephone

+6044033333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share