24/08/2026
πππ₯π§π ππππ₯ π£π₯π’π¦ππ¦ π£ππ‘πππππππ‘ π£ππππ₯ππ ππ¦ππ‘π
π²πΎ πππ₯π§π ππππ₯ π£π₯π’π¦ππ¦ π£ππ‘πππππππ‘ π£ππππ₯ππ ππ¦ππ‘π
Majikan yang berhasrat menggajikan pekerja asing perlu memahami proses dan mematuhi tatacara yang ditetapkan bagi memastikan urusan penggajian dilaksanakan dengan teratur, telus dan mengikut ketetapan semasa.
πΉ 8 langkah utama proses penggajian pekerja asing:
1οΈβ£ FWe Approval FWCMS β Majikan memohon Seksyen 60K (JTKSM) serta mengiklankan kekosongan melalui MYFutureJobs.
2οΈβ£ eQuota β OSC KESUMA (FWCMS) β Permohonan kuota, semakan dokumen secara dalam talian, penetapan tarikh temu duga, temu duga fizikal oleh AKS dan keputusan kelulusan kuota.
3οΈβ£ Bayaran Levi β Urusan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan MyIMMs.
4οΈβ£ Surat Kelulusan Bersyarat (SKB) β Melalui OSC KESUMA (FWCMS).
5οΈβ£ Urusan di Kedutaan
6οΈβ£ Pengambilan di Negara Sumber β Dikendalikan oleh Recruitment Agency (RA).
7οΈβ£ Visa Dengan Rujukan (VDR) β Melalui FWCMS.
8οΈβ£ Kemasukan Pekerja Asing β Proses selesai.
β οΈ PERHATIAN KEPADA MAJIKAN
Majikan yang berhasrat menggajikan pekerja asing dari Bangladesh, India, Myanmar, Pakistan dan Nepal hendaklah menggunakan senarai Recruitment Agency (RA) yang dipaparkan di portal FWCMS.
π Layari portal FWCMS untuk maklumat lanjut:
www.fwcms.com.my
Pastikan setiap proses dilaksanakan mengikut saluran yang ditetapkan demi pengurusan pekerja asing yang lebih teratur, telus dan berintegriti.