Khaliq Nisan napo kuching

Call Directions Website Contact the business

Khaliq Nisan napo kuching pembekal batu nisan dan napor ,penghantaran disediakan di seluruh sarawak
(1)

🪦 TEMPAHAN NAPOR & BATU NISAN✨ Pelbagai reka bentuk tersedia mengikut citarasa dan pilihan pelanggan.🪨 Batu nisan termas...
02/10/2026

🪦 TEMPAHAN NAPOR & BATU NISAN

✨ Pelbagai reka bentuk tersedia mengikut citarasa dan pilihan pelanggan.
🪨 Batu nisan termasuk pilihan daripada batu sungai.
Batu nisan trazor
Napor tile,napor granite,napor sapat kayu belian

🏗️ Hasil kerja kemas, berkualiti & tahan lama.

📲 Hubungi WhatsApp: 014-352 9749 (Khaliq)
📍 Lokasi: Kpg Kolong 1, Jln Mtg, Kuching, Sarawak

Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh terus WhatsApp kami.

Www.wasap.my/60143529749
Boleh share





100 hari selepas kematian Apa yang orang tua dahulu cuba ajarkan..Orang tua dahulu selalu berpesan tentang 100 hari sele...
20/08/2026

100 hari selepas kematian
Apa yang orang tua dahulu cuba ajarkan..

Orang tua dahulu selalu berpesan tentang 100 hari selepas kematian.

Bukan kerana adat!
Bukan juga cakap kosong!

Mungkin ada ibrah yang kita, orang yang masih hidup, patut belajar daripada pesanan itu.

Tanah masih merah.
Kubur masih baru.
Tanah masih belum benar-benar padat.

Sebab itu pusara perlu dilawati.

Tanah mendap, kita kambus semula.
Lubang terbuka, kita tutup.
Kalau hujan lebat, kita periksa.
Kalau ada tanah runtuh atau hakisan, kita betulkan mana yang mampu.

Bukan kerana arwah banyak dosa.
Bukan kerana kubur mendap itu tanda azab.
Dan bukan juga kerana bau yang datang dari pusara itu boleh dijadikan ukuran baik buruk seseorang.

Kita tidak tahu.
Tanah bergerak.
Hujan turun.
Air meresap.
Tanah yang belum mampat boleh mendap.

Itulah hukum alam.

Semalam hujan turun dengan lebat.
Hampir semua kubur yang masih baru di sini mendap.

Dan ini kali kedua saya melihat sebuah kubur seolah-olah tenggelam.

Bukan kerana saya mahu mencari tanda-tanda tentang dosa arwah.

Sebaliknya, saya melihatnya sebagai satu peringatan kepada kita yang masih hidup.

Jangan mudah menghukum orang yang sudah tidak mampu menjawab.

Kita selalu cepat membuat kesimp**an.
Sedangkan kita tidak pernah tahu apa yang berlaku di alam barzakh.

Itu urusan Allah.
Yang kita tahu, orang itu sudah pergi.

Dan kita masih di sini.
Masih diberi tangan untuk mengangkat tanah.
Masih diberi kaki untuk datang ke pusara.
Masih diberi lidah untuk berdoa.
Masih diberi masa untuk berbuat baik.

Mungkin itulah salah satu hikmah menjaga pusara.

Bukan untuk mencari-cari keadaan orang yang telah mati, tetapi untuk mengingatkan kita tentang tanggungjawab orang yang masih hidup.

Kita kambus tanahnya.
Kita bersihkan pusaranya.
Kita bacakan al-Quran dan berdoa dengan penuh harap kepada Allah.

Bukan kerana kita tahu apa keadaan arwah di sana.

Tetapi kerana kita tahu, kita sendiri suatu hari nanti akan berada di tempat yang sama.

Hari ini kita berdiri di tepi kubur orang.
Esok lusa, mungkin orang lain p**a yang berdiri di tepi kubur kita.

Dan ketika itu…
kita juga berharap ada yang datang bukan untuk menghukum kita, tetapi untuk menghadiahkan doa.

Kita tidak tahu.
Dan mungkin, itulah pelajaran paling besar.

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi.
Semoga Allah mengampuni mereka, merahmati mereka dan menempatkan mereka di tempat yang terbaik di sisi-Nya.

Dan semoga suatu hari nanti, apabila giliran kita p**a tiba, ada insan yang masih mengingati kita dalam doa.

Aminnn Ya Allah.

C/paste

Alhamdulillah.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Suara Sarawak kerana sudi menampilkan kisah perjalanan...
31/07/2026

Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Suara Sarawak kerana sudi menampilkan kisah perjalanan saya dan bidang pembuatan serta pemuliharaan batu nisan dalam keluaran hari ini.

Terima kasih juga kepada semua pelanggan, keluarga, rakan-rakan dan individu yang sentiasa memberi sokongan serta kepercayaan kepada saya sepanjang perjalanan ini. Tanpa anda semua, saya tidak akan berada di tahap ini.

Semoga perkongsian ini dapat membuka mata masyarakat bahawa bidang pembuatan batu nisan bukan sekadar satu perniagaan, tetapi juga usaha memelihara warisan, seni dan menghormati insan yang telah pergi.

Insya-Allah, saya akan terus memberikan yang terbaik serta mengekalkan kualiti dalam setiap hasil kerja.

Terima kasih atas segala doa dan sokongan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian.

Khaliq Nisan napo kuching


🌙 TEMPAHAN NAPOR & BATU NISAN DIBUKA 🌙Kami menyediakan perkhidmatan tempahan napor dan batu nisan dengan pelbagai piliha...
06/04/2026

🌙 TEMPAHAN NAPOR & BATU NISAN DIBUKA 🌙

Kami menyediakan perkhidmatan tempahan napor dan batu nisan dengan pelbagai pilihan rekaan yang kemas dan berkualiti.

✅ Tempahan dibuka sekarang
✅ Pelbagai design napor tersedia
✅ Penghantaran disediakan

📍 Lokasi: Kampung Kolong 1, Kuching, Sarawak

Untuk pertanyaan atau tempahan, klik link di bawah:
📲 www.wasap.my/60143529749

Terima kasih atas sokongan anda.

🕌 TEMPAHAN NAPOR & BATU NISAN SEMPENA BULAN RAMADAN 🕌AssalamualaikumBoleh shareBersempena dengan bulan Ramadan yang muli...
23/01/2026

🕌 TEMPAHAN NAPOR & BATU NISAN SEMPENA BULAN RAMADAN 🕌

Assalamualaikum
Boleh share

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan bakal tiba, pihak Syarikat Mufid Kifayah membuka tempahan awal napor dan batu nisan untuk kegunaan tanah perkuburan umat Islam.

Kami menyediakan:
✔️ Pelbagai jenis napor
✔️ Batu nisan kemasan kemas dan tahan lama
✔️ Hasil kerja rapi dan mengikut keperluan syarak

⚠️ Stok adalah terhad, tempahan awal amat digalakkan bagi mengelakkan kelewatan semasa bulan Ramadan.

🚚 Perkhidmatan penghantaran dan pemasangan turut disediakan
Sesuai untuk pelanggan individu, masjid, surau, jawatankuasa tanah perkuburan dan waris.

📞 Sebarang pertanyaan & tempahan boleh hubungi:
014-352 9749

Www.wasap.my/60143529749

Dikendalikan oleh:
Syarikat Mufid Kifayah

Semoga urusan kita dipermudahkan dan menjadi amal jariah. 🤲










24 Disember 2025Assalamualaikum dan salam sejahteraSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada ...
24/12/2025

24 Disember 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Muzium atas kepercayaan yang telah diberikan kepada Syarikat Mufid Kifayah untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan baharu, ukiran seni serta struktur makam Sultan Tengah yang terletak di Jalan Santubong.

Kepercayaan ini amat kami hargai kerana ia bukan sahaja melibatkan aspek teknikal dan seni bina, malah menyentuh nilai sejarah, warisan dan maruah kesultanan Melayu Sarawak. Sepanjang pelaksanaan projek ini, kami berusaha memastikan setiap perincian kerja dijalankan dengan penuh tanggungjawab, ketelitian dan rasa hormat terhadap sejarah serta adat istiadat diraja. Antara cabaran yang dan amanah yang di galas adalah Mengukir kembali corak yang sama
Pada kayu Belian yang keras

Kerjasama dan sokongan daripada pihak Jabatan Muzium amat kami hargai dan diharapkan hubungan profesional ini dapat diteruskan demi pemeliharaan warisan negara untuk generasi akan datang.

⸻

Profil Ringkas Almarhum Sultan Tengah (Untuk Bacaan Awam)

Sultan Tengah ibni Sultan Muhammad Hassan merupakan Sultan Sarawak yang pertama dan satu-satunya. Baginda merupakan putera kepada Sultan Brunei dan telah dimasyhurkan sebagai Sultan Sarawak pada awal abad ke-17.

Sultan Tengah memainkan peranan penting dalam sejarah Sarawak, khususnya dalam memperkenalkan sistem pemerintahan beraja Islam di wilayah ini. Baginda juga dikenali sebagai tokoh yang berusaha menyebarkan pengaruh Islam dan menjalin hubungan dengan wilayah-wilayah Melayu lain di Nusantara.

Baginda telah mangkat di kawasan Santubong, dan makam Baginda menjadi salah satu tapak sejarah penting yang melambangkan asal-usul kesultanan Sarawak serta hubungan erat antara Sarawak dan dunia Melayu-Islam. Pemeliharaan makam ini adalah usaha penting bagi memastikan sejarah dan jasa Baginda terus dikenang oleh masyarakat. Al Fatihah

Address

Kuching

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khaliq Nisan napo kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khaliq Nisan napo kuching:

Shortcuts

Share