Institut Latihan KKM K Pilah Cawangan Kuantan

Institut Latihan KKM K Pilah Cawangan Kuantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Latihan KKM K Pilah Cawangan Kuantan, Jalan Tanah Putih, Kuantan.

20/09/2021

Adalah dimaklumkan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Kuantan telah bertukar kepada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuala Pilah (Kejururawatan) Cawangan Kuantan mulai 1 Ogos 2021

Alhamdulillah,  ILKKM Kuantan (Kejururawatan)  berjaya menjadi JOHAN kategori Jabatan Kerajaan dalam Pertandingan Landsk...
25/02/2021

Alhamdulillah, ILKKM Kuantan (Kejururawatan) berjaya menjadi JOHAN kategori Jabatan Kerajaan dalam Pertandingan Landskap Bandaraya Kuantan 2020 anjuran Majlis Bandaraya Kuantan yang telah berlangsung pada Disember tahun lepas.

Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah telah diadakan di bangunan Majlis Bandaraya Kuantan pada 24 Februari 2021. Hadiah merupakan sijil penghargaan, wang Tunai RM1000 dan voucher 100 anak pokok telah disampaikan oleh Datuk Bandar Kuantan Y.H Dato' Hamdan bin Hussin.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga ILKKM KUANTAN atas komitmen, kerjasama dan sumbangan bagi merialisasikan impian kita semua untuk menjadi johan.

18 Disember 2020 - Lawatan pegawai-pegawai dari Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kuantan untuk penilaian Pertandingan...
21/12/2020

18 Disember 2020 - Lawatan pegawai-pegawai dari Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Kuantan untuk penilaian Pertandingan Landskap Kuantan ke arah Bandaraya. ILKKM Kuantan menyertai pertandingan ini bagi kategori Jabatan Kerajaan.

Suasana Majlis Restu Ilmu yang diadakan pada pagi ini sebagai dorongan dan semangat untuk pelatih Semester 6 yang akan m...
16/10/2020

Suasana Majlis Restu Ilmu yang diadakan pada pagi ini sebagai dorongan dan semangat untuk pelatih Semester 6 yang akan menempuh peperiksaan mulai pada minggu hadapan. Semoga semua pelatih dapat menjawab peperiksaan dengan tenang serta beroleh kejayaan cemerlang.

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah berlangsung pada pagi tadi dalam suasana ringkas tetapi meriah ...
01/10/2020

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah berlangsung pada pagi tadi dalam suasana ringkas tetapi meriah bagi menghargai kakitangan yang menerima anugerah berkenaan. Tahniah diucapkan kepada semua. Semiga terus cemerlang dalam menjalankan tugas dan amanah sebagai Penjawat Awam.

ILKKM Kuantan telah menerima kehadiran secara mengejut oleh Pasukan Task Force Pematuhan SOP Covid 19 Daerah Kuantan pad...
08/09/2020

ILKKM Kuantan telah menerima kehadiran secara mengejut oleh Pasukan Task Force Pematuhan SOP Covid 19 Daerah Kuantan pada 2 September 2020. Seramai 19 anggota pasukan pemantau yang terdiri daripada PDRM, MPK, APM dan RELA melakukan pemeriksaan ke atas premis ILKKM yang melibatkan unit pentadbiran, bilik-bilik pengajar, bilik-bilik kuliah, dewan makan, surau, perpustakaan, auditorium, asrama dan pondok pengawal keselamatan.
Hasil pemantauan mendapati ILKKM Kuantan telah mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

22/06/2020

Pertandingan Video Pendek sempena Hari Pengajar tahun 2020 anjuran Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Video penyertaan dari Kumpulan Januari 2018 (semester 5) ILKKM Kuantan. Video bertemakan 'New Norms: Evolution In Us'. Pemenang dipilih melalui view dan like

22/06/2020

Pertandingan Video Pendek sempena Hari Pengajar tahun 2020 anjuran Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Video penyertaan dari Kumpulan Julai 2017 (semester 6) ILKKM Kuantan. Video bertemakan 'New Norms: Evolution In Us'. Pemenang dipilih melalui view dan like

Hari Keluarga ILKKM Kuantan telah diadakan di Hotel Ancasa Royale, Pekan, Pahang. Acara bermula dengan majlis makan mala...
10/03/2020

Hari Keluarga ILKKM Kuantan telah diadakan di Hotel Ancasa Royale, Pekan, Pahang. Acara bermula dengan majlis makan malam yang dihadiri oleh semua kakitangan beserta ahli keluarga masing-masing. Terima kasih kepada semua anggota ILKKM Kuantan dan keluarga yang sangat 'sporting' bersama-sama menyertai acara permainan yang berlangsung sepanjang majlis ini. Tahniah juga kepada semua AJK yang telah menjayakan majlis yang sangat meriah dan 'happening' ini. Semoga ukhuwah yang terjalin akan sentiasa berpanjangan.

Aktiviti teambuilding telah diadakan di Kempville Beach Resort, Kuantan pada 3 Mac 2020 sebagai pengisian minggu orienta...
04/03/2020

Aktiviti teambuilding telah diadakan di Kempville Beach Resort, Kuantan pada 3 Mac 2020 sebagai pengisian minggu orientasi pelatih Pos Basik ambilan Mac 2020.

Objektif program ini adalah :

Mengeratkan silaturrahim sesama pelatih dan personel kolej.

Mendedahkan pelatih kepada aspek kerja berpasukan dan memupuk semangat untuk berdikari

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelatih dari aspek nilai-nilai murni supaya menjadi insan yang bertanggungjawab dan penyayang

Memupuk sifat kepimpinan, kreativiti dan inovasi pelatih

Address

Jalan Tanah Putih
Kuantan
25100

Telephone

09514860

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan KKM K Pilah Cawangan Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share