PEMBINA Widad University College

PEMBINA Widad University College PEMBINA secara rasminya telah berdaftar pada 23 January 2017. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat

Persatuan Belia Islam Nasional Widad University College (PEMBINA WUC) adalah persatuan belia yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Widad University College. PEMBINA juga mempunyai lebih 20 cawangan yang aktif di seluruh IPT di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmu

ran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. PEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisis identiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan.

Address

Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMBINA Widad University College posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PEMBINA Widad University College:

Shortcuts

Share