Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga

Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Laman Rasmi
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga
Polis Diraja Malaysia

Jalan Padang Lalang
25050 Kuantan
(2)

'PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TI...
08/06/2026

'PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA PERINGKAT MARKAS PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA, KUANTAN, PAHANG'

Kuantan, 08 Jun 2026 (Isnin) | Bertempat di Jeti Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga telah diadakan Pelaksanaan Amalan Nyanyian Lagu Negaraku dan Bacaan Ikrar Rukun Negara peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga.

Pelaksanaan yang diadakan secara mingguan ini bertujuan untuk menerapkan semangat patriotisme dan taat setia kepada negara dalam diri setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memajukan negara.

Arahan ini juga, selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam di bawah bidang keberhasilan reformasi 1 iaitu Penghayatan Nilai dan Tatakelola yang perlu dihayati dan didukung oleh semua penjawat awam termasuk Polis Diraja Malaysia bagi menzahirkan taat setia kepada negara.

Pelaksanaan di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan Pahang telah diketuai oleh YDH ACP Mohd Khairuddin bin Jamal, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, bersama Pegawai-Pegawai Kanan Polis, Pegawai-Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

📸: Media Marin Kuantan



PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA / SOLAT SUNAT HAJAT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN KUANTAN 04 Jun 2026 (Jumaa...
05/06/2026

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA / SOLAT SUNAT HAJAT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN

KUANTAN 04 Jun 2026 (Jumaat)- Program Solat Sunat Dhuha / Solat Sunat Hajat / Tahlil & Doa Selamat peringkat Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Kuantan Pahang telah berlangsung di Surau Ar-Rahman, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan Pahang.

Turut hadir YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander PPM Wilayah 3, Barisan Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis,dan Pegawai Awam.

📸: Bahagian Kepolisan Am PPM W3 Kuantan

05/06/2026
Majlis Bacaan Tahlil Dan Doa Selamat Peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan PahangKUANTAN 04 Jun 2026 (K...
04/06/2026

Majlis Bacaan Tahlil Dan Doa Selamat Peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan Pahang

KUANTAN 04 Jun 2026 (Khamis) - Majlis Bacaan Tahlil Dan Doa Selamat peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 telah berlangsung di Surau Ar-Rahman Markas Pasukan Polis Marin (PPM) W3 Kuantan Pahang.

Turut hadir Komander PPM W3, YDH ACP Mohd Khairuddin bin Jamal, YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander PPM W3, Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan Ahli Keluarga Warga PPM W3.


Pasukan Polis Marin
Bahagian Agama & Kaunseling - BAKA JIPS PDRM

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS AHLI KELUARGA PRP  PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATUKUANTAN 04 Jun 2026 (Khamis) -Lawatan Kebaj...
04/06/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS AHLI KELUARGA PRP PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH SATU

KUANTAN 04 Jun 2026 (Khamis) -Lawatan Kebajikan ke atas anak kepada L/Kpl Nik Mohamad Syaifuddin bin Hashim yang bertugas di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pulau Pinang.

Lawatan ini di hadiri oleh Sub Inspektor Fairo Amizor bin Md Amin, Sjn Muhammad Adhar bin Sulaiman dan Sjn Shawal Rizal bin Jaafar dari bahagian Tatertib / Kebajikan Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan Pahang. Lawatan ini bertempat di Kuantan Medical Center Kuantan Pahang.

Bagi Pihak Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga dan Seluruh Warga Kerja mendoakan agar adik Nik Aydeen Syaqeef cepat sembuh. Amin.

Pasukan Polis Marin Wilayah Satu
Pasukan Polis Marin

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA KUANTAN PAHANG (UJIAN 2.4 KM)KUANTAN 4 Jun 2026 (Kha...
04/06/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA KUANTAN PAHANG (UJIAN 2.4 KM)

KUANTAN 4 Jun 2026 (Khamis) - Program Gaya Hidup Sihat peringkat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan telah berlansung di Trek Jogging Taman Gelora Kuantan Pahang.

Turut Hadir YDH DSP Muhammad Keny Anyie bin Abdullah, Ketua Bahagian Kepolisan Am PPM W3, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

Foto: Bahagian Latihan PPM W3

.4km

01/06/2026

KPN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN), YDH Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran “Tan Sri”.

Pengurniaan tersebut telah disempurnakan dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini.





#01062026

30/05/2026

KPDN KELANTAN TUMPASKAN STOR HARAM, RAMPAS 825 LITER MINYAK DIESEL.

TUMPAT, 30 MEI 2026 (SABTU): KPDN Kelantan telah menumpaskan kegiatan penyimpanan diesel tanpa permit selepas menyerbu sebuah stor haram berhampiran tanah perkuburan di Kampung Surau Lama Geting, Pengkalan Kubor, di sini, semalam.

Melalui serbuan yang dijalankan menerusi Ops Tiris pada jam 5.45 petang itu bagaimanapun telah merampas sebanyak 825 liter minyak diesel dengan nilai rampasan lebih RM4,000 yang dipercayai disimpan untuk tujuan penyelewengan.

Operasi bersepadu itu dijalankan sepasukan pegawai Unit Risikan dan Tindakan Khas (URTK) KPDN Kelantan dengan kerjasama Unit Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dijalankan sebelum ini.

Bagaimanapun, pemeriksaan di lokasi terbabit mendapati sindiket telah menggunakan sebuah stor yang terletak bersebelahan kilang air batu dan berhadapan tanah perkuburan itu sebagai lokasi penyimpanan barang kawalan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebuah kotak futon berwarna putih yang digunakan untuk menyimpan 33 tong jerikin berkapasiti 25 liter setiap satu berisi cecair disyaki diesel dengan jumlah keseluruhan sebanyak 825 liter.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melanggar Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menyimpan barang kawalan tanpa permit atau lesen sah.

Kesemua barangan telah dirampas dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan saki baki dalang sindiket terbabit.

Justeru, KPDN menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan dan penyimpanan barang kawalan bersubsidi tanpa kebenaran sah.

Polis Daerah Tumpat Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga

©️ 2026 Unit Media KPDN Kelantan
Hak Cipta Terpelihara.

AMANAT DAN FLAG OFF WAKIL KEJOHANAN INTERNATIONAL PRACTICAL SHOOTING CONFEDERATION (IPSC) PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TI...
29/05/2026

AMANAT DAN FLAG OFF WAKIL KEJOHANAN INTERNATIONAL PRACTICAL SHOOTING CONFEDERATION (IPSC) PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA

KUANTAN 29 Mei 2026 (Jumaat)- Penyampaian amanat oleh Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 3 , YDH ACP Mohd Khairuddin bin Jamal kepada pegawai dan anggota yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini di Lapang Sasar Shapadu, Presint 21, W.P Putrajaya.

Turut berlangsung pada program yang sama adalah acara flag off simbolik kepada perlepasan pasukan
hadir sama YDH SUPT Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 3, YDH DSP Muhammad Keny Anyie bin Abdullah, Ketua Bahagian Kepolisan Am PPM Wilayah 3, Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis.

"DVC"
Selamat Maju Jaya dan Selamat Bertanding.

Jurugambar: Nor Azman (Media Marin Kuantan)

Pasukan Polis Marin

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA / SOLAT SUNAT HAJAT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN KUANTAN 29 Mei 2026 (Jumaa...
29/05/2026

PROGRAM SOLAT SUNAT DHUHA / SOLAT SUNAT HAJAT PERINGKAT PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH 3 KUANTAN

KUANTAN 29 Mei 2026 (Jumaat)- Program Solat Sunat Dhuha / Solat Sunat Hajat / Tahlil & Doa Selamat peringkat Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Kuantan Pahang telah berlangsung di Surau Ar-Rahman, Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan Pahang.

Turut hadir YDH ACP Mohd Khairuddin bin Jamal, Komander PPM Wilayah 3, YDH Supt Ahmad Shafiki bin Hussin, Timbalan Komander PPM Wilayah 3, Barisan Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis,dan Pegawai Awam.

📸: Bahagian Intergriti & Tatatertib PPM W3 Kuantan

Address

Jalan Padang Lalang
Kuantan
25050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga:

Share