Felcra Berhad Negeri Pahang

Felcra Berhad Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Felcra Berhad Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š (๐€๐‰๐Š๐Š๐) ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐€๐˜๐€ ๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Š๐€๐”๐๐† ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐๐„๐†๐„...
10/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š (๐€๐‰๐Š๐Š๐) ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐€๐˜๐€ ๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Š๐€๐”๐๐† ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†

Pengarah Negeri FELCRA Berhad Negeri Pahang, ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐…๐š๐ข๐ณ ๐’๐ก๐š๐Ÿ๐ข๐ช ๐›๐ข๐ง ๐™๐š๐ข๐ง๐š๐ฅ ๐€๐›๐ข๐๐ข๐ง telah menerima kunjung hormat daripada Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) Projek Paya Laman dan Kuala Kaung dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung di Pejabat FELCRA Berhad Negeri Pahang.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Peserta Projek Paya Laman, ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐€๐›๐. ๐’๐ฒ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ซ ๐›๐ข๐ง ๐€๐›๐. ๐–๐š๐ก๐š๐›, bersama barisan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek (AJKKP) bagi membincangkan perkembangan semasa, kemajuan pengurusan projek serta perkara-perkara berkaitan kepentingan dan kesejahteraan peserta.

Turut hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut ialah Pengerusi KPR KOLAMAN Berhad, ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐๐จ๐ซ ๐€๐ณ๐ฆ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐š๐ญ ๐‹๐ฎ๐๐ข๐ง serta Pengurus Kawasan, ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‡๐š๐ค๐ข๐ฆ ๐›๐ข๐ง ๐’๐š๐ข๐›๐š๐ง๐ข.

Sesi pertemuan ini menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pihak pengurusan FELCRA Berhad Negeri Pahang bersama peserta, di samping menyelaras usaha ke arah peningkatan prestasi projek, pengurusan ladang yang lebih cekap serta memastikan aspirasi peserta terus diberi perhatian.



07/09/2026

TEST

๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ด๐‘ท๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ-๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ช๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ช๐‘น๐‘จ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ถ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ๐Ÿ“… 03 Sept...
03/09/2026

๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ด๐‘ท๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ท๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ-๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ช๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ช๐‘น๐‘จ ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ถ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ

๐Ÿ“… 03 September 2026 | Khamis

Usai menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peserta FELCRA Batu Sawar Temerloh Berhad, Pengarah FELCRA Berhad Negeri Pahang meneruskan agenda dengan mengadakan Perjumpaan Khas bersama barisan kepimpinan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Sentosa Berhad bertempat di Pejabat FELCRA Berhad Kawasan Sentosa.

Perjumpaan julung kali ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik, membina persefahaman serta menyatukan komitmen antara FELCRA Berhad dan kepimpinan koperasi dalam usaha memperkasakan organisasi demi kepentingan serta kesejahteraan para peserta.

Sesi pertemuan ini turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan, perbincangan serta hala tuju bersama ke arah memperkukuh peranan koperasi sebagai wadah pembangunan ekonomi dan sosial peserta FELCRA.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkasa dan menjadi pemangkin kepada kemajuan koperasi serta kesejahteraan seluruh warga peserta.

๐™ˆ๐™ช๐™–๐™›๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฌ๐™– ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ฉ,
๐™†๐™ค๐™ฅ๐™š๐™ง๐™–๐™จ๐™ž ๐˜ฟ๐™ž๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–,๐™‹๐™š๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™–๐™๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–.






๐‘ด๐‘ฌ๐‘บ๐’€๐‘ผ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ป ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ช๐‘น๐‘จ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘บ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘น ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ณ๐‘ถ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ03 09 2026 | Khamis Mesyuarat Agung Tahunan Ko...
03/09/2026

๐‘ด๐‘ฌ๐‘บ๐’€๐‘ผ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ป ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ป๐‘จ๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ช๐‘น๐‘จ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘บ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘น ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ณ๐‘ถ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฏ๐‘จ๐‘ซ

03 09 2026 | Khamis

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peserta FELCRA Batu Sawar Temerloh Berhad telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Balai Komuniti Kampung Batu Sawar, Temerloh.

Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat muafakat, sekali gus mencapai kesepakatan yang baik dalam kalangan ahli serta peserta Koperasi Peserta FELCRA Batu Sawar.

Majlis turut disempurnakan dengan perasmian oleh YBrs. Tuan Pengarah FELCRA Berhad Negeri Pahang, Encik Faiz Shafiq bin Zainal Abidin yang turut bersama-sama mengikuti perjalanan mesyuarat serta beramah mesra dengan para peserta.

Turut hadir Encik Muhammad Nur Amirul bin Khalid, Ketua Unit Hal Ehwal Peserta, FELCRA Berhad Negeri Pahang.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat terus memperkukuh pengurusan koperasi, meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli serta memberi manfaat dan kesejahteraan kepada seluruh peserta.

๐™ˆ๐™ช๐™–๐™›๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฌ๐™– ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™ฉ, ๐™†๐™ค๐™ฅ๐™š๐™ง๐™–๐™จ๐™ž ๐˜ฟ๐™ž๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–, ๐™‹๐™š๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™Ž๐™š๐™Ÿ๐™–๐™๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–.







02/09/2026
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐‰๐Š๐Š๐  ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐ˆ๐๐€๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐…๐š๐ข๐ณ ๐’๐ก๐š๐Ÿ๐ข๐ช ๐›๐ข๐ง ๐™๐š๐ข๐ง๐š...
01/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐‰๐Š๐Š๐ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐ˆ๐๐€๐Œ ๐ƒ๐€๐ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ

๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐…๐š๐ข๐ณ ๐’๐ก๐š๐Ÿ๐ข๐ช ๐›๐ข๐ง ๐™๐š๐ข๐ง๐š๐ฅ ๐€๐›๐ข๐๐ข๐ง, Pengarah Negeri, telah menerima kunjung hormat daripada ๐„๐ง. ๐’๐ฒ๐ž๐ ๐„๐ณ๐š๐ญ ๐›๐ข๐ง ๐’๐š๐ข๐ฒ๐ข๐ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐Š๐š๐ฆ๐ข๐ฅ, Pengurus Kawasan Bukit Ibam, dan ๐„๐ง. ๐Ž๐ญ๐ก๐ฆ๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐†๐ก๐š๐Ÿ๐š๐ซ, Ketua Peserta Bukit Ibam dan Bukit Tinggi, pada 1 September 2026 (Selasa) bertempat di Pejabat Pengarah Negeri FELCRA Berhad Pahang.

Kunjungan ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara pihak pengurusan dan wakil peserta dalam usaha memastikan kepentingan serta kesejahteraan peserta FELCRA terus diberi perhatian.

Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kemajuan kawasan serta kesejahteraan peserta.



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐†๐Š๐Ž๐‘๐๐Ž๐‘๐€๐“๐€๐ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐Š๐„-29Tanggal 1 September 1997, FELCRA Berhad melangkah sebagai sebua...
01/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐๐†๐Š๐Ž๐‘๐๐Ž๐‘๐€๐“๐€๐ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐Š๐„-29

Tanggal 1 September 1997, FELCRA Berhad melangkah sebagai sebuah organisasi yang terus komited dalam memperkasa komuniti dan meningkatkan kesejahteraan peserta.

Kini, genap 29 tahun, FELCRA Berhad terus memacu kemajuan komuniti, membina masa depan lestari dengan semangat, dedikasi dan iltizam yang berterusan.

Selamat Hari Pengkorporatan FELCRA Berhad ke-29!
Semoga FELCRA Berhad terus melakar kejayaan, memperkukuh peranan dalam pembangunan luar bandar serta menjadi pemacu kemajuan yang memberi manfaat kepada peserta dan komuniti.

Ikhlas daripada:
Pengarah Negeri, Warga Kerja dan Peserta FELCRA Berhad Negeri Pahang






๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“  ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡Setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐ฎ...
01/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡

Setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐ฎ๐ฅ-๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐™๐š๐ข๐ง๐ฎ๐๐๐ข๐ง atas pelantikan sebagai Ketua Unit Perancang FELCRA Berhad Negeri Pahang yang baharu, serta ucapan selamat berpindah kepada ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Š๐ก๐š๐ข๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ณ๐ฆ๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐€๐›๐ ๐‘๐š๐ก๐ข๐ฆ ke Pejabat Pengarah Negeri Perak.

Semoga segala khidmat bakti, pengalaman dan sumbangan yang dicurahkan terus menjadi pemangkin kecemerlangan, di samping dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu.



01/09/2026

๐ŸŽ‰ SELAMAT ULANG TAHUN PENGKORPORATAN FELCRA BERHAD KE-29 ๐ŸŽ‰

1 September 2026

Hari ini menandakan 29 tahun perjalanan FELCRA Berhad sebagai sebuah entiti korporat, sejak pengkorporatannya pada 1 September 1997.

Sepanjang perjalanan ini, FELCRA Berhad terus menggalas amanah dalam memperkasa pembangunan tanah, meningkatkan taraf sosioekonomi peserta serta menyumbang kepada kemajuan sektor pertanian dan agromakanan negara.

Dengan pengalaman, kekuatan warga kerja dan sokongan seluruh warga FELCRA, kita akan terus melangkah ke hadapan dengan tekad untuk memperkukuh organisasi, mencipta nilai serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh peserta dan masyarakat.

29 Tahun Pengkorporatan โ€” Memperkasa Legasi, Meneruskan Aspirasi.

Selamat Ulang Tahun Pengkorporatan FELCRA Berhad Ke-29 kepada seluruh Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan, Warga Kerja, Peserta dan Pesara FELCRA Berhad.

Semoga FELCRA Berhad terus maju, berdaya saing dan kekal teguh dalam membawa amanah pembangunan demi kesejahteraan bersama.

Selamat Ulang Tahun Pengkorporatan FELCRA Berhad Ke-29! ๐Ÿ’œ

Nota : Figura Tun Abdul Razak bin Hussein telah dilakonkan semula oleh Encik Anas Hamdan




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„-69๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, FELCRA Berhad Negeri Pahang dengan penuh ras...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐„-69๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, FELCRA Berhad Negeri Pahang dengan penuh rasa bangga dan patriotisme bersama-sama meraikan nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi selama 69 tahun.

Kemerdekaan menjadi pemangkin untuk kita terus memperkasa masyarakat luar bandar, meningkatkan kesejahteraan peserta serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan negara.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat Malaysia Madani dengan memperkukuh perpaduan, bekerja dengan penuh integriti dan terus berganding bahu dalam membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan berdaya saing.

Daripada tanah, kita membina kehidupan.
Daripada usaha, kita mencipta masa depan.
Bersama FELCRA, kita terus melangkah demi rakyat dan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰

Ikhlas daripada:
Pengarah Negeri, Warga Kerja dan Peserta
FELCRA Berhad Negeri Pahang







๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Felcra Berhad Negeri Pahang:

Shortcuts

Share