Jual Beli Emas dan Surat Pajak Di Kuantan

Call Directions Contact the business

Jual Beli Emas dan Surat Pajak Di Kuantan Membeli Surat Pajak, Emas Terpakai & Suasa

πŸ“ Kuantan - Pekan - Rompin - Kemaman

πŸ“ž 011-1335 0680

Kadang-kadang, kita terlepas sesuatu bukan sebab tak mampu tapi sebab tak tahu ada pilihan lain. Hari ni ada seorang cus...
26/10/2026

Kadang-kadang, kita terlepas sesuatu bukan sebab tak mampu tapi sebab tak tahu ada pilihan lain.

Hari ni ada seorang customer datang dengan surat pajak. Bila berbual, baru aku tahu ini kali pertama customer tahu yang surat pajak sebenarnya boleh dijual.

Sebelum ni, banyak surat pajak customer dah berakhir dengan lelong. Bukan sebab tak sayang barang kemas tu, tapi mungkin sebab tak tahu ada alternatif lain yang boleh dipertimbangkan.

Alhamdulillah, untuk urusan kali ni, customer berjaya dapat baki lebih RM1,300. Bukan jumlah yang kecil bagi orang yang sedang memerlukan duit.

Sebab tu aku s**a berkongsi perkara macam ni. Bukan semua orang tahu, dan mungkin ada orang di luar sana yang sedang menghadapi situasi sama.

Kalau ada surat pajak yang dah tak mampu nak tebus, jangan terus berputus asa. Cuba cari maklumat dan semak pilihan yang ada sebelum terlambat.

Ilmu yang kita rasa biasa, mungkin boleh membantu orang lain yang langsung tak pernah tahu. 🀝🏻

From Community to Community.

Ada masa, kita lepaskan sesuatu yang kita sayang bukan sebab kita dah tak perlukan… tetapi sebab ada perkara yang jauh l...
23/10/2026

Ada masa, kita lepaskan sesuatu yang kita sayang bukan sebab kita dah tak perlukan… tetapi sebab ada perkara yang jauh lebih penting sedang menanti. β€οΈβ€πŸ©Ή

Alhamdulillah, hari ini selesai urusan mengeluarkan 4 surat pajak milik seorang customer. Daripada urusan ini, customer berjaya mendapatkan baki hampir RM5,000 selepas segala pinjaman dan upah simpan dilunaskan.

Tapi di sebalik urusan hari ini, ada cerita yang buat kita tersentuh. Customer terpaksa melepaskan surat-surat pajak tersebut kerana wang itu diperlukan untuk kegunaan di hospital.

Bila melibatkan kesihatan dan keluarga, kadang-kadang kita tak ada banyak pilihan. Barang yang selama ini disimpan, mungkin ada kenangan dan nilai tersendiri, terpaksa dilepaskan demi sesuatu yang lebih utama.

Kita tak tahu apa yang sedang seseorang lalui. Di sebalik senyuman, mungkin ada kerisauan yang dipendam. Di sebalik keputusan untuk melepaskan barang berharga, mungkin ada tanggungjawab besar yang sedang dipikul.

Semoga segala urusan customer dipermudahkan, diberikan kesembuhan dan kekuatan menghadapi ujian. Semoga juga wang yang diperoleh hari ini dapat membantu meringankan beban yang sedang ditanggung. Amin ya Rabb. 🀲🏻

Bagi kami, setiap surat pajak yang diuruskan bukan sekadar urusan emas dan wang. Setiap satunya ada cerita, ada pengorbanan dan ada sebab di sebaliknya.

Semoga selepas kesulitan ini, Allah gantikan dengan rezeki yang lebih luas dan berita yang menggembirakan. ❀️

12/10/2026

Alhamdulillah, selesai satu lagi urusan buyback gelang tangan Dunhill hari ni 🀝✨

Setiap barang ada nilainya tersendiri. Kadang-kadang barang yang kita simpan tu masih ada nilai yang boleh dimanfaatkan bila tiba masanya.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Semoga urusan hari ni dipermudahkan dan murah rezeki selalu 🀲🏻

Rezeki masing-masing dah Allah susun, kita cuma usaha sebaik mungkin. ❀️

10/10/2026

04/10/2026

Setiap emas yang dikeluarkan dari kedai pajak punya jalan cerita sendiri dan kenangan yang tercipta dari pemiliknya.

Alhamdulillah, selesai lagi urusan tebus barang pajak customer hari ni 🀲🏻✨Setiap barang yang kita pegang ada cerita dan ...
03/10/2026

Alhamdulillah, selesai lagi urusan tebus barang pajak customer hari ni 🀲🏻✨

Setiap barang yang kita pegang ada cerita dan nilai tersendiri. Yang penting, jangan biarkan barang kemas terlepas begitu saja kalau masih ada jalan untuk diselamatkan.

Syukur urusan dipermudahkan, customer pun lega bila barang kesayangan dapat ditebus semula. ❀️

Terima kasih atas kepercayaan. Semoga setiap urusan dipermudahkan dan dipanjangkan rezeki untuk kita semua. 🀲🏻✨

21/09/2026

Ramai yang taktahu sebenarnya suasa ini bernilai seperti emas. Dalam sebentuk suasa mempunyai kandungan emas bermutu 375.

So kalau ada nak jual suasa atau yang nak tukarkan suasa kepada cash boleh hubungi saya di profile.

17/09/2026

Syukur, untuk tahun 2026 ni kita dah tolong ramai orang yang ada masalah dengan surat pajak gadai di Pahang dan Terengganu.

πŸ“ Kotasas, KuantanHarini ada buyback untuk emas goldbar. Antara tips nak tengok tulen atau tidak, kalau timbang berat di...
17/09/2026

πŸ“ Kotasas, Kuantan

Harini ada buyback untuk emas goldbar. Antara tips nak tengok tulen atau tidak, kalau timbang berat dia tak lari.

Contoh berat goldbar 10g. So, kalau ditimbang berat akan tetap 10.00g. Dia takkan naik atau turun. Kalau lari timbangan tu kemungkan emas celup atau timbangan rosak πŸ˜‚

Antara barang kemas yang berjaya diselamatkan daripada kedai pajak. Setiap kali tengok barang-barang macam ni, saya sela...
12/09/2026

Antara barang kemas yang berjaya diselamatkan daripada kedai pajak. Setiap kali tengok barang-barang macam ni, saya selalu terfikir setiap satu mesti ada cerita dan sebab kenapa ia pernah dipajakkan.

Kadang-kadang orang pajak sebab perlukan duit untuk urusan keluarga, bisnes, komitmen atau perkara yang tak dapat dielakkan. Bila sampai masa dan tak sempat untuk tebus, barang tersebut p**a berisiko untuk masuk lelong.

Sebenarnya ramai yang tak tahu, nilai barang kemas dan jumlah pinjaman dalam surat pajak adalah dua perkara yang berbeza. Sebab tu jangan terus anggap barang kemas tu dah tak ada nilai hanya kerana pinjaman masih belum dapat diselesaikan.

Kalau ada peluang untuk selesaikan dengan cara yang baik, kita cuba bantu mana yang mampu. Yang penting urusan dibuat dengan jelas, kedua-dua pihak faham dan sama-sama berpuas hati.

Rezeki setiap orang berbeza. Hari ni mungkin kita bantu orang lain, esok lusa mungkin kita p**a yang memerlukan bantuan.

Alhamdulillah untuk setiap urusan yang dipermudahkan.

Address

No A7, Jalan Tun Ismail
Kuantan

Telephone

+60189000822

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jual Beli Emas dan Surat Pajak Di Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jual Beli Emas dan Surat Pajak Di Kuantan:

Shortcuts

Share