SK TOK DIR

SK TOK DIR Akademik dan kokurikulum serta sahsiah murid menjadi keutamaan. Sekolah Kebangsaan Tok Dir ditubuh dan dibuka pada tahun 1960 oleh penduduk kampung sekitar Kg.

Tok Dir, Kg. Tok Pong, Kg. Tok Rimau dan Kg. Surau Haji Daud. Ia dikenali sebagai Sekolah Rakyat Kampung Tok Dir. Bangunan dan tapaknya diuruskan sendiri oleh penduduk kampung dan begitu juga dengan tenaga pengajarnya. Guru-guru yang dilantik ialah :
En. Manaf Bin Deraman : 1960 ( 3 bulan )
En. Ismail Bin Musa : ( 1960 - 1962 )
En. Bidin Bin Muda : (1961 - 1962 )
Pada 01.01.1963 sekolah ini

dinaik taraf oleh kerajaan dengan dinamakan Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Kuala Terengganu dengan menggunakan bangunan asal, semua guru diatas diberhentikan dan digantikan dengan 4 orang guru kerajaan termasuk Guru Besar En. Yusof Bin Ngah dan dibantu oleh En. Abdul Aziz Bin Mat Zin, Fatimah Binti Ibrahim, Hashim Bin Omar dengan muridnya seramai 50 orang. Pada tahun 1967 pihak kerajaan telah mendirikan bangunan kayu tiga bilik darjah ( JKR 553 ) dan sebuah kantin ( JKR 554 ) serta pengambilan tanah seluas 2.83 ekar di atas lot-lot 3062, 3063, 3071 dan 3080 untuk dijadikan kawasan sekolah. Pada tahun 1972, 4 bilik darjah separuh kekal lagi dibangunkan iaitu JKR 657. Pada 25 Mei 1974, bangunan JKR 657 telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Hussein Bin Dato' Onn SPMJ Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pada 16.04.1992 perletakan batu asas bangunan tambahan 4 tingkat telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim, SSAP, AMN, DJSN, SSSA, Menteri Kewangan Malaysia. Tanggal bulan Mei 1993, bangunan JKR 553 dirobohkan kerana terlampau uzur. Manakala pada tahun 1993, bangunan 4 tingkat dengan 10 bilik darjah, bilik media, bilik perpustakaan dan bilik kemahiran hidup dalam pembinaan dan siap dalam bulan Julai 1994 menggantikan bangunan JKR 553. Pada bulan September 2009 dua buah bangunan lama separuh simen Blok A ( JKR 657 ) dan Blok C
( JKR 553 ) telah dirobohkan untuk dibina dua buah bangunan baru 3 tingkat dijangka siap pada tahun 2010. Pada 30 Julai 2011 kedua-dua buah bangunan baru tersebut telah diizinkan untuk diduduki oleh Jabatan Pelajaran Terengganu. Dua blok tersebut iaitu Blok A adalah blok pentadbiran yang terdiri daripada pejabat sekolah, Bilik Guru Besar dan Penolong Knana, Bilik j-QAF, Pusat Sumber, Bilik Guru dan Bilik Kaunseling. Manakala Blok C P**a terdiri daripada 7 buah bilik darjah, 2 Makmal Sains, 1 buah Bilik Pemulihan, 1 buah Bilik Seni, 1 buah Bilik Gerak Kerja kokurikulum dan 1 buah Bilik Access. Kini SK Tok Dir mempunyai 3 bangunan kekal dan 1 buah bangunan separuh kekal. Mempunyai 18 buah bilik darjah termasuk 2 buah bilik darjah bangunan separuh kekal serta terdapat 2 buah bilik Pra Sekolah.

ISNIN | 24 OGOS 2026Ujian Lencana Keris Emas Pengakap Kanak-kanak.Seramai 6 orang ahli Pengakap Kanak-kanak SK Tok Dir m...
25/08/2026

ISNIN | 24 OGOS 2026

Ujian Lencana Keris Emas Pengakap Kanak-kanak.

Seramai 6 orang ahli Pengakap Kanak-kanak SK Tok Dir mengikuti ujian tersebut bertempat di SK Kg. Baharu Serada.

Tahniah kepada semua yang terlibat.



ISNIN | 24 OGOS 2026Program Teknik Menjawab Soalan Penulisan Bahasa Melayu Tahun 4 telah disampaikan oleh Cikgu Rohani b...
25/08/2026

ISNIN | 24 OGOS 2026

Program Teknik Menjawab Soalan Penulisan Bahasa Melayu Tahun 4 telah disampaikan oleh Cikgu Rohani binti Awang, Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Undang.

Seramai 70 orang murid Tahun 4 menyertai program ini. Semoga program ini dapat membantu murid-murid Tahun 4 menghadapi Matriks Pembelajaran Tahun 4 nanti.

Tahniah Panitia Bahasa Melayu SK Tok Dir.


ISNIN | 24 OGOS 2026Program Semarak Cinta Rasul 2026 Peringkat SK Tok Dir anjuran Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab...
25/08/2026

ISNIN | 24 OGOS 2026

Program Semarak Cinta Rasul 2026 Peringkat SK Tok Dir anjuran Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab.

Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh al Fadil Ustaz Muhammad Afiq bin Mohamed @ Ghazani.



PERKHEMAHAN PERDANA PUTERI MADANIPergerakan Puteri Islam Negeri Terengganu 202619-21 Ogos 2026Kem Pengakap Tengku Muhamm...
25/08/2026

PERKHEMAHAN PERDANA PUTERI MADANI
Pergerakan Puteri Islam Negeri Terengganu 2026

19-21 Ogos 2026
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail
Teluk Ketapang

Tahniah kepada murid-murid yang menyertainya.

ISNIN | 17 OGOS 2026Tahniah Pasukan Ragbi B 10  SK Tok Dir.
18/08/2026

ISNIN | 17 OGOS 2026

Tahniah Pasukan Ragbi B 10 SK Tok Dir.

JUMAAT | 14 OGOS 2026SETOKDIR UNICAMP 2026 melabuhkan tirainya pada hari ini dengan berakhirnya Majlis Penutup UNICAMP 2...
14/08/2026

JUMAAT | 14 OGOS 2026

SETOKDIR UNICAMP 2026 melabuhkan tirainya pada hari ini dengan berakhirnya Majlis Penutup UNICAMP 2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Mohd Hafisza bin Abd Rahman, Timbalan Pegawai Pendidikan Unit Bakat Murid, PPD Kuala Terengganu.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan perkhemahan selama dua hari.

Semoga segala pengalaman yang ditimba sepanjang perkhemahan ini akan menjadi pemangkin untuk kejayaan pada masa akan datang.


JUMAAT | 14 OGOS 2026Pertandingan Mewarna sempena   telah berlangsung dengan penuh meriah.Terima kasih kepada semua pese...
14/08/2026

JUMAAT | 14 OGOS 2026

Pertandingan Mewarna sempena telah berlangsung dengan penuh meriah.

Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat menjayakan pertandingan ini. Tahniah kepada para pemenang pertandingan mewarna dan juga kepada tiga pemenang cabutan bertuah yang telah berjaya membawa pulang sebuah basikal.

Alhamdulillah, terima kasih kepada para penderma darah dalam Kempen Derma Darah Bersama Komuniti pada 13 Ogos 2026 sempe...
14/08/2026

Alhamdulillah, terima kasih kepada para penderma darah dalam Kempen Derma Darah Bersama Komuniti pada 13 Ogos 2026 sempena .

Semoga amal bakti kalian dibalas oleh Allah dengan sebaik-baik balasan.

Aktiviti hari Jumaat 14 Ogos 2026 hari terakhir  . Semua dijemput hadir beramai-ramai.
14/08/2026

Aktiviti hari Jumaat 14 Ogos 2026 hari terakhir . Semua dijemput hadir beramai-ramai.

14/08/2026

Kemeriahan malam kedua . Terima kasih kerana datang memeriahkan .

Malam ini malam ketiga dan merupakan malam terakhir (Jumaat malam Sabtu). Ayuh semua ajak semua ahli keluarga, sanak saudara rakan dan taulan memenuhi padang SK Tok Dir.

Jangan lupa, malam ini ada cabutan bertuah. Siapakah yang bakal bertuah membawa pulang kereta Naza Citra? Bersama-sama kita saksikan dengan penuh debaran.

Address

Sekolah Kebangsaan Tok Dir
Kuala
21070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK TOK DIR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share