Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA

Call Directions Website Contact the business

Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) adalah sebuah Pusat Tanggungjawab di bawah kawal selia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Pengurusan bakat, pembudayaan warisan dan pengembangan tujahan seni para pelajar adalah antara fungsi utama PKW.

KUALA NERUS, 17 Oktober 2026 - Sekitar persembahan Gamelan dan Busking Mahameru sempena Majlis Tamat Latihan Kadet Kor S...
17/10/2026

KUALA NERUS, 17 Oktober 2026 - Sekitar persembahan Gamelan dan Busking Mahameru sempena Majlis Tamat Latihan Kadet Kor Sukarelawan Mahasiswa Antirasuah (KOR SUAR) dan Penganugerahan Sijil Kadet Integriti Muda Kohort 4/2026.

Persembahan ini menyerlahkan bakat serta kreativiti mahasiswa PEARL dalam mengangkat seni dan budaya melalui alunan muzik tradisional gamelan dan persembahan busking yang menghiburkan.

Tahniah kepada semua kadet yang berjaya menamatkan latihan. Semoga terus melangkah dengan semangat integriti dan jati diri yang tinggi!

Future Caliph, Demi UniSZA!

14/10/2026

KUALA NERUS, 14 Oktober 2026 – Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kali Ke-18 bagi Sidang Tujuh berlangsung dalam suasana penuh istiadat dan bermakna, dengan kehadiran Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniSZA, Dato' Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, barisan pengurusan tertinggi serta wakil universiti awam (UA).

Di sebalik langkah para graduan menaiki pentas, tersimpan seribu satu kisah perjuangan, pengorbanan dan ketabahan sepanjang menempuh perjalanan menuntut ilmu. Setiap kejayaan yang diraikan hari ini turut menjadi bukti kekuatan diri serta doa dan sokongan insan tersayang yang sentiasa mengiringi perjalanan mereka.

Konvokesyen ini bukan sekadar meraikan pencapaian akademik, malah menjadi titik permulaan kepada lembaran baharu dalam kehidupan para graduan untuk terus melangkah, merealisasikan impian dan menyumbang bakti kepada masyarakat serta negara.

Kredit : Tiktok Pesona.wow

Future Caliph, Demi UniSZA!

🔴 SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG MALAM TAUSIYAH YANG MEMBAWA TAJUK “GRADUASI BUKAN PENGAKHIRAN, TETAPI PERMULAAN AMANAH” BERSA...
14/10/2026

🔴 SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG MALAM TAUSIYAH YANG MEMBAWA TAJUK “GRADUASI BUKAN PENGAKHIRAN, TETAPI PERMULAAN AMANAH” BERSAMA USTAZ 3 BERADIK PADA JAM 9.00 MALAM DI PENTAS UTAMA EKSPO KONVO, UniSZA.

Jom ikuti siaran langsung di pautan : https://www.youtube.com/live/nBKay4BJ9Do?si=AXxRRYzNoGgKo3ZR

Future Caliph, Demi UniSZA!

14 OKTOBER 2026 | EKSPO KONVOKESYEN UniSZA KALI KE-18 2026 | MALAM ...

14/10/2026
14/10/2026

KUALA NERUS, 13 Oktober 2026 – Program Seni Komuniti bersama Majlis Kebudayaan Daerah Besut (MKDB) telah berlangsung di Pentas Utama Ekspo Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Program ini turut menjadi usaha dalam memupuk apresiasi terhadap seni budaya tempatan seperti adanya persembahan wayang kulit dan dikir barat selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara warisan agar terus kekal relevan serta diwarisi oleh generasi akan datang.

Kredit : Tiktok pesona.wow

Future Caliph, Demi UniSZA!

14/10/2026

KUALA NERUS, 13 Oktober 2026 – Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kali Ke-18 bagi Sidang 6 berlangsung dalam suasana penuh istiadat dan gemilang dengan kehadiran Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, barisan pengurusan tertinggi serta wakil universiti awam (UA).

Setiap perjalanan menuju kejayaan pastinya hadir dengan cabaran, pengorbanan dan usaha yang tidak ternilai. Hari konvokesyen menjadi detik bermakna untuk meraikan segala penat lelah yang akhirnya membuahkan hasil, di samping menghargai doa dan sokongan insan tersayang yang sentiasa berada di sisi.

Di sebalik segulung ijazah yang diterima, tersimpan harapan dan impian untuk melangkah lebih jauh. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk menghadapi dunia sebenar, membuka peluang baharu serta memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Tahniah kepada seluruh graduan UniSZA bagi Sidang 6! Semoga terus melangkah dengan penuh keyakinan, membawa nama UniSZA dengan bangga dan mencipta kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Future Caliph, Demi UniSZA!

14/10/2026

KUALA NERUS, 13 Oktober 2026 – Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kali Ke-18 bagi Sidang 5 berlangsung dalam suasana penuh istiadat dan gemilang dengan kehadiran Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, barisan pengurusan tertinggi serta wakil universiti awam (UA).

Bagi setiap graduan, jubah konvokesyen yang disarungkan bukan sekadar simbol kejayaan, malah menjadi lambang pengorbanan, usaha dan doa yang mengiringi perjalanan mereka hingga ke detik bersejarah ini. Kini, sebuah perjalanan baharu menanti.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melangkah dengan yakin, menggapai impian dan menabur bakti kepada masyarakat.
Tahniah kepada seluruh graduan UniSZA! Semoga terus melakar kejayaan dan mencipta masa depan yang lebih gemilang.

Kredit : Tiktok pesona.wow

Future Caliph, Demi UniSZA!

13/10/2026

Setiap perjalanan ada cerita, setiap usaha ada hasilnya. Hari ini, segala penat lelah akhirnya terbayar dengan sebuah kejayaan yang membanggakan bagi seorang graduan.

Selamat bergraduasi!

Kredit : Tiktok Pesona.wow

Future Caliph, Demi UniSZA!

Address

Pusat Kesenian Dan Warisan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:45
Tuesday 09:00 - 16:45
Wednesday 09:00 - 16:45
Thursday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:45

Telephone

+6096688768

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Kesenian dan Warisan UniSZA:

Shortcuts

Share

Category