Pusat Rawatan Aura Zikir

Pusat Rawatan Aura Zikir Menyediakan khidmat RAWATAN PERUBATAN ISLAM utk pelbagai penyakit serta MENGAJAR ILMU PERUBATAN KEPA

Pusat Rawatan ini menyediakan rawatan untuk sebarang penyakit spiritual dan penyakit jasmani...InsyaALLAH...sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Khairi Jamil : 013-4756592

Untuk pembelian Minyak Aura Zikir, hubungi : 019-5143366

Minyak Aura Zikir kini berwajah BARU!
05/05/2025

Minyak Aura Zikir kini berwajah BARU!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha PenyayangSebagai makluman, Rawatan Aura Zikir yang diasaskan oleh Almarhum...
20/08/2024

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sebagai makluman, Rawatan Aura Zikir yang diasaskan oleh Almarhum Ustaz Jamil telah diteruskan oleh salah seorang anaknya, Ustaz Khairi Jamil.

Pusat rawatan kini bertempat di Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah. Bagi yang ingin mendapatkan rawatan secara jarak dekat, boleh membuat janjitemu di talian 0134756592.

Rawatan secara jarak jauh juga disediakan.

25/05/2021

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
الهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda tercinta kami, Jamil bin Hasim telah kembali menemui penciptaNya pada khamis malam jumaat 20/5/2021 bersamaan 9 syawal 1442

Semoga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematianya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kami menyampaikan wasiat, abah memohon maaf atas segala kesalahan beliau.

Al Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين..امين...امين

Ada 1 doa yang sangat ringkas namun sangat hebat. Kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan kesihatan yang baik.Itu re...
15/06/2020

Ada 1 doa yang sangat ringkas namun sangat hebat. Kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Itu rezeki yang paling utama. Selepas dapat yang itu kita pasti tahu bagaimana nak teruskan hidup supaya dapat lebih lagi rezeki. Sama-sama kita amalkan ya. Setiap kali solat, setiap kali berdoa, jangan sesekali tinggalkan doa ini.

Imam Hasan Al-Basri berkata:1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang....
14/06/2020

Imam Hasan Al-Basri berkata:

1. Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Oleh kerana itulah hatiku merasa tenang.

2. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dikerjakan oleh orang lain. Oleh keraba itulah aku sendiri yang sibuk mengerjakannya.

3. Aku tahu Allah selalu mengawasiku. Oleh kerana itulah aku selalu merasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat.

4. Dan aku tahu kematian itu telah menantiku. Oleh kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Rabb-ku.

Kawan-kawan,

Rezeki, mutlak Allah beri. Jika bukan untuk kita, maka bukanlah.

Amalan, mesti kita yang kerjakan.

Buat baik, buat jahat semua Allah tahu, dan mati tetap akan jemput kita p**ang. Buatlah baik, sangkalah baik, fikir yang baik, maka yang baik-baik akan sampai kepada kita.

Alhamdulillah.60 botol Minyak Aura Zikir yang dibeli secara online diposkan hari ni.Jualan secara offline p**a berpuluh ...
31/05/2020

Alhamdulillah.

60 botol Minyak Aura Zikir yang dibeli secara online diposkan hari ni.

Jualan secara offline p**a berpuluh botol sehari.

Semenjak lepas raya dan PKPB ni, jualan semakin meningkat.

170 botol Minyak Aura Zikir dipos hari ni.
30/05/2020

170 botol Minyak Aura Zikir dipos hari ni.

Jom tadabbur 30 juzu' al-Quran.Semoga kita turut sama beroleh ganjaran melalui perkongsian ini
22/08/2019

Jom tadabbur 30 juzu' al-Quran.

Semoga kita turut sama beroleh ganjaran melalui perkongsian ini

[Kompilasi Sinopsis 30 Juzuk Al-Quran]

Semoga kita sama-sama peroleh manfaat, dan membantu kita untuk mentadabbur. Al-Quran.
Selamat mentadabbur Al-Quran

____________________________________

Juzuk 1: http://bit.ly/tadabbur30juzuk01
Juzuk 2: http://bit.ly/tadabbur30juzuk02
Juzuk 3: http://bit.ly/tadabbur30juzuk03
Juzuk 4: http://bit.ly/tadabbur30juzuk04
Juzuk 5: http://bit.ly/tadabbur30juzuk05
Juzuk 6: http://bit.ly/tadabbur30juzuk06
Juzuk 7: http://bit.ly/tadabbur30juzuk07
Juzuk 8: http://bit.ly/tadabbur30juzuk08
Juzuk 9: http://bit.ly/tadabbur30juzuk09
Juzuk 10: http://bit.ly/tadabbur30juzuk10
Juzuk 11: http://bit.ly/tadabbur30juzuk11
Juzuk 12: http://bit.ly/tadabbur30juzuk12
Juzuk 13: http://bit.ly/tadabbur30juzuk13
Juzuk 14: http://bit.ly/tadabbur30juzuk14
Juzuk 15: http://bit.ly/tadabbur30juzuk15
Juzuk 16: http://bit.ly/tadabbur30juzuk16
Juzuk 17: http://bit.ly/tadabbur30juzuk17
Juzuk 18: http://bit.ly/tadabbur30juzuk18
Juzuk 19: http://bit.ly/tadabbur30juzuk19
Juzuk 20: http://bit.ly/tadabbur30juzuk20
Juzuk 21: http://bit.ly/tadabbur30juzuk21
Juzuk 22: http://bit.ly/tadabbur30juzuk22
Juzuk 23: http://bit.ly/tadabbur30juzuk23
Juzuk 24: http://bit.ly/tadabbur30juzuk24
Juzuk 25: http://bit.ly/tadabbur30juzuk25
Juzuk 26: http://bit.ly/tadabbur30juzuk26
Juzuk 27: http://bit.ly/tadabbur30juzuk27
Juzuk 28: http://bit.ly/tadabbur30juzuk28
Juzuk 29: http://bit.ly/tadabbur30juzuk29
Juzuk 30: http://bit.ly/tadabbur30juzuk30


1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?1. J...
07/07/2019

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.

Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.

Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

______________________
Penulisan Abu Hurairah Asifa

Address

Kuala
06600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Aura Zikir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share