16/10/2026
๐พ MAJLIS JASAMU DIKENANG SEMARAK KASIH ๐พ
PEJABAT IADA BARAT LAUT SELANGOR
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap kebersamaan pasti meninggalkan kenangan. Begitulah lumrah dalam perjalanan kerjaya, apabila tiba masanya untuk melangkah ke destinasi baharu demi meneruskan khidmat dan tanggungjawab.
Pejabat IADA Barat Laut Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada lima orang pegawai yang akan berpindah keluar dari pejabat ini atas segala jasa, sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama warga kerja IADA Barat Laut Selangor.
1. Pegawai Pertanian, Pn. Nurul Fatihah binti Yahya
2. Penolong Pegawai Pertanian, Pn. Ezzana binti Abarsah
3. Penolong Pegawai Pertanian, Pn. Suhaili binti Sahari
4. Penolong Pegawai Pertanian, En. Norzaimi bin Omar
5. Penolong Pegawai Pertanian, En. Mohamad Hakim bin Mohamad Toel
Sepanjang tempoh kebersamaan, pelbagai pengalaman, kenangan manis, cabaran dan kejayaan telah dilalui bersama. Setiap sumbangan yang diberikan amat bermakna dalam usaha memperkukuh organisasi serta memartabatkan sektor pertanian, khususnya industri tanaman padi di Jelapang Padi Selangor.
Walaupun selepas ini kita akan membawa haluan dan tanggungjawab yang berbeza, segala kenangan, ukhuwah dan semangat kerjasama yang terjalin akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Sesungguhnya, perpisahan ini bukanlah pengakhiran sebuah persahabatan, sebaliknya permulaan kepada lembaran baharu dalam perjalanan kerjaya masing-masing.
Seluruh warga kerja IADA Barat Laut Selangor mendoakan agar kelima-lima pegawai yang diraikan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dilimpahi rezeki yang berkat serta terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu!
Ikhlas daripada,
Pengarah serta Seluruh Warga Kerja
Pejabat IADA Barat Laut Selangor ๐พ๐