PKMD Kuala Terengganu

PKMD Kuala Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PKMD Kuala Terengganu, Lot 4997, Wisma Toh Si Cheng Gi She, Kuala.

" KEBAJIKAN ANDA KOMITMEN KAMI" Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti berlandaskan teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasi bagi kumpulan sasar JABATAN

Program 'Health Talk' bersama Farmasi Alpro Cawangan Gong Badak📌Tema : Tiada Cacing, Badan Kuat📌Tarikh Pelaksanaan : 18 ...
18/08/2026

Program 'Health Talk' bersama Farmasi Alpro Cawangan Gong Badak

📌Tema : Tiada Cacing, Badan Kuat
📌Tarikh Pelaksanaan : 18 Ogos 2026
📌Masa : 3.00 petang – 6.00 petang
📌Tempat : PAKK Bukit Kecil

📌Penglibatan :
1. Pegawai Farmasi Alpro
2. Penyelia PAKK Bukit Kecil
3. Kanak-kanak berdaftar
4. Ibubapa kanak-kanak berdaftar

Mesyuarat Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu telah berlangsung pada hari ini dan dipengerus...
18/08/2026

Mesyuarat Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu telah berlangsung pada hari ini dan dipengerusikan oleh Puan Zaharizah binti Ab Razak, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus, yang turut bersama-sama mengikuti perbincangan dan perkongsian yang disampaikan.

Mesyuarat membincangkan pelbagai perkara berkaitan penambahbaikan pengurusan pentadbiran, penyelarasan tugasan serta aspek-aspek lain bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

Pihak pejabat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PTPTN atas kesudian hadir bagi memberikan penerangan berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), di samping berkongsi maklumat yang bermanfaat kepada warga kerja.

Pada akhir mesyuarat, turut diadakan penerangan berkaitan MyPPSCare yang telah disampaikan oleh Puan Sanisah, Ketua Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Penerangan tersebut bertujuan memberikan pemahaman kepada warga kerja mengenai penggunaan serta manfaat MyPPSCare dalam membantu meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan.

Semoga segala perkongsian dan perbincangan yang dilaksanakan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama, meningkatkan kecekapan pengurusan serta memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada masyarakat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus
Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pada 17.8.2026 bertempat di Rumah Tunas Harapan Darul Helmi Seberang Takir telah diadakan satu  Program Back to Serve an...
17/08/2026

Pada 17.8.2026 bertempat di Rumah Tunas Harapan Darul Helmi Seberang Takir telah diadakan satu Program Back to Serve anjuran Unit Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu. Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif memberi peluang kepada pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) menyumbang tenaga dan kemahiran kepada komuniti serta meningkatkan kemahiran praktikal dan jati diri.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pembaikan dan penyelenggaraan mesin rumput serta kipas dinding, di samping aktiviti kekemasan landskap di RTH Seberang Takir. Peserta turut terlibat dalam proses mengasingkan dan membuang perabot rosak bagi memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan lebih bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.

Selain aktiviti berbentuk kemahiran dan khidmat komuniti, peserta turut diberikan sesi taklimat berkaitan laluan menyambung kemahiran di GiatMARA. Taklimat ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang meningkatkan kemahiran, pendidikan teknikal dan vokasional serta peluang kerjaya selepas tamat menjalani Perintah Khidmat Masyarakat. Pembiayaan bagi laluan kemahiran tersebut turut diterangkan sebagai salah satu bentuk sokongan jabatan melalui Unit Perintah Khidmat Masyarakat.

Program turut diserikan dengan sesi taklimat dan perasmian penutup oleh Puan Rodziah Binti Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat, JKM Negeri Terengganu. Dalam sesi tersebut, peserta diberikan penekanan mengenai kepentingan memanfaatkan peluang yang diberikan, membina disiplin serta menjadikan pengalaman menjalani PKM sebagai ruang untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih positif.

Secara keseluruhannya, Program Back to Serve bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti melalui aktiviti penyelenggaraan, kebersihan dan kekemasan persekitaran, malah turut memberi nilai tambah kepada peserta melalui pendedahan kemahiran, disiplin, kerja berpasukan dan peluang melanjutkan kemahiran. Program ini diharapkan dapat membantu peserta membina keyakinan diri, meningkatkan kebolehpasaran serta menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus
Perintah Khidmat Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat

HARI HIMPUNAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) NEGERI TERENGGANU 2026 💜​MARANG, 14 Ogos 2026 – Hari Himpunan Orang Kurang Upaya ...
14/08/2026

HARI HIMPUNAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) NEGERI TERENGGANU 2026 💜

​MARANG, 14 Ogos 2026 – Hari Himpunan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Terengganu telah berlangsung dengan meriah hari ini bertempat di Dewan Masjid Rusila, Marang.

​Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Terengganu, Encik Ismail bin Kasan, telah mengiringi YB Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, bagi menyempurnakan majlis perasmian program berkenaan.

​Turut hadir memeriahkan program ialah Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, serta YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Ladang.

​Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang program, antaranya acara sukaneka, ceramah khas yang disampaikan oleh Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, cabutan bertuah, serta pelbagai aktiviti santai dan interaktif yang menceriakan para peserta.

​Penganjuran Hari Himpunan OKU Negeri Terengganu ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh ukhuwah, menyantuni komuniti OKU, serta memastikan golongan ini terus diberikan perhatian, penghargaan, dan ruang untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua agensi dan jabatan yang turut serta membuka tapak pameran bagi memberikan penerangan serta perkhidmatan maklumat kepada para pengunjung yang hadir:

​Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
​Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
​Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu
​Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (iMiTS)
​Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu
​Sekretariat Tabung Darul Iman (STDI)
​Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Terengganu
​Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
​Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
​“OKU Dihargai, Inklusiviti Diperkasa, Kesejahteraan Bersama.” 💜

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat

KENYATAAN SUSULANPada hari ini (Rabu), jam 11.00 pagi, susulan daripada kes yang tular di laman Facebook (https://www.fa...
05/08/2026

KENYATAAN SUSULAN

Pada hari ini (Rabu), jam 11.00 pagi, susulan daripada kes yang tular di laman Facebook (https://www.facebook.com/share/p/1GPtd3Qq32/), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT) telah menerima aduan berkaitan daripada pelbagai pihak.

Sehubungan dengan aduan tersebut, PKMDKT melalui Unit Kanak-Kanak telah mengambil tindakan segera dengan hadir ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menjalankan siasatan awal.

Setakat ini, kes tersebut telah diambil maklum dan tindakan susulan yang sewajarnya telah dilaksanakan. Kes ini kini berada dalam perhatian serta tindakan pihak berkuasa yang berkaitan.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada individu yang telah membuat hantaran tersebut atas keprihatinan dan kerjasama dalam menyalurkan maklumat. Kerjasama serta kepekaan masyarakat amat dihargai bagi memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat

🌹 Selamat Bersara, Puan Fatimahasma Binti Mohamad Salleh 🌹Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara diucapk...
30/07/2026

🌹 Selamat Bersara, Puan Fatimahasma Binti Mohamad Salleh 🌹

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara diucapkan kepada Puan Fatimahasma Binti Mohamad Salleh atas segala jasa dan pengorbanan sepanjang 32 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Tadbir di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Terengganu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu, dan menamatkan perkhidmatan serta melabuhkan tirai kerjayanya di pejabat yang sama.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Puan Fatimahasma dikenali sebagai seorang yang komited, berdedikasi, mudah didekati serta sentiasa mengukir senyuman. Beliau juga tidak pernah berkira dalam menghulurkan bantuan, khususnya berkaitan urusan diluar bidang tugas sepanjang berkhidmat. Jasa, ilmu serta keikhlasan yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga pejabat.

Persaraan beliau pastinya meninggalkan seribu satu kenangan buat kami. Segala bantuan, gurauan, tunjuk ajar dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang bersama warga PKMD Kuala Terengganu akan sentiasa dikenang dan dirindui.

Terima kasih atas segala khidmat bakti, kesetiaan dan dedikasi sepanjang 32 tahun berkhidmat. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, melimpahkan rahmat dan keberkatan serta mempermudahkan setiap urusan Puan Fatimahasma.

Semoga fasa persaraan ini dipenuhi dengan ketenangan, kebahagiaan serta masa yang indah bersama keluarga tercinta.

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun segala kenangan dan jasa akan terus kekal dalam ingatan."

Ikhlas daripada,

Warga Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat

PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH KUALA TERENGGANU: KASIHKU CAKNA📅 28 Julai 2026 (Selasa)🕘 9.45 pagi – 11...
30/07/2026

PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DAERAH KUALA TERENGGANU: KASIHKU CAKNA

📅 28 Julai 2026 (Selasa)
🕘 9.45 pagi – 11.00 pagi
📍 Dewan Aula Bestari, SK Pusat Kuala Ibai

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu (PKMDKT) melalui Unit Kanak-Kanak telah melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak Daerah Kuala Terengganu: Kasihku Cakna yang melibatkan murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3 SK Pusat Kuala Ibai.

Ceramah bertajuk "Sentuhan Selamat" telah disampaikan oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan mengenali sentuhan selamat dan tidak selamat, serta langkah-langkah melindungi diri daripada sebarang bentuk penderaan atau eksploitasi.

Program ini turut dihadiri oleh:
• Puan Hajah Wan Rusliza Binti Wan Ahmad, Guru Besar SK Pusat Kuala Ibai.
• Puan Haslina Binti Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Pusat Kuala Ibai.
• Puan Nur Hakimah Binti Abdul Hamid, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Pusat Kuala Ibai.

Program ini melibatkan penyertaan 8 orang guru serta 265 orang murid Tahun 2 dan Tahun 3.

Semoga penganjuran program seperti ini dapat memperkukuh kesedaran dalam kalangan kanak-kanak mengenai hak perlindungan diri serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan kondusif untuk mereka membesar.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat

✨ MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PKMD KUALA TERENGGANU ✨Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Persaraan Ka...
28/07/2026

✨ MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PKMD KUALA TERENGGANU ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Persaraan Kakitangan PKMD Kuala Terengganu pada hari ini dalam suasana yang penuh bermakna, ceria dan menyentuh hati.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat bersara diucapkan kepada: 🌹 Puan Asmawani binti Hussain 🌹 Puan Hazlida binti Mohamad 🌹 Puan Fatimahasma binti Mohamad Salleh

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa baharu kehidupan. Jasa dan bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang.

Sekalung penghargaan juga kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini serta kepada seluruh warga PKMD Kuala Terengganu dan PKMD Kuala Nerus yang hadir memeriahkan majlis.

Terima kasih atas segala jasa. Selamat bersara dan selamat melangkah ke lembaran baharu. 💐

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Nerus
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat

Mesyuarat Jawatankuasa Penimbang Bantuan Am Daerah Kuala Terengganu Bil. 3/2026Mesyuarat Jawatankuasa Penimbang Bantuan ...
20/07/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Penimbang Bantuan Am Daerah Kuala Terengganu Bil. 3/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Penimbang Bantuan Am Daerah Kuala Terengganu Bil. 3/2026 telah diadakan bagi membincangkan serta mempertimbangkan permohonan Bantuan Am untuk memastikan bantuan disalurkan kepada individu dan keluarga yang benar-benar layak serta memerlukan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Dato' Wan Sukairi bin Wan Abdullah, ADUN Wakaf Mempelam, dan turut dihadiri oleh wakil-wakil ADUN kawasan dalam Daerah Kuala Terengganu, wakil MAIDAM serta pegawai kes setiap Dun di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu.

Semoga setiap keputusan yang dibuat dapat membantu meningkatkan kesejahteraan golongan sasar melalui penyampaian bantuan yang telus, adil dan berkesan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat

17 Julai 2026 | 9.30 pagiPenghantaran Kanak-Kanak Terlantar ke Taman Sinar Harapan (TSH) JitraPenghantaran seorang kanak...
17/07/2026

17 Julai 2026 | 9.30 pagi

Penghantaran Kanak-Kanak Terlantar ke Taman Sinar Harapan (TSH) Jitra

Penghantaran seorang kanak-kanak terlantar ke Taman Sinar Harapan (TSH) Jitra telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Negeri Terengganu.

Urusan ini turut melibatkan Unit Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu, yang menyelaras pengurusan kes dan penempatan kanak-kanak berkenaan.

Walaupun pada hari cuti hujung minggu, Puan Zaharizah binti Ab. Razak, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kebajikan Masyarakan Daerah Kuala Terengganu, tetap turun padang bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan urusan penghantaran tersebut, mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan kanak-kanak sentiasa diutamakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Badrol Hisham bin Zaki, Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Terengganu, atas kesudian bersama-sama mengiringi serta membantu menjayakan misi penghantaran ini.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan segala jasa baik semua pihak yang terlibat dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. 🤲❤️

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Jabatan Kebajikan Masyarakat

Address

Lot 4997, Wisma Toh Si Cheng Gi She
Kuala
20300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

09-6312002

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKMD Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PKMD Kuala Terengganu:

Shortcuts

Share