Cuepacs Negeri Terengganu

Cuepacs Negeri Terengganu Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam

Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua pekerja-pekerja yang ti...
30/04/2026

Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua pekerja-pekerja yang tidak jemu mencurahkan khidmat bakti kepada majikan masing-masing.



Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan selamat berangkat dan selamat kembali kepada semua sahabat yan...
23/04/2026

Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan selamat berangkat dan selamat kembali kepada semua sahabat yang menunaikan ibadah haji, semoga dipermudakan segara urusan, mendapat kesihatan yang baik dan semoga mendapat haji mabrur.. Amin

KUALA TERENGGANU - 13 April 2026: Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) menjalankan program Taklimat Bersama Pengerusi...
13/04/2026

KUALA TERENGGANU - 13 April 2026: Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) menjalankan program Taklimat Bersama Pengerusi CUEPACS Negeri Terengganu yang telah dihadiran ahli KKUUiTM dan Kakitangan UiTM Kampus Kuala Terengganu. Program disokong sepenuhnya oleh UiTM Kampus Kuala Terengganu dengan kehadiran Pn. Ruslinda Razak, Timbalan Pendaftar UiTM Kampus Kuala Terengganu. Sdr Shahizan Said, Presiden & Sdr. Pauzi Ibrahim, SUA KKUUiTM dan Sdr. Asmadi Mat, Pengerusi KKUUiTM Cawangan Terengganu.

CUEPACS Negeri Terengganu diketuai oleh: Tn Hj. Zainudin bin Daud, Pengerusi CUEPACS Negeri, dan turut hadir olaha Setiausaha CUEPACS Negeri, Pegawai Wanita Negeri dan Ketua Belia Negeri.

Program dijalankan bersama taklimat dari pihak insurans iaitu cuepacscare.

31/03/2026

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Anak² Ahli Cuepacs Negeri Terengganu atas kejayaan SPM 2026

Semerbak harum bunga melur,Tanda Syawal bakal menjelma,Salam Aidilfitri seikhlas tutur,Maaf zahir batin buat semua.Pagi ...
18/03/2026

Semerbak harum bunga melur,
Tanda Syawal bakal menjelma,
Salam Aidilfitri seikhlas tutur,
Maaf zahir batin buat semua.

Pagi raya makan ketupat,
Makan bersama di hari mulia,
Jalinan silaturahim makin erat,
Selamat Hari Raya, bahagia selalu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Pengerusi dan Barisan Kepimpinan Tertinggi CUEPACS Negeri Terengganu.

Salam Nuzul Al Quran
06/03/2026

Salam Nuzul Al Quran

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Miz...
04/03/2026

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, sempena Ulang Tahun Hari Pertabalan Tuanku.

Cuepacs Negeri Terengganu dengan penuh takzim memohon ke hadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia Tuanku berdua, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya. Semoga pemerintahan Tuanku terus diberkati, memayungi rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman dengan keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran.

Daulat Tuanku.

KUNJUNGAN HORMAT DARI CUEPACS TERENGGANU KE PEJABAT PENGARAH MARDI NEGERI TERENGGANU DAN KEKAM TERENGGANUCuepacs Negeri ...
02/02/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARI CUEPACS TERENGGANU KE PEJABAT PENGARAH MARDI NEGERI TERENGGANU DAN KEKAM TERENGGANU

Cuepacs Negeri Terengganu telah mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas MARDI Negeri Terengganu. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan peluang pertanian semasa serta mengukuhkan hubungan antara CUEPACS Terenggani dengan MARDI Negeri Terengganu dan KEKAM Terengganu.

Pihak CUEPACS dihadiri oleh Jawatan Tertinggi yang diketuai oleh Tuan Haji Zainudin bin Daud, Pengerusi CUEPACS. Kunjungan tersebut telah sambut oleh Cik Khadijah binti Awang, Pengarah MARDI Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai MARDI dan pihak KEKAM Terengganu iaitu En. Mohd Khairul Azman Bin Yusof, Pengerusi KEKAM MARDI Terengganu serta pegawai-pegawai kesatuan.



CUEPACS Negeri Terengganu mengadakan kunjungan Hormat Ke Atas Pengarah Pertanian Negeri Terengganu bagi tujuan untuk men...
02/02/2026

CUEPACS Negeri Terengganu mengadakan kunjungan Hormat Ke Atas Pengarah Pertanian Negeri Terengganu bagi tujuan untuk menetapkan hala tuju bagi menjalinkan hubungan rapat antara agensi.

Rombongan telah disambut oleh Ybhg Dr. Sukati bin Sakka, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai jabatan dan kepimpinan kesatuan dari Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.

CUEPACS disertai oleh pegawai tertinggi CUEPACS Terengganu yang diketuai oleh Ybs Hj. Zainudin bin Daud, Pengerusi CUEPACS Negeri Terengganu.

Kunjungan hormat tersebut telah mendapat titik pertemuan hasil dari perbincangan yang dilakukan. Semoga hubungan yang baik ini akan berterusan dan berkekalan.


Mesyuarat Khas Jawatankuasa Cuepacs Negeri Terengganu pada 24 Januari 2026 telah dihadiri oleh semua jawatankuasa atau w...
24/01/2026

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Cuepacs Negeri Terengganu pada 24 Januari 2026 telah dihadiri oleh semua jawatankuasa atau wakilnya. Tujuan mesyuarat ialah untuk menyelaras pelaksanaan aktiviti terdekat Cuepacs Terengganu .

Turut diadakan ialah penyampaian watikah pelantikan Jawatankuasa CUEPACS Negeri Terengganu kepada wakil tetap dan wakll ganti yang telah dicalonkan oleh kesatuan masing-masing.



24/01/2026

Address

Kuala

Telephone

+60179289106

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuepacs Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cuepacs Negeri Terengganu:

Share