07/06/2020
DIRGAHAYU TUANKU
Patik dengan penuh rendah diri merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang bertarikh 8 Jun 2020 bersamaan 16 Syawal 1441H.
Al-Fudhail ibn 'Iyadh pernah berkata: "Jika aku mempunyai doa mustajab, tidaklah aku panjatkan kecuali untuk kebaikan pemerintah.". Beliau lalu ditanya, "Wahai Abu Ali, jelaskanlah kepada kami perkataan tersebut!"
Beliau pun menjawab, "Jika aku panjatkan doa untuk diriku, maka ianya hanya terbatas untuk diriku sahaja. Tetapi kalau aku panjatkan doa untuk pemerintah, maka mereka menjadi baik dan akan baik p**a seluruh n***ri dan penduduknya."
Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku dikurniakan kekuatan, keberkatan dan kemegahan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas singgahsana dengan penuh ke'izzahan, kedaulatan dan kebesaran. Moga rahmat Allah SWT sentiasa memayungi dan bersama-sama KDYMM Tuanku dalam memakmurkan Negara yang tercinta ini.
Syahadan, doa yang penuh tulus jua dipanjatkan kepada-Nya agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta sekalian Putera-putera, Puteri-puteri dan Kerabat Diraja senantiasa dirahmati-Nya, dilanjutkan usia dalam ketaatan kepada-Nya dan sihat walafiat dalam keredhaan-Nya.
Ampun Tuanku.
Rumahlekor.hm