27/08/2026
Bismillahirahmanirahim....
Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Terengganu Maju Berkat Sejahtera.....
Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69, saya mewakili seluruh saf kepimpinan dan ahli CUEPACS Negeri Terengganu ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada para penjawat awam di bumi Terengganu Darul Iman.
Selaras dengan tema sambutan tahun ini, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita sebagai jentera pentadbiran negara terus memperkukuh tekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kemakmuran bersama.
Tugas kita bukan sekadar menjalankan amanah, tetapi menjadi tunjang utama yang memastikan setiap limpahan kesejahteraan negara dapat dirasai secara adil oleh segenap lapisan masyarakat. Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah bukti kebersamaan dan perpaduan kita.
Ayuh warga penjawat awam Terengganu, kita kekalkan momentum integriti, perpaduan, dan dedikasi demi memacu kestabilan ekonomi serta kesejahteraan negara yang kita cintai ini. Semoga Terengganu dan Malaysia terus aman, makmur, dan diperlihara-Nya.
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Ikhlas daripada,
Pengerusi CUEPACS Negeri Terengganu