11/10/2026
Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan kesinambungan program NADI Mahir Jahit, salah satu program dibawah Perkhidmatan Pintar NADI yang memberi peluang kepada alumni program memanfaatkan kemahiran menjahit untuk menjana pendapatan melalui penghasilan baju sekolah untuk komuniti.
Inisiatif ini menawarkan baju sekolah pada harga berpatutan, dengan pilihan bayaran secara ansuran tanpa faedah atau caj tambahan bagi membantu meringankan komitmen ibu bapa.
Pada masa yang sama, inisiatif ini turut menyokong peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, dalam menjana pendapatan melalui kemahiran yang telah dipelajari.
Ketahui lebih lanjut mengenai program dan inisiatif NADI di
https://nadi.my/