Majlis Daerah Kuala Pilah

Call Directions Website Contact the business

Majlis Daerah Kuala Pilah Kuala Pilah Indah Makmur Visi
Kuala Pilah ke arah perbandaran 2035

Misi
Merancang, mengurus dan melaksanakan pembangunan, secara efisyen serta meningkatkan hasil dengan efektif untuk kesejahteraan komuniti Kuala Pilah.

๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ PENDAFTARAN HARI KETIGA | KUALA PILAH MTB HERITAGE CHALLENGE 2026 ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธPendaftaran Kuala Pilah MTB Heritage Challeng...
14/10/2026

๐Ÿšดโ€โ™‚๏ธ PENDAFTARAN HARI KETIGA | KUALA PILAH MTB HERITAGE CHALLENGE 2026 ๐Ÿšดโ€โ™€๏ธ

Pendaftaran Kuala Pilah MTB Heritage Challenge 2026 kini memasuki hari ketiga dan masih dibuka kepada semua peminat sukan berbasikal lasak (MTB). Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) dengan sukacitanya menjemput semua peminat sukan berbasikal untuk menyertai program ini yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 12 Disember 2026 (Sabtu)
๐Ÿšต Jarak Kayuhan: 35 KM
๐Ÿ’ฐ Yuran Early Bird: RM70
๐Ÿ’ฐ Yuran Biasa: RM80

Program ini menawarkan pengalaman kayuhan yang mencabar menerusi laluan off-road sambil menikmati keindahan alam semula jadi serta keunikan warisan daerah Kuala Pilah.

ANTARA TARIKAN MENARIK:

- 13 kategori pertandingan dengan hadiah bagi pemenang tempat pertama hingga kelima.
- Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik.
- Pakej penyertaan merangkumi T-shirt, nombor plat, medal, makan tengah hari dan perlindungan insurans.

Sehubungan dengan itu, pihak MDKP amat mengalu-alukan kerjasama semua komuniti berbasikal, kelab-kelab MTB serta orang ramai untuk membantu menyebarluaskan hebahan program ini melalui platform media sosial dan kumpulan WhatsApp masing-masing. Sokongan dan penyertaan semua pihak amat dihargai dalam usaha memeriahkan program ini, di samping mempromosikan keindahan serta keunikan daerah Kuala Pilah sebagai destinasi pelancongan sukan yang menarik.

JOM DAFTAR SEKARANG DAN MERIAHKAN KUALA PILAH MTB HERITAGE CHALLENGE 2026!

Klik pautan di bawah dan lengkapkan borang penyertaan:
https://forms.gle/wxFguXg6n39Nsh4H9
Hubungi urus setia melalui WhatsApp:
http://www.wasap.my/601110794085/MTBpilah
http://www.wasap.my/60122846811/MTBpilah
http://www.wasap.my/601110612965/MTBpilah










__________________________________________________
๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธโ—
Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.facebook.com/mdkpns/
Instagram Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.instagram.com/majlisdaerah_kualapilah
TikTok Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.tiktok.com/
Twitter Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://x.com/MDKP1

๐Ÿ›ฐ๏ธ MDKP PERKUKUH TRANSFORMASI DIGITAL MELALUI TEKNOLOGI ANGKASA DAN GEOSPATIAL๐Ÿ“… 8 โ€“ 9 Oktober 2026๐Ÿ“ Ibu Pejabat Agensi A...
12/10/2026

๐Ÿ›ฐ๏ธ MDKP PERKUKUH TRANSFORMASI DIGITAL MELALUI TEKNOLOGI ANGKASA DAN GEOSPATIAL

๐Ÿ“… 8 โ€“ 9 Oktober 2026
๐Ÿ“ Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah menyertai Bengkel Penyediaan Data Geospatial bagi Pembangunan Sistem Aplikasi Berteraskan Teknologi Angkasa anjuran Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang berlangsung selama dua hari di Kuala Lumpur.

Bengkel ini merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara MDKP dan MYSA melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai sebelum ini, sebagai usaha memperkukuh transformasi digital serta memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.

Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan kepada kaedah penyediaan, penyelarasan dan transformasi data geospatial, termasuk aspek kartografi serta pembangunan sistem aplikasi berasaskan teknologi angkasa.

Kerjasama strategik ini diharap dapat menjadi pemangkin ke arah pengurusan perbandaran yang lebih cekap, sistematik dan berinovasi, selaras dengan aspirasi pembangunan Bandar Pintar (Smart City) serta usaha MDKP dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

MDKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) atas kerjasama, perkongsian kepakaran dan komitmen dalam menjayakan bengkel ini.










__________________________________________________
๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธโ—
Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.facebook.com/mdkpns/
Instagram Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.instagram.com/majlisdaerah_kualapilah
TikTok Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.tiktok.com/
Twitter Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://x.com/MDKP1

๐ŸŽ€ JEMPUTAN KE PROGRAM PINK OCTOBER 2026 ๐ŸŽ€Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Poliklinik Ayrish dengan kerjasama Maj...
08/10/2026

๐ŸŽ€ JEMPUTAN KE PROGRAM PINK OCTOBER 2026 ๐ŸŽ€

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Poliklinik Ayrish dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) menjemput anda untuk hadir ke:

๐Ÿ’— PINK OCTOBER 2026 โ€“ BREAST CANCER AWARENESS
๐ŸŽ€ Early Detection Saves Lives

๐Ÿ“… 15 Oktober 2026 (Khamis)
โฐ 8:30 Pagi โ€“ 3:00 Petang
๐Ÿ“ Dewan Datoโ€™ Bahaman, Kuala Pilah

โœจ Antara aktiviti yang disediakan:
โ€ข ๐ŸŽค Educational Talk & Forum
โ€ข ๐Ÿฉท Breast Screening & Health Screening
โ€ข ๐Ÿ“ Forum & Quiz
โ€ข ๐ŸŒธ Health & Wellness Booths
โ€ข ๐Ÿ“ธ Photo Booth

Jom luangkan masa bersama kami untuk mendapatkan ilmu, melakukan saringan kesihatan dan bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara. ๐Ÿฉท

Semua dijemput hadir!
Jumpa anda di sana! ๐ŸŽ€โœจ

8 Oktober 2026 (Khamis) - Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) terus melakar pencapaian membanggakan apabila menerima Sijil ...
08/10/2026

8 Oktober 2026 (Khamis) - Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) terus melakar pencapaian membanggakan apabila menerima Sijil Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) bersempena Konvensyen Reformasi Kerenah Birokrasi Wilayah Tengah.

Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan MDKP melaksanakan projek โ€œMengurangkan Tempoh Kelulusan Permit Bangunan Sementara daripada 30 Hari kepada 14 Hari di Daerah Kuala Pilah.โ€

Inisiatif ini berjaya memendekkan tempoh kelulusan sebanyak 16 hari, sekali gus membuktikan komitmen MDKP dalam memperkemas prosedur kerja, mengurangkan karenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja MDKP untuk terus membudayakan inovasi, memperkukuh tadbir urus dan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas serta mesra pelanggan.

MDKP komited untuk terus melangkah maju demi kesejahteraan dan kemudahan masyarakat Kuala Pilah.










__________________________________________________
๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธโ—
Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.facebook.com/mdkpns/
Instagram Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.instagram.com/majlisdaerah_kualapilah
TikTok Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.tiktok.com/
Twitter Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://x.com/MDKP1

05/10/2026

๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ BATIK RUN 5KM โ€” JOM SERTAI! ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

Ayuh meriahkan Hari Sukan Negara 2026 dengan aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan penuh semangat bersama komuniti! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Jom sarungkan batik terbaik anda dan sertai Batik Run 5KM di SMK Senaling. Ajak keluarga, kawan-kawan dan geng masing-masing untuk sama-sama berlari, beriadah dan cipta memori bersama! ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ’จ

๐Ÿ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ 7.00 pagi
๐Ÿ“ SMK Senaling
๐ŸŽŸ๏ธ PERCUMA!
๐Ÿ‘ฅ Terhad kepada 500 penyertaan sahaja!

๐Ÿ“ฒ Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas QR Code pada poster atau melalui link di bawah:
๐Ÿ”— https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScd_C4kie6eLQzP-zB8AxY4gxqUcz-68Hl1JZ8j72z6dUmxHA/viewform

Jangan tunggu lama, daftar sekarang dan ajak geng anda sekali! ๐Ÿ”ฅ

Batik on, kasut on, jom lari! ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธโœจ

MAJLIS ASPIRASI KECEMERLANGAN WARGA MDKP 2026Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah mengadakan Majlis Aspirasi Kecemerla...
05/10/2026

MAJLIS ASPIRASI KECEMERLANGAN WARGA MDKP 2026

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah mengadakan Majlis Aspirasi Kecemerlangan Warga MDKP 2026 pada 3 Oktober 2026 bertempat di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada seluruh warga kerja MDKP atas komitmen, dedikasi serta sumbangan dalam melaksanakan amanah dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Majlis turut meraikan pencapaian dan kejayaan MDKP sepanjang tahun serta memberikan pengiktirafan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi dan komitmen cemerlang.

Turut diraikan ialah mantan Setiausaha MDKP, Encik Amin Jamail bin Thamimul Ansary, sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, bakti dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan bersama MDKP.

MDKP turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Parlimen Kuala Pilah serta YB Dun Kuala Pilah dan YB Dun Senaling atas sokongan, keprihatinan dan sumbangan yang diberikan dalam memeriahkan serta menjayakan majlis ini. Sokongan tersebut amat bermakna dan mencerminkan penghargaan terhadap usaha serta dedikasi warga MDKP dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Setiausaha MDKP, Tuan Azuwan bin Azahar, atas komitmen, perhatian serta pemantauan berterusan dalam memastikan setiap persiapan dan penyelarasan dilaksanakan dengan sebaiknya sehingga majlis ini dapat direalisasikan dengan lancar dan teratur.

Tidak dilupakan, penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa, urus setia, Kelab Sukan dan Kebajikan MDKP serta seluruh warga kerja MDKP yang telah berganding bahu dan memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini. Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga MDKP untuk terus bersemangat, berintegriti dan bekerja sebagai satu pasukan dalam memacu MDKP ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.










__________________________________________________
๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธโ—
Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.facebook.com/mdkpns/
Instagram Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.instagram.com/majlisdaerah_kualapilah
TikTok Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.tiktok.com/
Twitter Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://x.com/MDKP1

[SIARAN LANGSUNG @ MDKP]๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š JOM SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA ASEAN FIFA 2026 ๐Ÿ”Š๐Ÿ”Šโšฝ MALAYSIA vs SING...
01/10/2026

[SIARAN LANGSUNG @ MDKP]

๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š JOM SAKSIKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA ASEAN FIFA 2026 ๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š

โšฝ MALAYSIA vs SINGAPURA โšฝ

MOH MERIAHKAN SUASANOโ€ผ๏ธ
๐Ÿ—“๏ธ 01 Oktober 2026 (Khamis)
๐Ÿ•— 8.30 Malam
๐ŸŸ๏ธ LED Billboard Dataran Kuala Pilah










__________________________________________________
๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธโ—
Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.facebook.com/mdkpns/
Instagram Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.instagram.com/majlisdaerah_kualapilah
TikTok Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.tiktok.com/
Twitter Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://x.com/MDKP1

PENYERAHAN PROJEK SIAP ICU JPM NEGERI SEMBILAN KEPADA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH29 September 2026 (Selasa) - Majlis Daera...
30/09/2026

PENYERAHAN PROJEK SIAP ICU JPM NEGERI SEMBILAN KEPADA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

29 September 2026 (Selasa) - Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah menerima penyerahan projek siap daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Negeri Sembilan bagi projek Kerja-Kerja Naik Taraf dan Baik Pulih Gerai di Hadapan UiTM Beting, Kuala Pilah serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan.

Sesi penyerahan tersebut turut disertai dengan lawatan oleh YBhg. Datoโ€™ Noor-Ihsan bin Hj. Che Mat, Pengarah ICU JPM Negeri Sembilan, bersama Ketua Penolong Pengarah, Unit Teknikal serta delegasi ICU JPM Negeri Sembilan bagi meninjau hasil pelaksanaan dan keadaan projek yang telah disiapkan.

Pelaksanaan projek ini merupakan antara usaha berterusan dalam meningkatkan kemudahan dan keselesaan gerai serta menyediakan persekitaran yang lebih baik kepada para peniaga dan pengunjung di kawasan berkenaan.

MDKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ICU JPM Negeri Sembilan atas kerjasama, komitmen serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan projek ini.

Semoga kemudahan yang telah dinaik taraf ini dapat dimanfaatkan dan dipelihara dengan sebaiknya demi kesejahteraan komuniti setempat.

ICU JPM Negeri Sembilan










__________________________________________________
๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธโ—
Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.facebook.com/mdkpns/
Instagram Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.instagram.com/majlisdaerah_kualapilah
TikTok Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.tiktok.com/
Twitter Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://x.com/MDKP1

30/09/2026
SEBUT HARGA KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASANDAN PENJAGAAN TANDAS AWAM MILIK MDKP SECARA PENSWASTAAN BERPUSAT โ€“ S23/2026Se...
29/09/2026

SEBUT HARGA KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASANDAN PENJAGAAN TANDAS AWAM MILIK MDKP SECARA PENSWASTAAN BERPUSAT โ€“ S23/2026

Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah Kod Bidang 221002 PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN, dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat (SSM) serta masih dibenarkan membuat sebut harga pada masa ini untuk menjalan perkhidmatan berikut:

1. Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan dan Penjagaan Tandas Awam Milik MDKP Secara Penswastaan Berpusat

Tarikh Tutup :
9 Oktober 2026 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari

https://mdkp.gov.my/sebut-harga-kerja-kerjapembersihan-kawasandan-penjagaan-tandasawam-milik-mdkp-secarapenswastaan-berpusat-s23-2026/










__________________________________________________
๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐˜€๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ผ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธโ—
Facebook Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.facebook.com/mdkpns/
Instagram Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.instagram.com/majlisdaerah_kualapilah
TikTok Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://www.tiktok.com/
Twitter Majlis Daerah Kuala Pilah :
https://x.com/MDKP1

Address

Majlis Daerah Kuala Pilah
Kuala Pilah
72000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064812075

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Majlis Daerah Kuala Pilah:

Shortcuts

Share