20/08/2025
JEMPUTAN KE PROGRAM MARKETPLACE@MITI
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi MITI Malaysia Berhad (KoMITI) akan menganjurkan MarketPlace@MITI sebagaimana butiran berikut:
📅 Tarikh: 25 – 29 Ogos 2025
🕘 Masa: 10.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Ruang Legar, Aras 1, Menara MITI
Program ini bertujuan menyediakan platform jualan produk asas serta barangan keperluan pada harga berpatutan, termasuk PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM) untuk warga MITI. Penganjuran ini juga bertujuan menggalakkan sokongan terhadap vendor-vendor terpilih (seperti di lampiran).
Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk hadir memeriahkan program ini serta bersama-sama menyokong usaha murni ini. Kehadiran dan sokongan daripada YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Koperasi MITI Malaysia Berhad