RISDA FLEET SDN BHD

RISDA FLEET SDN BHD RFSB adalah anak syarikat RISDA yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan telah diperbadankan pad RISDA FLEET SDN. BHD.

(RFSB) adalah anak syarikat RISDA yang mengendalikan perkhidmatan pengangkutan telah diperbadankan pada 1hb. Februari 2002, usahasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan National Rubber Smallholders Corperative Berhad (NARSCO) dengan pegangan saham sebanyak 70% (RISDA) dan 30% (NARSCO). RFSB ditubuhkan dengan tujuan menjadikan salah sebuah syarikat pengendali pengang

kutan yang utama, berdaya saing di peringkat negara dan juga antarabangsa. Syarikat kami telah dianugerahkan tempat Pertama dalam Anugerah Syarikat Terbaik Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) pada tahun 2013 bagi Kategori Modal Berbayar Kurang RM 5 Juta. Selain itu, syarikat kami juga telah mendapat pengiktirafan daripada RISDA sebagai syarikat Prestasi Kewangan yang cemerlang pada tahun 2013 dan 2014. Objektif syarikat ingin menjadi syarikat pengendali industri pengangkutan yang ternama dan berdaya saing. Mementingkan tahap utilisasi dan mempelbagaikan keupayaan kenderaan pengangkutan komersil mengikut keperluan semasa termasuk keupayaan perkhidmatan perkapalan dan penghantaran seluruh negara. Syarikat juga melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan bengkel baikpulih kenderaan secara kormersil dan efisyen. Mendapatkan kontrak RISDA, agensi kerajaan dan swasta. Syarikat kami mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam membekalkan baja, benih dan input pertanian kepada pelanggan ke seluruh semenanjung termasuk Sabah & Sarawak. Kami berhasrat untuk menjadi “Market Leader” di dalam industri pengangkutan lori kargo, lori rigid dan lori tangki dengan meraih pendapatan tidak kurang daripada RM 100 Juta setahun menjelang tahun 2020.

24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌙

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang penuh dengan amanah, integriti, kasih sayang dan ihsan.

Semoga nilai-nilai murni yang ditunjukkan Baginda menjadi panduan dalam kehidupan, pekerjaan serta dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Ikhlas daripada,
Mohd Zulkifli Hassan
Ketua Pegawai Eksekutif
RISDA Fleet Sdn Bhd

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Bagi pihak seluruh warga RISDA Fleet Sdn. Bhd., kami ingin merakamkan setingg...
03/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagi pihak seluruh warga RISDA Fleet Sdn. Bhd., kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YB Pengerusi RISDA, Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib.

Semoga Allah SWT mengurniakan YB, kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, kesejahteraan serta terus diberikan kekuatan dan hikmah dalam memimpin RISDA ke arah kecemerlangan demi manfaat pekebun kecil dan industri getah negara.

Terima kasih atas segala kepimpinan, sokongan dan kepercayaan yang sentiasa diberikan kepada RISDA dan RISDA Fleet Sdn. Bhd.

Selamat Hari Lahir, YB. Semoga terus dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Ikhlas daripada,
CEO & Warga Kerja
RISDA Fleet Sdn. Bhd.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBrs. En. Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA.Bagi pihak seluruh warga R...
03/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBrs. En. Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA.

Bagi pihak seluruh warga RISDA Fleet Sdn. Bhd., kami mendoakan agar dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, keberkatan rezeki serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui RISDA ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas kepimpinan, bimbingan dan sokongan berterusan kepada RISDA & RISDA Fleet. Semoga segala usaha dan jasa, sentiasa diberkati Allah SWT.

Selamat Hari Lahir dan semoga terus cemerlang memimpin.

Ikhlas daripada,
CEO & Warga Kerja
RISDA Fleet Sdn. Bhd.

Salam Takziah buat YB Pengerusi & keluargaاِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞   اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَم...
13/06/2026

Salam Takziah buat YB Pengerusi & keluarga

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْهاُ وَعَافِهٱِ وَاعْفُ عَنْهاُ ۞

Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم ِِ۞ اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِالرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن ۞

"𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢."
(𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐁𝐚𝐪𝐚𝐫𝐚𝐡: 𝟏𝟓𝟔)

Seluruh Warga Kerja RISDA merakamkan ucapan takziah kepada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Ngainon binti Haji Kasmoin pada awal pagi ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah.

🚛⚡ MENUJU MASA DEPAN PENGANGKUTAN BTS YANG LEBIH HIJAU DAN MAMPANRISDA Fleet Sdn. Bhd. telah menubuhkan Jawatankuasa Men...
08/06/2026

🚛⚡ MENUJU MASA DEPAN PENGANGKUTAN BTS YANG LEBIH HIJAU DAN MAMPAN

RISDA Fleet Sdn. Bhd. telah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Penggunaan Lori Elektrik (EV) Dalam Operasi Pengangkutan Buah Tandan Segar (BTS) sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat dalam meneroka teknologi baharu, meningkatkan kecekapan operasi dan menyokong agenda kelestarian.

Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk menilai secara menyeluruh aspek teknikal, operasi, kewangan, infrastruktur dan risiko sebelum sebarang pelaksanaan penggunaan lori EV dipertimbangkan.

Antara fokus utama kajian adalah:

✅ Kesesuaian lori EV dalam operasi pengangkutan BTS
✅ Analisis kos operasi dan penyelenggaraan
✅ Keperluan infrastruktur pengecasan
✅ Impak terhadap produktiviti dan kecekapan operasi
✅ Pengurangan jejak karbon dan pematuhan ESG
✅ Cadangan model pelaksanaan yang terbaik untuk syarikat

Kajian ini akan menjadi asas kepada keputusan strategik RISDA Fleet dalam memperkukuh daya saing syarikat serta memastikan operasi pengangkutan BTS terus relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri masa hadapan.

Satu Kajian, Seribu Manfaat.
Masa Depan Kita Bina Bersama.










🚛⚡🌱

🐄🕌 PROGRAM KORBAN BADAN AGAMA ISLAM RISDA (BARIS) SELANGOR 2026 🕌🐄Alhamdulillah, pada 30 Mei 2026, telah berlangsung den...
30/05/2026

🐄🕌 PROGRAM KORBAN BADAN AGAMA ISLAM RISDA (BARIS) SELANGOR 2026 🕌🐄

Alhamdulillah, pada 30 Mei 2026, telah berlangsung dengan jayanya Program Korban Badan Agama Islam RISDA (BARIS) Selangor bertempat di Surau Al-Husein, Kampung Bukit Kerayong.

Program yang menghimpunkan warga RISDA Selangor, RISDA Fleet Sdn. Bhd. (RFSB), AJK Surau Al-Husein, pekebun kecil serta komuniti setempat ini telah dilaksanakan dalam suasana penuh muafakat, gotong-royong dan semangat kekeluargaan.

Selain melaksanakan ibadah korban sebagai tuntutan syariat, program ini turut memberi manfaat kepada masyarakat melalui agihan daging korban kepada golongan asnaf, pekebun kecil, ahli kariah dan warga kerja yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Puan Pengarah RISDA Negeri Selangor, Pengerusi Surau Al-Husein dan seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Husein, Ketua TSB, warga RISDA Selangor & RISDA Fleet Selangor serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan kerjasama bagi memastikan kelancaran program ini.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab kepada pengukuhan ukhuwah, keberkatan rezeki serta kesejahteraan seluruh masyarakat.

“Ibadah Disempurnakan, Ukhuwah Diperkukuhkan.”









🐄🤝 PROGRAM MAJLIS KORBAN RISDA FLEET CAWANGAN ULU KERATONG 2026Alhamdulillah, pada 29 Mei 2026 yang lalu, RISDA Fleet Ca...
29/05/2026

🐄🤝 PROGRAM MAJLIS KORBAN RISDA FLEET CAWANGAN ULU KERATONG 2026

Alhamdulillah, pada 29 Mei 2026 yang lalu, RISDA Fleet Cawangan Ulu Keratong telah berjaya menganjurkan Program Majlis Korban di Kampung Baru Perwira Jaya, Selancar Satu, Muadzam Shah, Pahang.

Program yang berlangsung dengan penuh semangat gotong-royong ini melibatkan kerjasama erat antara kakitangan RISDA Fleet, AJK Kampung Perwira Jaya Selancar 01, JKKP Perwira Jaya serta masyarakat setempat dalam melaksanakan ibadah korban dan penyediaan agihan daging kepada golongan yang memerlukan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg Dato’ Hj Mohammad Sahfri Ab Aziz, Pengerusi RISDA Fleet Sdn. Bhd., yang sentiasa menyokong usaha-usaha memperkukuhkan hubungan antara syarikat dan komuniti setempat.

Melalui program ini, daging korban telah diagihkan kepada asnaf, penduduk setempat dan warga RISDA Fleet sebagai simbol keprihatinan, kesyukuran serta perkongsian rezeki sempena Aidiladha.

✨ Ibadah Korban, Kebersamaan Kita, Kebaikan Untuk Semua.

Semoga program seumpama ini terus menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kebersamaan dan menyemai nilai-nilai murni dalam masyarakat.








Assalamualaikum WBT & Salam Aidiladha 🌙🐄Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ray...
27/05/2026

Assalamualaikum WBT & Salam Aidiladha 🌙🐄

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga kerja, rakan strategik, pelanggan serta keluarga besar RISDA Fleet Sdn. Bhd..

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dibawa oleh Aidiladha ini terus menguatkan ukhuwah serta menjadi inspirasi dalam setiap amanah yang kita laksanakan.

Berhati-hati di jalan raya buat yang pulang ke kampung. Semoga perjalanan dipermudahkan dan sambutan bersama insan tersayang dipenuhi rahmat dan kegembiraan.

Ikhlas daripada,
Mohd Zulkifli Hassan
CEO, RISDA Fleet Sdn. Bhd.

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin 🤝

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & BatinAlhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah di bulan Ramadan yan...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kini tibalah Syawal yang mulia.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja atas komitmen, dedikasi dan usaha yang telah diberikan sepanjang ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan segala usaha kita diberkati.

Di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sepanjang saya menjalankan amanah ini.

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan kepada kita semua serta keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas dari
Mohd Zulkifli Hassan
CEO RISDA FLEET SDN BHD

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan 🌙 Daripada CEO RISDA Fleet Sdn. Bhd.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Alhamdu...
18/02/2026

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan 🌙
Daripada CEO RISDA Fleet Sdn. Bhd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi pihak pengurusan dan seluruh warga kerja RISDA Fleet Sdn. Bhd., saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Ramadhan kepada semua kakitangan, rakan strategik, pelanggan serta seluruh umat Islam.

Semoga bulan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita memperkukuhkan keimanan, memperbaiki amalan, serta mengeratkan ukhuwah sesama insan. Marilah kita menghayati nilai kesabaran, keikhlasan dan semangat kebersamaan dalam setiap urusan, sama ada dalam kehidupan seharian mahupun dalam tanggungjawab profesional kita.

Semoga segala usaha dan amal kebajikan kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Ikhlas daripada,
MOHD ZULKIFLI HASSAN
CEO
RISDA Fleet Sdn. Bhd.

Address

47 Lot 250, Jalan Kg Pandan
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:30 - 12:15
14:00 - 17:30

Telephone

+60392860100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA FLEET SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RISDA FLEET SDN BHD:

Shortcuts

Share