10/06/2026
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗞𝗔𝗡𝗔𝗞 (𝗣𝗞𝗞𝗞) 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗞𝗘 𝗜𝗣𝗗 𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗡𝗚𝗜
Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, 10 Jun 2026 - YDH ACP Sazalee Bin Hj Adam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah menyambut mesra ketibaan Datuk Hamdan bin Mohd Yusoff, Pengerusi PPKK Dang Wangi bertempat di Bilik Dang Suria, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Turut hadir DSP Azli bin Abu Seman, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ASP Harun bin Abu Bakar, Ketua Polis Balai Chow Kit, Insp Mohamad Najib bin Mohd Azaman, Ketua Polis Balai Tun.H.S.Lee, Sup Insp Ooi Yew Khian, Timbalan Ketua Polis Balai Dang Wangi, Encik Zulkifli Bin Mohd Shaarif, Pengerusi, Encik Shah Nizam Bin Idris, Setiausaha, Encik Khairul Anuar Bin Ibrahim, Pegawai Akhlak JKM WPKL, Puan Fatin Liyana Binti Badarul Khisam, Pegawai Akhlak JKM WPKL, Encik Mohd Afizan Bin A Ripin @ Ariffin, Pegawai Akhlak JKM WPKL, Mohd Fazri Bin Ainuddin, Setiausaha PPKK Dang Wangi, Puan Noorjahan Binti Sulaiman, PPKK Dang Wangi dan Encik Abdul Hadi Bin Basri, PPKK Dang Wangi.
Tujuan kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi PPKK Daerah Dang Wangi serta membincangkan peluang kerjasama strategik antara PPKK dan PDRM khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dalam usaha memperkukuhkan kebajikan, perlindungan dan pembangunan kanak-kanak, khususnya dalam aspek pencegahan jenayah, keselamatan komuniti serta pengendalian kes-kes melibatkan kanak-kanak.
Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berhubung mekanisme kerjasama yang lebih berkesan melalui perkongsian maklumat, program kesedaran dan inisiatif kebajikan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Sesi kunjungan hormat ini telah berjalan lancar dan jayanya.