Kaunseling & Runding Cara DBKL

Kaunseling & Runding Cara DBKL No. Telefon: 03-2617 6348/ 6351
No. Faks: 03-2202 7088 Senarai Kaunselor:
1. Siti Nadiah Mohd. Areff
2. Rosmaini Ibrahim
3. Adam Fariz Mohd. Zain

Tawaran Pekerjaan kepada:ASNAFOKU-ANGGOTA BADANMohom share kepada mereka yang memerlukan pekerjaan sekarang.  Bantu mere...
08/05/2017

Tawaran Pekerjaan kepada:

ASNAF
OKU-ANGGOTA BADAN

Mohom share kepada mereka yang memerlukan pekerjaan sekarang. Bantu mereka untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

We care we share

19/04/2017
13/04/2017

SEBELUM memperolehi isteri cantik, manusia menyangkakan bahawa isteri cantik itulah BAHAGIA. SELEPAS memperolehi isteri cantik, hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.
SEBELUM bergelar jutawan, manusia menyangkakan bahawa memperolehi sejuta ringgit itulah BAHAGIA. SELEPAS bergelar jutawan, hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.
SEBELUM memandu kereta mewah, manusia menyangkakan berkereta mewah itulah BAHAGIA. SELEPAS memandu kereta mewah hati mereka berbisik “Oh, BIASA je”.

Dunia ini hanyalah fatamorgana. tak pernah selesai jika dikejar. Benarlah kata pujangga Dr Hamka “Dunia ini indahnya SEBELUM di tangan"...

10/04/2017

4 fasa Perkahwinan

Alam perkahwinan tak semestinya bahagia setiap hari dan sudah semestinya ada pasang surut. Oleh itu, kedua-duanya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menangani apa jua masalah dan dugaan. Bagi mereka yang hendak berkahwin atau masih belum berkahwin, berikut merupakan 4 fasa yang anda tempuhi semasa berada di dalan perkahwinan. Jadi boleh bersiap sedia ya.

Fasa 1- Romantik dan kasih sayang melimpah

Selepas bernikah biasanya pasangan akan melalui fasa bahagia apa orang kata tu, honeymoon year. Bukan honey moon year di sekolah ya tapi selepas berkahwin. Setiap perkara rasa indah dan bahagia je. Boleh diibratkan sepertu belangkas ke hulu hilir pasti berdua maklumlah dialah kekasih halal bagi kamu. Perasaan cinta masih membara jadi apa saja yang berlaku dilihat indah belaka.

Fasa 2 - Mula Mencari Kesalahan

Selepasa beberapa bulan dan tahun, Di waktu ini anda mulai berdepan dengan realiti kehidupan berumahtangga, dan tak semuanya seindah apa yang kita nampak di dalam kaca tv. Tak kiralah sifat, tingkahlaku pasangan, semuanya akan nampak jelas sesikit demi sedikit.

Masa inilah berlakunya konflik pertama anda dan pasangan anda. Silap haribulan berlakulah situasi salah menyalahkan diantara satu sama lain dan keduanya saling menegakkan prinsip sendiri biarpun salah. Lantaran masalah yang bertimpa ini tak mustahil ada antara anda yang mencari jalan mudah iaitu menjalinkan hubungan sulit.

Fasa 3 - Lebih kenal pasangan

Selepas tiga empat tahun usia perkahwinan anda, fasa ketiga akan dilalui. Masa ini kebanyakkan pasangan akan lebih releks dan bersedia menghadapi masalah kerana masing-masing pun dah kenal isi hati sikap pasangan. Tempoh yang lama bersama pasangan membuatkan anda lebih mengenalinya.

Okey, pada masa ini anda mempunyai kelebihan untuk menjangka sama ada perkahwinan anda boleh menjadi lebih baik atau sebaliknya dengan melihat daya tahan sendiri. Daya ketahanan mental fizikal anda untuk meneruskan hubungan atau tidak. Banyak pengalaman yang telah dilalui bersama membuatkan keduanya makin bijak menangani konflik dan tak kurang juga yang akan mengambil tips perkahwinan dari parent masing-masing.

Bak kata pepatah " orang yang lagi lama hidup ni, lebih banyak makan garam.

Fasa 4 - Harmoni sekalipun berbeza

Pernah tak anda lihat pasangan yang berbeza dari segi sikap dan perangai boleh hidup bahagia selama sepuluh tahun? Kadang-kadang kita lihat ibu yabg banyak membebel serasi dengan ayah yang lebih pendiam dan s**a bercakap bila perlu.
Sekalipun timbul perbezaan yang ketara, namun bak kat orang, alah bisa tegal biasa. Masa ini keduanya cuba memperbaiki keburukan masing-masing agar lebih disenangai pasangan dan keluarga pasangan. Maklumlah kalau dah berkahwin tu bukan kahwin dengan orang tersayang saja, dengan keluarganya pun termasuk sekali dalam pakej perkahwinan tu.

Pembaca semua di fasa berapa sekarang?

09/03/2017

USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dip**aukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"..

08/03/2017

Adakah anda mempunyai anak lepasan SPM yang masih belum jelas hala tuju hidupnya? Masih tak pasti nak ke mana? Masih tak tahu nak buat apa?

Jika 'Ya', jom jumpa Kaunselor, kita bincang sama-sama. :-)

Temui Kaunselor di Tingkat 16, Menara DBKL 3, Kg. Baru. :-)
08/03/2017

Temui Kaunselor di Tingkat 16, Menara DBKL 3, Kg. Baru. :-)

Setiap orang pernah berasa 'down' atau kecewa, namun jangan sesekali membiarkan perasaan tersebut bertapak lama di dalam...
31/01/2017

Setiap orang pernah berasa 'down' atau kecewa, namun jangan sesekali membiarkan perasaan tersebut bertapak lama di dalam diri. Bangkitlah dengan semangat baharu dan yakinlah dengan keputusan yang bakal diambil.

Kaunseling tidak mengenal gender, agama, bangsa, umur, pangkat mahupun tempat. Kaunselor menerima anda (klien) tanpa sya...
28/01/2017

Kaunseling tidak mengenal gender, agama, bangsa, umur, pangkat mahupun tempat. Kaunselor menerima anda (klien) tanpa syarat dan menghormati diri anda seadanya. :-)

Kaunselor membantu anda (klien) menangani pelbagai isu dan permasalahan kehidupan. Harus dan penting difahami, kaunselor...
27/01/2017

Kaunselor membantu anda (klien) menangani pelbagai isu dan permasalahan kehidupan. Harus dan penting difahami, kaunselor tidak menyelesaikan isu dan masalah tersebut bagi pihak anda, namun bersama-sama anda meneroka sumber, cabaran dan peluang yang ada bagi mengatasi isu dan permasalahan tersebut secara terancang dan berkesan.

26/01/2017

Assalammualaikum. Terima kasih sbb sudi approve tulisan saya. Di sini, saya nak cerita pasal SIL saya yang kerek dan hipokrit. Sebelum saya tulis pjg lebar, saya perkenalkan diri dulu sbg I. Umur 29 tahun. Masih bujang. Ada degree. Cgpa saya dulu above 3.0. Dah kerja. Gred 41. Di tempat kerja, saya ni kira level bos (junior) lah. Kalau dah nama bos (even junior), faham-fahamlah kan. Kerja banyak. Kdg2 stres. Kebaikan saya…saya jenis yang tak berkira duit. Kalau orang nak pinjam duit, saya ok. Orang nak minta tlg bawa ke mana-mana pun saya tak kisah. Saya juga utamakan mak dan keluarga saya. Kelemahan saya… saya tak s**a buat kerja rumah. Saya tak s**a masak. Saya tak s**a kemas rumah. Saya juga hantu drama korea (ini bkn kelemahan ok). Hihi...nobody is perfect, okay… abg saya seorang businessman. SIL p**a kerja kerani di syarikat swasta. Macam ni, sejak kerja, saya duduk dengan abg saya. Abg saya ok tp sil saya ni macam tak s**a saya. Buktinya? Setiap kali masak pagi, petang atau malam (sil s**a masak dan mengemas sampai saya naik rimas), sil jarang nak panggil makan sekali (saya tgk mmg dia masak lebih utk saya pun tp memang berat mulut sgt nak panggil makan). Abg saya yang panggil. Hari tu, abg saya tegur saya tak basuh pinggan. Alah... 1-2 pinggan je pun nak berkira. Mesti sil yg bawa mulut. Sil saya juga jarang nak bersapa dgn saya di rumah. Kalau dia rasa nak tegur, dia tegur, kalau tak, dia diam jer. Saya tertanya2, apalah salah saya. Sebab saya tak tolong masak ke? Atau sebab saya tak tlg buat kerja rumah ke? Sbb saya bgn lambat hujung minggu ke? Semua ni bkn saja2. Sbb saya rasa dia tak s**a saya. Sebab tu saya elakkan diri dr jumpa dia. Lepas mereka dah siap makan, baru saya makan (baik kan saya… tak ganggu privasi rumah tangga abg saya wpun sil sangat kerek). Satu lagi, kerja saya kat pejabat banyak. Hujung minggulah peluang saya nak rehat ke hape ke… lgpun, sil saya ni level kerani saja. Kerja mudah. Susun fail. Ikut arahan bos. Lain tahap stress dan beban otak berbanding saya. Dia kena faham benda ni. Bg peluang saya nak release stress kat rumah. Ni, kat pej stress, kat rumah stress dgn sikap dia yang tak menentu tu. Sil saya ni, dpn abg saya, baik je. Pg ptg malam dia masak dan buat air utk abg sy. Sy tgk abg saya langsung tak buat kerja rumah. Masak pun macam2. Tp tu dgn abg saya. Dgn saya? Jgn harap dia nak buatkan air utk saya. Saya tak basuh pinggan pun dia buat muka. Baju saya bkn dia nak angkatkan. Dah abg saya letak cawan semua merata, boleh p**ak dia terima (geram aku)!!! Saya ni siapa? Saya kan adik ipar dia. Layanlah saya mcm dia layan abg saya. Dah kawin, jgn terima lelaki tu sj tp terima juga keluarga dia. Maaf. Sekadar nak meluah rasa. Buat wanita di luar sana, kalau kahwin tu, terima lah kelebihan dan kekurangan keluarga suami awak tu. Jangan nak berkira sangat dengan ipar duai. Sekian tk.

Sumber : kisah rumahtangga Fans

Address

Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah
Kuala Lumpur
50300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

032617348/6351

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaunseling & Runding Cara DBKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kaunseling & Runding Cara DBKL:

Share