Ninja Society Malaysia

Ninja Society Malaysia "UNITED WITH US AS A FAMILY AND SPREAD THE LOVE GLOBALLY, RESPECT THE FAMILY CODE"
(2)

Selamat Hari Pekerja kepada semua wira yang bekerja tanpa mengenal penat lelah, yang terus memberikan yang terbaik untuk...
02/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua wira yang bekerja tanpa mengenal penat lelah, yang terus memberikan yang terbaik untuk keluarga, masyarakat dan negara. Dari petani di ladang, kepada doktor di hospital, dari guru di sekolah, kepada pekerja di pejabat,setiap anda memainkan peranan yang sama pentingnya. Tiada pekerjaan yang lebih rendah, tiada tugas yang terlalu kecil. Semua adalah pejuangan bersama untuk masa depan yang lebih baik.

Dalam dunia yang penuh cabaran ini, anda adalah tulang belakang kepada kemajuan dan kestabilan negara. Tanpa kerja keras anda, tiada kemajuan yang dapat dicapai. Tanpa komitmen anda, tiada impian yang dapat direalisasikan. Di Sinar Harian, kami berbangga menjadi sebahagian daripada suara dalam menyuarakan kisah-kisah perjuangan, pengorbanan dan kejayaan anda.

Selamat Hari Pekerja!
Mari kita teruskan membina, memberi dan berbakti demi kemajuan bersama.

NINJA Malaysia membantah penganjuran “Bukit Bintang 3-Day Water Musical Festival” yang dijadualkan bermula 1 Mei 2026.Ac...
27/04/2026

NINJA Malaysia membantah penganjuran “Bukit Bintang 3-Day Water Musical Festival” yang dijadualkan bermula 1 Mei 2026.

Acara ini dikhuatiri menjejaskan sensitiviti budaya, tatasusila awam dan nilai masyarakat tempatan.

Pembangunan pelancongan tidak boleh mengorbankan agama, budaya dan keharmonian sosial.

Kami menggesa pihak berwajib untuk
MENILAI SEMULA penganjuran festival ini.

27/04/2026
Sama sama lah kita sedekahkan al fatihah buatYDK Kekanda Mohd Khalifi Rosliإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونYa A...
26/03/2026

Sama sama lah kita sedekahkan al fatihah buat
YDK Kekanda Mohd Khalifi Rosli

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Alfatihah

SELAMAT MENYAMBUTHARI POLIS KE-219TAHUN 2026“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”Setinggi-tinggi penghargaan dan terima ...
25/03/2026

SELAMAT MENYAMBUT
HARI POLIS KE-219
TAHUN 2026

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga
Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pengorbanan, keberanian dan dedikasi
dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara.

Semoga terus cekal dan berintegriti dalam menjalankan amanah demi
kesejahteraan rakyat dan kedaulatan Malaysia.

Ikhlas Daripada:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NASIONALIS INSAN JALINAN AKRAB MALAYSIA (NINJA MALAYSIA)

Situasi cuaca panas melampau di Malaysia sekarang tidak boleh dipandang ringan, terutamanya apabila kita sedang sibuk be...
25/03/2026

Situasi cuaca panas melampau di Malaysia sekarang tidak boleh dipandang ringan, terutamanya apabila kita sedang sibuk berhari raya, menziarahi sanak saudara, atau melakukan aktiviti luar.

Berita mengenai kematian akibat strok haba baru-baru ini sememangnya amat mendukacitakan dan harus menjadi pengajaran kepada kita semua.

Strok haba adalah kecemasan perubatan. Ia berlaku apabila mekanisme kawalan suhu badan gagal, menyebabkan suhu teras badan meningkat mendadak (melebihi 40°C). Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan kerosakan organ kekal dan kematian.

Berikut adalah panduan khusus untuk kekal selamat daripada strok haba semasa musim perayaan.

1. Kenali Golongan Berisiko Tinggi.
Walaupun semua orang berisiko, golongan ini perlu dipantau dengan lebih rapi.
🫟 Kanak-kanak dan bayi (kerana mereka dehidrasi lebih cepat).
🫟 Warga emas.
🫟 Pesakit kronik (darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung/buah pinggang).
🫟 Individu yang bekerja atau aktif di bawah terik matahari.

2. Tips Pencegahan Semasa Berhari Raya.
🩺 Hidrasi Adalah Kunci: Minum air kosong dengan banyak. Jangan tunggu dahaga. Hadkan minuman berkafein, bergula tinggi, atau alkohol kerana ia boleh mempercepatkan dehidrasi.
🩺 Rancang Ziarah: Hadkan aktiviti luar di antara pukul 11 pagi hingga 4 petang, iaitu waktu matahari paling terik. Pilih waktu pagi atau malam untuk menziarah jika perlu berjalan jauh atau menunggu di luar.
🩺 Pakaian Sesuai: Pakai pakaian yang longgar, ringan, dan berwarna cerah (warna gelap menyerap haba). Gunakan payung atau topi jika terpaksa berada di bawah matahari.
🩺 Jangan Tinggalkan Sesiapa Dalam Kereta: Walaupun untuk seminit dan walaupun tingkap dibuka sedikit. Suhu dalam kereta boleh meningkat ke paras maut dengan sangat cepat.
🩺 Berehat di Tempat Sejuk: Jika berasa terlalu panas, segera cari tempat berteduh, beraircond, atau ber-kipas untuk menyejukkan badan. Mandi juga membantu menurunkan suhu badan.

3. Tanda-Tanda Kecemasan (Bertindak Segera!)
Jika seseorang menunjukkan tanda-tanda ini, hubungi 999 atau bawa ke hospital dengan segera.
🔆 Suhu badan terlalu tinggi (kulit terasa sangat panas).
🔆 Kulit kering dan merah (mungkin tidak berpeluh langsung).
🔆 Pening kepala yang teruk, loya, atau muntah.
🔆 Nadi laju dan kuat.
🔆 Kekeliruan, tingkah laku pelik, sawan, atau pengsan.

4. Bantuan Kecemasan Awal (Sementara Menunggu Ambulans).
🧊 Alihkan mangsa ke tempat yang teduh dan sejuk.
🧊 Longgarkan pakaian mangsa.
🧊 Sejukkan badan mangsa dengan cepat: lap dengan tuala basah, percikkan air, atau letakkan pek ais di leher, ketiak, dan celah kangkang.
🧊 Jika mangsa sedar dan boleh minum, berikan air sejuk berperingkat. Jangan berikan air jika mangsa tidak sedar atau muntah.

Mari kita saling menjaga antara satu sama lain. Pastikan ahli keluarga, terutamanya anak kecil dan warga emas, sentiasa minum air dan tidak terdedah terlalu lama kepada cuaca panas.

Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kegembiraan dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan TahniahSempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.Semoga Bagind...
24/03/2026

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah

Sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Semoga Baginda dikurniakan keafiatan berpanjangan, kesejahteraan dan terus memayungi negeri Johor Darul Ta’zim dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Patik sekalian menjunjung kasih atas segala jasa, kepimpinan dan keprihatinan Baginda terhadap rakyat dan negeri.

Daulat Tuanku.

PRESIDEN, BARISAN AHLI MAJLIS TERTINGGI SERTA SELURUH WARGAPERTUBUHAN KEBAJIKAN NASIONALIS INSAN JALINAN AKRAB MALAYSIA ...
21/03/2026

PRESIDEN, BARISAN AHLI MAJLIS TERTINGGI SERTA SELURUH WARGA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NASIONALIS INSAN JALINAN AKRAB MALAYSIA
(NINJA MALAYSIA) MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

17/03/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Presiden, Ahli Majlis Tertinggi, Barisan Pengurusan dan warga kerja Ninja Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga YAS Panglima James, Timbalan Pengerusi Biro Bertindak yang mana orang rumahnya telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Mac 2026 bersamaan 27 Ramadan 1447H.

Moga Allah SWT merahmati roh Almarhumah, mengampuni segala dosa, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.

Al-Fatihah.

Pada 14 Mac 2026, Pertubuhan Ninja Malaysia berganding tenaga bersama Persatuan Permotoran Ninja Malaysia dan Syarikat D...
16/03/2026

Pada 14 Mac 2026, Pertubuhan Ninja Malaysia berganding tenaga bersama Persatuan Permotoran Ninja Malaysia dan Syarikat Dom Furniture dalam menjayakan program edaran bubur lambuk sempena Pecutan Akhir Ramadan sekitar Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Seawal pagi, sukarelawan berkumpul di perkarangan kediaman Pengerusi NINJA Johor Darul Takzim untuk menyediakan bubur lambuk yang kemudiannya diagihkan kepada masyarakat sekitar Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Sebanyak 600 pek bubur lambuk berjaya disediakan dan diagihkan.

Pengerusi NINJA Malaysia cawangan Johor Darul Takzim, YDH Encik Mohd Firdaus, turut turun padang bersama sukarelawan dari proses memasak hingga sesi agihan.

Walaupun sederhana, program ini mengingatkan kita bahawa Ramadan adalah tentang kebersamaan dan berkongsi rezeki dengan masyarakat.

Semoga kerjasama ini terus membawa lebih banyak manfaat kepada komuniti.

Pertubuhan Kebajikan Nasionalis Insan Jalinan Akrab Malaysia
(NINJA Malaysia)


NINJA Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus giat menyantuni masyarakat menerusi penganjuran pelbagai ...
15/03/2026

NINJA Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terus giat menyantuni masyarakat menerusi penganjuran pelbagai program bersama komuniti setempat.

Pada 14 Mac 2026 yang lalu, mereka telah menggembleng tenaga bersama Ninja Malaysia cawangan Balakong bagi menjayakan program agihan Bubur Pulut Hitam Percuma kepada komuniti berbuka puasa / moreh di Masjid
/ Surau dan kawasan sekitar bersempena program "Mengejar Pahala LailatulQadar" menjelang penghujung Ramadhan 1447H ini di bagi kawasan Cheras dan sekitarnya.

Program tersebut diuruskan oleh YS Abang Mohd Fazreen (Pengerusi NINJA Malaysia Cawangan Desa Cheras) dan telah disertai oleh jemaah ahli Ninja Malaysia yang tinggal berhampiran.

Pertubuhan NINJA Malaysia menekankan konsep jaringan belia dengan institusi agama melalui program kesukarelawanan, khidmat sosial dan pembentukan pelapis kepimpinan.

Sementara itu, sepanjang hari program merangkumi aktiviti gontong royong menyiapkan bubur dan agihan 450 pek bubur pulut hitam kepada institusi Agama Islam yang berdekatan selain agihan secara rawak kepada komuniti penduduk setempat.

Banyak lagi program bersama komuniti seperti ini dirancang oleh NINJA Wilayah Persekutuan selepas ini bagi menyantuni mereka yang memerlukan, selaras dengan komitmen untuk sentiasa melestari gerakan kebajikan.

Pertubuhan NINJA Malaysia menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana entiti dan masyarakat untuk menyantuni semua lapisan yang memerlukan.




Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 13:00
15:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ninja Society Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ninja Society Malaysia:

Share