20/08/2021
Tahniah kepada para penerima Anugerah Pentadbir Universiti Malaya 2021 sempena Sambutan Hari Pentadbir Peringkat UM pada 20.8.2021 yang disambut secara maya.
Kepada semua penerima, semoga anugerah ini akan menjadikan tuan puan lebih terus komited dan meningkatkan prestasi kerja masing-masing demi menaikkan lagi imej dan kredibiliti ahli PEKERTI amnya dan sebagai warga UM khasnya. Dengan kejayaan tuan puan ini, menjadi suntikan semangat kepada ahli PEKERTI yang lain untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh seterusnya
meningkatkan kecekapan tadbir urus yang baik.
TAHNIAH !!!!!