03/05/2026
BENGKEL PEMANTAPAN SAHSIAH DAN PRESTASI PELAJAR TAHUN 1 PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN DAN KESELAMATAN INDUSTRI (KPKI),FSK,UKM
Tahniah kepada pelajar Tahun 1 Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dengan Kepujian di bawah Program Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri (KPKI), FSK,UKM atas penyertaan aktif dalam Bengkel Pemantapan Sahsiah dan Prestasi Pelajar yang telah berlangsung pada 27 April 2026 di Taman Tasik Titiwangsa dan Fakulti Sains Kesihatan, UKM.
Program ini dilaksanakan sebagai platform awal untuk membina keyakinan diri, memperkukuh semangat berpasukan, meningkatkan kemahiran komunikasi serta membentuk disiplin dan daya tahan pelajar dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan universiti. Melalui aktiviti seperti sesi pemanasan badan, ice breaking, LDK, refleksi diri serta ceramah pengurusan masa dan stres, pelajar diberi ruang untuk mengenali potensi diri, membina hubungan positif dengan rakan sekumpulan dan memahami kepentingan keseimbangan antara sahsiah, akademik serta kesejahteraan diri.
Penganjuran program seumpama ini amat penting dalam membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, tetapi juga mempunyai nilai kepimpinan, kemahiran interpersonal, ketahanan emosi dan sikap profesional. Nilai-nilai ini menjadi asas penting kepada pembentukan bakal graduan yang lebih bersedia menghadapi cabaran pembelajaran, latihan industri dan dunia pekerjaan sebenar.
Semoga pengalaman ini menjadi permulaan yang bermakna kepada pelajar Tahun 1 untuk terus melangkah dengan lebih yakin, positif dan berdaya saing sepanjang perjalanan akademik mereka di UKM.
Membina sahsiah, memperkukuh prestasi, melahirkan pelajar berpotensi.