Institut Sukan Negara Malaysia

Call Directions Website

Institut Sukan Negara Malaysia The official Facebook fanpage of the Institut Sukan Negara(ISN). Learn more at: linktr.ee/isnmalaysia

The establishment of ISN is to provide sports science services, conduct research and development in the area of sports; and and provide continuing education towards achieving excellence in sports. This goal of excellence is achieved through the systematic preparation of the athletes using scientific principles which is administered by coaches, sport scientists and other sport related personnel.

30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾Daripada warga Institut Sukan Negara (ISN), kami mengucapkan Selamat Menya...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

Daripada warga Institut Sukan Negara (ISN), kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air. Bersama-sama kita terus melangkah ke hadapan, menjunjung aspirasi Malaysia MADANI dan mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat, harmoni dan cemerlang.

Dalam semangat “Kita Semua Team MAS”, marilah kita bersatu hati, bekerja sebagai satu pasukan dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. 🇲🇾

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka!

— Warga Institut Sukan Negara —

InstitutSukanNegara KitaSemuaTeamMAS BeyondPerformance MalaysiaMerdeka 🇲🇾

🇲🇾 WARGA ISN TURUT SAMA MEMERIAHKAN AMANAT PERDANA HARI KEBANGSAAN 2026PUTRAJAYA, 30 Ogos 2026 – Warga Institut Sukan Ne...
30/08/2026

🇲🇾 WARGA ISN TURUT SAMA MEMERIAHKAN AMANAT PERDANA HARI KEBANGSAAN 2026

PUTRAJAYA, 30 Ogos 2026 – Warga Institut Sukan Negara (ISN) turut sama memeriahkan Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang ini.

Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, menjadi antara pengisian penting menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69, dengan penekanan terhadap semangat kemerdekaan, perpaduan dan tanggungjawab bersama dalam memelihara kesejahteraan negara.

Dalam amanatnya, Perdana Menteri menyeru rakyat agar memelihara negara dengan sebaik-baiknya serta terus mempertahankan perpaduan sebagai tunjang kekuatan Malaysia. Beliau turut menekankan bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi turut membawa makna kebebasan menentukan hala tuju sendiri sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Turut diberi penekanan ialah kekuatan yang disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada pembentukan Malaysia, yang menjadi antara asas penting kepada kemajuan dan kejayaan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa.

Bagi warga ISN, penyertaan dalam majlis ini mencerminkan komitmen untuk bersama-sama menghayati semangat Malaysia MADANI, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan patriotisme dalam melaksanakan amanah membangunkan ekosistem sukan negara.

Sebagai institusi yang mendukung kecemerlangan sukan Malaysia, ISN akan terus memainkan peranan melalui kepakaran sains sukan, perubatan sukan, prestasi dan penyelidikan bagi menyokong pembangunan atlet serta mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Daripada semangat Merdeka, kita bina Malaysia yang lebih kuat.
Daripada perpaduan, kita lahirkan kecemerlangan. 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69!

🏅 SEKALUNG TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Yuvaraj Ramasamy, Pegawai Biomekanik Sukan, Institut ...
27/08/2026

🏅 SEKALUNG TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Yuvaraj Ramasamy, Pegawai Biomekanik Sukan, Institut Sukan Negara (ISN) atas pengurniaan Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) sempena Hari Ulang Tahun Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan atas dedikasi, komitmen dan sumbangan cemerlang dalam bidang sains sukan, khususnya biomekanik, serta khidmat bakti kepada pembangunan sukan negara.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta kecemerlangan dan memberi inspirasi kepada warga sukan tanah air.

Tahniah Ir. Dr. Yuvaraj Ramasamy! 🎉👏

Biomekanik MalaysiaMADANI KitaSemuaTeamMAS

MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA ISN BILANGAN 4/2026Memperkukuh Kebersamaan, Menyemarakkan Semangat Warga ISN 🇲🇾Institut Sukan N...
27/08/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA ISN BILANGAN 4/2026

Memperkukuh Kebersamaan, Menyemarakkan Semangat Warga ISN 🇲🇾

Institut Sukan Negara (ISN) hari ini menganjurkan Majlis Perhimpunan Mesra ISN Bilangan 4/2026 yang berlangsung di Dewan Perdana ISN, sebagai wadah untuk memperkukuh silaturahim, menyatukan warga kerja serta menyemarakkan semangat kekitaan dalam organisasi.

Majlis turut diserikan dengan ucapan dan amanat YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif ISN yang menekankan kepentingan komitmen, integriti, kerja berpasukan dan kecemerlangan berterusan dalam memastikan ISN terus menjadi peneraju sains, perubatan dan teknologi sukan negara.

Antara pengisian utama majlis ialah penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan sebagai penghargaan kepada warga ISN yang menunjukkan prestasi, dedikasi dan komitmen cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing. 🏆

Suasana turut dimeriahkan dengan sambutan hari lahir warga ISN yang meraikan warga kerja yang menyambut ulang tahun kelahiran, di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan warga ISN. 🎂🎉

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, majlis turut menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara melalui penghayatan nilai perpaduan, kebersamaan serta tanggungjawab untuk terus memberikan yang terbaik kepada Malaysia. 🇲🇾

Bersama kita melangkah, bersama kita menjulang kecemerlangan sukan negara.

ISN

🇲🇾 MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA ASEAN–JEPUN DALAM PEMBANGUNAN KEJURULATIHAN SUKANKUALA LUMPUR, 26 Ogos 2026 — Malaysia te...
26/08/2026

🇲🇾 MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA ASEAN–JEPUN DALAM PEMBANGUNAN KEJURULATIHAN SUKAN

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2026 — Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam pembangunan kejurulatihan sukan serantau menerusi penganjuran ASEAN–Japan Action on Sports: 2026 Workshop yang berlangsung petang tadi.

Majlis yang menghimpunkan wakil negara-negara ASEAN dan Jepun, termasuk pemimpin sukan, pembuat dasar, pendidik kejurulatihan serta pakar dalam bidang pembangunan sukan, menjadi platform penting untuk memperkukuh perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam pembangunan jurulatih.

Kerjasama ini merupakan kesinambungan Chiang Mai Declaration yang dipersetujui pada 4th ASEAN–Japan Ministerial Meeting on Sports pada tahun 2023, dengan pembangunan kejurulatihan menjadi antara elemen penting dalam usaha memperkukuh kapasiti sukan serantau.

Bagi edisi 2026, tumpuan diberikan kepada peralihan daripada perancangan kepada pelaksanaan, khususnya dalam pembangunan:

🔹 Three-Tier Coach Certification Framework
🔹 Regional Coaching Model
🔹 Parameter kurikulum Level 1 Coach
🔹 Pendekatan “How to Coach” berbanding sekadar “What to Coach”
🔹 Pendekatan athlete-centred dan learner-centred coaching

Malaysia menerusi Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang berperanan sebagai ASEAN Centre of Excellence for Sports Coaching, terus komited menyumbang kepakaran dan pengalaman dalam memperkasa pembangunan kejurulatihan di rantau ASEAN.

Kerjasama erat bersama Japan Sports Agency dan negara-negara ASEAN ini diharap dapat membentuk satu ekosistem kejurulatihan yang lebih berkualiti, sistematik dan mampan demi melahirkan atlet yang lebih berdaya saing di pentas antarabangsa.

Kerana di sebalik setiap atlet hebat, ada jurulatih yang hebat. 🏆

SportsCoaching TeamISN BeyondPerformance

🌏 A WARM MALAYSIAN WELCOME! 🇲🇾An evening of friendship, cultural exchange and meaningful connections as Malaysia warmly ...
26/08/2026

🌏 A WARM MALAYSIAN WELCOME! 🇲🇾

An evening of friendship, cultural exchange and meaningful connections as Malaysia warmly welcomes all distinguished participants of the ASEAN–Japan Cooperation on Sports: Coach Development Workshop 2026 at the Welcome Dinner.

Bringing together sports leaders, policymakers, coach educators and experts from across ASEAN and Japan, tonight is more than just a dinner — it is an opportunity to strengthen relationships, exchange experiences and celebrate our shared passion for the development of sport.

From Malaysia, Selamat Datang dan Selamat Menjamu Selera! 🇲🇾

May this gathering mark the beginning of meaningful conversations, stronger partnerships and lasting friendships as we work together towards coaching excellence and sporting development across ASEAN.

🤝 ASEAN–Japan: Connecting People, Strengthening Sport, Shaping the Future.

TeamKBS KitaSemuaTeamMAS TeamISN MalaysiaMADANI

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙MADANI Dihayati, Ummah DiberkatiWarga Institut Sukan Negara (ISN) merakamkan ucapa...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati

Warga Institut Sukan Negara (ISN) merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW, menghayati sirah dan akhlak mulia Rasulullah serta menjadikan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita memperkukuh ukhuwah, memperkasa nilai kemanusiaan dan membina masyarakat yang lebih penyayang, berintegriti serta saling menghormati.

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.

Ikhlas daripada seluruh Warga Institut Sukan Negara (ISN).

Dr. Vellapandian Sampaikan Pingat FIBA 3x3 Youth Nations League 2026Petaling Jaya – Ketua Pegawai Eksekutif Institut Suk...
22/08/2026

Dr. Vellapandian Sampaikan Pingat FIBA 3x3 Youth Nations League 2026

Petaling Jaya – Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, telah menyempurnakan majlis penyampaian pingat FIBA 3x3 Youth Nations League 2026 di Hextar World, Empire City, Petaling Jaya.

Kehadiran beliau melambangkan komitmen ISN dalam menyokong pembangunan bakat muda dan memperkukuh ekosistem bola keranjang negara.

Tahniah kepada semua atlet atas semangat juang dan prestasi yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Address

Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30
Sunday 08:00 - 00:00

Telephone

+60389914400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Sukan Negara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share