Jabatan Amal Lembah Pantai

Jabatan Amal Lembah Pantai Beramal Kerana Allah.

[GEROBOK LEMBAH PANTAI] Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai ~Edaran 'Pampers' kepada mereka yang memerlukan~Alhamdulillah, ka...
25/07/2021

[GEROBOK LEMBAH PANTAI] Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai
~Edaran 'Pampers' kepada mereka yang memerlukan~

Alhamdulillah, kami berjaya menyalurkan sumbangan orang ramai kepada mereka yang memerlukan.
Edaran kali ini merupakan Barangan Keperluan Harian dan Lampin Pakai buang bagi kanak² (pampers). Sumbangan kali ini diedarkan kepada seramai 31 orang penerima.

Terima kasih kepada para penyumbang. Kami hanya menyampaikan.
Doakan kami anak muda agar terus istiqamah.




[Gerobok Lembah Pantai] Buat masa ini kami telah menerima maklum balas seramai 228 orang. Alhamdulillah 65 bakul makanan...
10/07/2021

[Gerobok Lembah Pantai]
Buat masa ini kami telah menerima maklum balas seramai 228 orang.

Alhamdulillah 65 bakul makanan telah berjaya diedarkan kepada penerima yang melibatkan kawasan Kondo Rakyat, PPR Sri Cempaka, PPR Kg Limau dan Kg Dato Tatah.

Kami akan berusaha untuk mengagihkan semampu yang boleh kepada pemohon-pemohon yang lain.
Permohonan kali ini bukan sahaja bertumpu kepada Barang Keperluan Harian, malah pilihan juga turut diberikan kepada mereka yang memohon Lampin Pakai Buang Kanak-Kanak serta Susu Kanak-kanak.

Bersama kita membantu mereka yang memerlukan.
Bersama kita mencapai 'Imuniti Kelompok'. Jom Vaksin.




Agihan kotak makanan kepada penduduk sekitar Lembah Pantai yang memerlukan saat pandemik ini.In sha Allah sepanjang temp...
04/07/2021

Agihan kotak makanan kepada penduduk sekitar Lembah Pantai yang memerlukan saat pandemik ini.

In sha Allah sepanjang tempoh yang sukar ini kita akan sama-sama usahakan membantu mengurangkan beban masyarakat sekitar Lembah Pantai.

Isikan link untuk mohon sumbangan https://surveyheart.com/form/5fb9d507f0dc1670efcb8056
In sha Allah kami sampai!

Semoga kita terus sabar dan berdoa moga Allah mengangkat wabak Covid19 ini dari kita.

Bagi yang memerlukan bantuan di Parlimen Lembah Pantai , boleh tekan pautan ini, https://surveyheart.com/form/5fb9d507f0...
03/07/2021

Bagi yang memerlukan bantuan di Parlimen Lembah Pantai , boleh tekan pautan ini, https://surveyheart.com/form/5fb9d507f0dc1670efcb8056

Ada yang bertanya apa yang telah kami lakukan bagi membantu warga Lembah Pantai. Mungkin disebabkan tiada kiriman atau siaran di Page FB kami. Maaf atas kekurangan dari pihak kami.

Alhamdulillah kami bersama Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai dan beberapa NGI telah menjalankan inisiatif Gerobok Lembah Pantai bagi membantu mereka yang terkesan.

Walaupun sumber kewangan kami agak terhad, namun jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang memberikan kepercayaan kepada kami sebagai medium untuk menyalurkan sumbangan. Sumbangan anda telah diberikan kepada mereka yang perlu.

Berdasarkan keadaan semasa di Lembah Pantai dimana banyak perumahan telah dikenakan PKPD, Gerobok Lembah Pantai akan diteruskan.

Bagi mereka yang memerlukan bantuan boleh mengisi borang dipautan ini, https://surveyheart.com/form/5fb9d507f0dc1670efcb8056

InsyaAllah kami akan cuba membantu setakat yang terdaya bagi meringankan beban anda.

Bersama kita membina kejiranan yang cakna akan keadaan sekeliling.




Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan Jabatan Amal Selangor atas keprihatinan dalam membantu mereka yang terjejas dengan ...
08/09/2020

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan Jabatan Amal Selangor atas keprihatinan dalam membantu mereka yang terjejas dengan krisis air.

Semoga jasa kalian menjadi saksi akan kerja baik kalian.
TAHNIAH.

Pemimpin berjiwa besar. Ayuh penyokong dan pendorong PAS turuti lah nasihat² dari Alim Ulama'.
25/02/2020

Pemimpin berjiwa besar. Ayuh penyokong dan pendorong PAS turuti lah nasihat² dari Alim Ulama'.

Pesan Tuan Guru Presiden PAS;

"Usahlah keterlaluan menyindir lawan walaupun sangat gembira dengan perubahan."

Tok Guru selalu baca ayat perdamaian dengan lawan. Dalam Permukiman Muafakat Nasional di Janda Baik pun diulang-ulang tentang berpada-pada dalam berkawan dan berlawan.

Sedikit perkongsian dari Dr Harmy berkenaan Corona Virus. Moga bermanfaat.
26/01/2020

Sedikit perkongsian dari Dr Harmy berkenaan Corona Virus. Moga bermanfaat.

PENYAKIT INFLUENZA CORONAVIRUS WUHAN (2019 n-COV)

Jangkitan influenza Wuhan merupakan penyakit salur pernafasan yang disebabkan oleh sejenis virus baru yang dikenali sebagai Coronavirus (2019-n-COV) yang kali pertama dikenalpasti di Wilayah Wuhan Cina.

Kes pertama jangkitan ini telah dilaporkan pada 30 hb Disember 2019 dan sehingga kini seramai 1316 orang telah disahkan dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan 41 kematian. Sebahagian besar jangkitan ini berlaku di wilayah Wuhan Cina namun telah merebak ke 29 daripada 31 wilayah Cina yang lain. Di luar negara Cina p**a, sehingga hari ini ia telah mula menular ke 14 buah negara termasuk Perancis, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Japan, Macau, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Australia, Nepal, Taiwan, Brazil dan Mexico.

Jangkitan ini dipercayai bersumber daripada pasar basah Huanan yang merupakan pasar basah terbesar yang mengandungi lebih 1000 kedai dan terkenal menjual makanan laut dan daging binatang liar dan eksotik seperti kelawar, musang, ular, buaya, keldai dan lain-lain lagi. Virus Coronavirus ini umumnya bersifat zoonosis (menjadikan haiwan sebagai habitat hidupnya).

Walau bagaimanapun terdapat kes dimana virus ini boleh berjangkit kepada manusia seperti dalam penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan Sindrom Penyakit Respiratori Timur Tengah (MERS) di mana kedua dua jenis Coronavirus itu menular daripada haiwan kepada manusia.

Bagi kes jangkitan Selesema Wuhan, pesakit yang pertama yang dikesan mengidap penyakit ini mempunyai kontak dan pendedahan secara berterusan dengan pasar tersebut dan sebahagian besar daripada kelompok awal pesakit ini juga di dapati mempunyai kontak dan pendedahan dengan pasar ini.

Namun senario terbaru yang dilaporkan di Journal perubatan Lancet mengesahkan penyakit ini mula merebak kepada mereka yang tidak mempunyai kontak dengan pasar tersebut tetapi mempunyai hubungan dengan mereka yang mengidap penyakit ini. Ia mengesahakan bahawa virus ini sudah berupaya merebak melalui manusia kepada manusia.

____________________________

Coronavirus 2019-nCOV

Terdapat 4 jenis kump**an Coronavirus iaitu beta, alfa, gamma dan delta. Coronavirus 2019-nCOV adalah dari kump**an beta coronavirus sama seperti SARs-COV dan MERS-COV.

Habitat biasanya adalah haiwan mamalia seperti lembu, babi, kelawar, burung dan tidak berjangkit kepada manusia. Namun dalam kes 2019-nCOV dipercayai ia telah berjangkit kepada manusia dan juga menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia lain (human transmission).

Secara umumnya jangkitan coronavirus tidak memberikan kesan yang serius dan boleh sembuh tanpa memerlukan rawatan yang spesifik. Namun malangnya jika ia bertukar menjadi jangkitan yang serius sehingga kini tidak ada ubat anti-viral yang efektif untuk menggubatinya. Pesakit hanya akan diberikan rawatan sokongan sahaja.

▶️ Gejala

Gejala awal mereka yang dijangkiti penyakit ini adalah demam tinggi, selsema, batuk, sakit badan, batuk berdarah, sakit kepala dan cirit birit dan biasanya berlaku selepas 3-6 hari terdedah dengan virus ini. Selepas 7-8 hari mengalami gejala ini biasanya pesakit akan mula mengalami sesak nafas dan hampir 100 peratus pesakit yang mengalami sesak nafas tersebut di dapati mempunyai jangkitan paru-paru. Mekanisme bagaimana ia menyebabkan penyakit di dalam paru-paru dan organ-organ lain juga juga masih belum dapat dipastikan dengan tepat.

Di antara komplikasi yang mungkin terjadi termasuk kegagalan paru-paru, jangkitan bakteria sekunder, dan kecederaan kepada jantung. Dalam laporan awal di Wuhan, hampir 30 pesakit yang dimasukkan ke hospital memerlukan rawatan rapi dan 15 peratus p**a meninggal dunia.

Secara keseluruhan kadar kematian pesakit adalah 3.1 peratus berbanding dengan jangkitan SARS dan MERS-COV masing-masing menyebabkan kematian 10 dan 35 peratus. Namun di sebabkan wabak ini masih baru, pakar perubatan tidak pasti sejauh mana penyakit ini akan menyebabkan kematian namun laporan yang di dapati daripada pihak berkuasa Cina menunjukkan kesannya sangat parah serta berpotensi menjadi pandemic yang boleh meragut banyak nyawa jika tiada langkah yang efektif untuk membendungnya.

▶️ Cara Pengesanan

Sehingga kini ujian yang digunakan untuk mengesahkan jangkitan ini ialah melalui kehadiran virus 2019 n-COV di dalam specimen yang di ambil daripada salur pernafasan pesakit dengan menggunakan Teknik RT-PCR. Ujian yang sama akan diulang semula sebelum pesakit dibenarkan p**ang bagi memastikan virus tersebut sudah tiada di dalam tubuh pesakit

▶️ Rawatan

Sehingga kini tidak ada rawatan yang sepsifik yang berkesan untuk merawat pesakit ini. Pakar-pakar perubatan hanya menggunakan antibiotik dan anti viral seperti Oseltamivir secara empirikal di dalam proses rawatan tersebut. Rawatan yang diberikan hanyalah bersifat sokongan seperti memberikan oksigen bagi pesakit yang mengalami kekurang oksigen dan memberikan bantuan mesin pernafasan bagi mereka yang mengalami kegagalan sistem pernafasan.

▶️ Pencegahan

Sehingga kini belum terdapat vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah penyakit ini. Langkah terbaik ialah dengan mengelakkan diri daripada pergi ke tempat yang sedang dilanda wabak ini, tidak berhubung dengan mereka yang sedang mengidap penyakit ini atau mempunyai gejala penyakit ini. Elakkan memakan daging haiwan yang tidak di masak dengan sempurna. Selain daripada itu peningkatan kebersihan diri iaitu dengan kerap membasuh tangan setelah memegang peralatan yang digunakan oleh orang ramai seperti troli di pasaraya, peralatan di taman permainan dan sebagainya. Amalan memakai topeng muka yang bersesuaian dan menutup hidung kita bersin atau batuk juga boleh membantu mengurangkan penularan penyakit ini.

▶️ Rujukan

1. Clinical features of patients infected with 2019 novel coronavirus in Wuhan, China
Chaolin Huang, Yeming Wang, Xingwang Li, et al, www.thelancet.com January 24, 2020 https://doi.org/10.1016/S0140-6736(20)30183-5

2. A familial cluster of pneumonia associated with the 2019 novel coronavirus indicating person-to-person transmission: a study of a family cluster Jasper Fuk-Woo Chan, Shuofeng Yuan, Kin-Hang Kok, Kelvin Kai-Wang To, et al, www.thelancet.com January 24, 2020 https://doi.org/10.1016/S0140-6736(20)30154-9

3. Data sharing and outbreaks: best practice exemplified David L Heymann www.thelancet.com January 24, 2020 https://doi.org/10.1016/S0140-6736(20)30184-7
4. A novel coronavirus outbreak of global health concern Chen Wang, Peter W Horby, Frederick G Hayden, George F Gao, www.thelancet.com January 24, 2020 https://doi.org/10.1016/S0140-6736(20)30185-9

Dr Harmy bin Mohamed Yusoff
Pakar Perubatan Keluarga
Universiti Sultan Zainal Abidin
Timbalan Presiden PAPISMA

Selamat Tahun Baru Cina.Raikan dengan penuh gembira bersama mereka yang tersayang._Yang sedang p**ang ke kampung berhati...
24/01/2020

Selamat Tahun Baru Cina.

Raikan dengan penuh gembira bersama mereka yang tersayang.

_Yang sedang p**ang ke kampung berhati-hati di jalanraya.

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2020

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada tahun 2020 ini.

Mewakili seluruh anggota dan saf kepimpinan Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua rakan dan taulan yang meraikannya.

Raikan dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran, Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai



10/12/2019

Perkhidmatan Van Jenazah. Boleh berhubung pada nombor tertera.

Usrah Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam🗓 Tarikh: 04 Oktober 2019⛱ Hari: Jumaat⏰ Masa: 9 mlm (Selepas Isyak)🏚 Tempat:...
02/10/2019

Usrah Kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam

🗓 Tarikh: 04 Oktober 2019
⛱ Hari: Jumaat
⏰ Masa: 9 mlm (Selepas Isyak)
🏚 Tempat: Darul Amal, Tmn Maluri
👳🏼‍♂ Naqib: Ust Abd Hadi Ghazaly Tantawi

📌 Sambung Pada Bab Kedua, Ibadah.

Semua ahli Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan di WAJIBkan hadir.

Tanpa Usrah Gerenti Rebah

PERKHEMAHAN TAHUNAN AMAL (PTA)Alhamdulillah, selesai menghadiri PTA yang dilaksanakan oleh Jabatan Amal Malaysia Wilayah...
16/09/2019

PERKHEMAHAN TAHUNAN AMAL (PTA)

Alhamdulillah, selesai menghadiri PTA yang dilaksanakan oleh Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan - JAMWP.

Terima kasih tak terhingga kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan program.

Terima kasih sahabat - sahabat dari Jabatan Amal Lembah Pantai yang turut menghadirkan diri ke perkhemahan ini. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah dikongsikan bersama. Moga segalanya dapat digunakan untuk bergerak kerja di Lembah Pantai.

Buat sahabat-sahabat Amal dari Wilayah Persekutuan, moga berjumpa lagi di lain program. Moga Ukhuwah yang dibina berkekalan dan terus Istiqamah.

Ayuh, kepada yang ingin dan berminat menyertai Jabatan Amal Lembah Pantai dipersilakan.




Ayuh semua, rebut peluang yang ada.Peluang sudah di depan mata, sama - sama kita berpuasa. .  .  .  .
09/08/2019

Ayuh semua, rebut peluang yang ada.
Peluang sudah di depan mata, sama - sama kita berpuasa.

. . . .

Address

Kuala Lumpur
58200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Lembah Pantai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jabatan Amal Lembah Pantai:

Share