Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Dapur Jalanan Kuala Lumpur NAK JADI VOLUNTEER? NAK DERMA DUIT? NAK BAWA MAKANAN? SILA BACA GUIDELINE DIBAWAH TQ! DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR



1. KAT MANA??? Jemput datang!



3.
(339)

PUKUL BERAPA???

- 5.00 petang setiap Ahad di Jalan Panggung, KL. Pengangkutan awam terdekat; LRT Stesen Pasar Seni, Monorel Stesen Maharajalela...5 minit berjalan ke arah Jalan Sultan. (Landmark terdekat; Restoran Malayan Hainan, ATC College, Belakang Balai Polis Trafik Jalan Bandar, FINDARS, Lost Generation Contemporary Art Space) Google Map: http://goo.gl/maps/fUXJ0



Dapur Jalanan Kuala Lump

ur sentiasa mengalu-alukan anak muda dan rakyat Malaysia untuk berkerja bakti bersama. Anda juga boleh membantu dengan menghasut rakan sebaya dan keluarga untuk datang bersama. Individu atau berkumpulan, kedatangan anda sentiasa dinanti-nantikan. Refer point 6 untuk maklumat lanjut.



2. SAYA BUKAN HOMELESS, BOLEH JOIN TAK?

- Sessi perkongsian makanan kami adalah untuk golongan warga miskin kota dan rakyat malaysia semua bangsa yang hadir. SAYA NAK MEMBANTU. APA YG BOLEH SAYA BUAT?

- Bantuan kewangan dan harta benda juga dialukan untuk menyokong kolektif ini terus bergerak. Barangan-barangan masak, makanan kering amat digalakkan. Jika berkongsi makanan juga boleh. :)

Untuk yang nak menderma wang, boleh bank-in kepada bank account CIMB kami seperti tertera dibawah. Semua wang hanya digunakan untuk membeli barang masakan makanan dan juga kos penyenggelaraan Dapur Jalanan termasuk sewa dapur. Akaun baru - 8008984696 (CIMB BANK)

KELAB DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR



4. SAYA NAK BAWA MAKANAN. BOLEH TAK? APA YA?

- PENTING SEKALI! Jika anda ingin memberi sumbangan makanan pada minggu tertentu, sila PASTIKAN anda menghubungi pihak kami dan memberitahu jenis makanan + kuantiti SELEWAT-LEWATNYA hari Sabtu, jam 4 petang.Ini adalah untuk elak pembaziran terlebih makanan, terlebih masa (bila hari gelap susah nanti) dan agar menu semua ngam-ngam cun-cun belaka. Jika anda ingin sponsor main course, sila beritahu selewat-lewatnya hari Rabu agar kami boleh arrange dan tidak terlebih masak. Call Haziq - 017-3855403 @ Quratul - 019-2734090 untuk inform



Untuk makluman semua, kami tiada polisi kepada jenis makanan yang hendak disumbangkan, asalkan bersih + selamat dan TIDAK MENGANDUNGI daging lembu & babi.



5. SAYA NAK BERI BAJU LAMA. BOLEH?

- Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan baju terpakai (yang masih elok ya) atau shampoo/ubat gigi etc, anda digalakkan menghubungi tim Kedai Jalanan (https://www.facebook.com/Gender-Studies-University-of-Malaya-233365060180586/) yang aktif membantu menyumbang pakaian di jalan Panggung & sekitar Kuala Lumpur.



6. NAK TOLONG MASAK DENGAN KORANG BOLEH? APA LAGI BOLEH BUAT?

- Boleh sahaja! Datang ke KELAB BANGSAR UTAMA (Alamat di bawah) mulai jam 12 petang setiap Ahad dan lihat apa boleh bantu! Anda juga digalakkan datang bantu pemberian makanan dan cuci pinggan & cawan pada setiap Ahad. Nak berbakti, datang lebih awal dari pukul 4.00. Cari Tukang atur sukarelawan kami iaitu Nasrul (01116541815) atau Aisyah (0193164065)



Jika datang berkumpulan, digalakkan untuk menyertai aktiviti kami dari awal. Dapur Jalanan menyediakan modul sukrelawan berkumpulan untuk mana-mana kumpulan anak muda/mahasiswa yang ingin terlibat lebih dekat dengan dunia aktivisma. Nak tahu lebih lanjut? kumpul kawan2 anda, dtg ke Jalan Panggung ahad ini, dan cari koordinator kami untuk pengesahan! Utk join Pool Volunteer, boleh lihat disini - https://drive.google.com/open?id=1aWCiZ2Ld-B7l--h0o_O4sXyS4erb4h_qINBfmbOSzOA

Minta hubungi Nasrul untuk maklumat lanjut mengenai Pool Volunteer!



7. Harap maklum, guideline diatas adalah supaya kerja kami menjadi lebih efektif dan bermanfaat. Terima kasih kerana ikut! DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR

+MAKANAN ADALAH HAK ANAK SEMUA BANGSA+



52c, Jalan Kemuja, OFF Jalan Bangsar, 59000 KL
(Berdekatan Stesen LRT Bangsar)


Email - [email protected]

FB pages - Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Instagram - dapurjalanankl

Twitter -



updated: Hujung Januari 2023

14/04/2026
22/02/2026
10-11 Januari 2026 lalu, Sindiket Lapangan DJKL telah menyertai bengkel Jelajah Ekologi, Jati Diri, Air & Kebudayaan (JE...
17/01/2026

10-11 Januari 2026 lalu, Sindiket Lapangan DJKL telah menyertai bengkel Jelajah Ekologi, Jati Diri, Air & Kebudayaan (JEJAK) Siri 1 di KOA Kerawat, Simpang Pulai, Perak yang merupakan petempatan Orang Asli Suku Temiar & Semai

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA di bawah pendanaan benih geran Youth Environment Living Labs (YELL) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia-PMOA & Youths United For Earth

Program ini adalah sebahagian Projek Pemerkasaan Belia Orang Asli Negeri Perak dengan menekankan penglibatan belia Orang Asli dalam perlindungan alam melalui usaha dokumentasi komuniti dan pemetaan kampung

Sepanjang dua hari, sukarelawan JEJAK telah menumpukan kepada pengumpulan & penyusunan data sama ada secara temu bual tokoh adat, turun ke lapangan dan menjejak sumber air. Kami juga telah diundang untuk merayakan perayaan tahun baru masyarakat Orang Asli. Bor Jispai!

Sekitar 20-25 wakil Orang Asli setempat terlibat & dibantu oleh 25 orang sukarelawan daripada pelbagai gerakan, mahasiswa & individu

Terlebih kenyang asyik makan durian adalah perkara penting yang wajar diketahui umum, selain daripada masakan lazat serta sesi perkongsian resepi tradisional Orang Asli. Sebesar terima kasih atas layanan mesra orang kampung!

Program ini bakal diteruskan dengan beberapa siri akan datang tahun ini, sesiapa yang berminat boleh mengikuti laman KUASA. Kami juga akan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai kemahiran memasak untuk menyertai Sindiket Lapangan DaJal

Terima kasih KUASA kerana mengundang, semoga tidak serik!

Foto oleh Nasrulhisham

13/01/2026

Kenangan 11 tahun lalu

Memasuki tahun ke-5 kerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi program vaksin & mobile clinic, buat pertama kaliny...
05/01/2026

Memasuki tahun ke-5 kerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi program vaksin & mobile clinic, buat pertama kalinya kali ini mereka turut membawa sukarelawan untuk bantu memasak dan menyumbang bahan masakan untuk kami!

14/12/2025

Cewek-cewek Dapur Jalanan Kuala Lumpur membeli produk Borneo Komrad. Semakin rajinlah kami datang cuci piring lepas ni.

Kamu akan masuk sorga!


Bantu gelandangan perlu kerjasama, bukan birokrasi, DBKL diberitahu
04/11/2025

Bantu gelandangan perlu kerjasama, bukan birokrasi, DBKL diberitahu

Dapur Jalanan Kuala Lumpur berkata perlu ada sistem pendaftaran yang mudah dan terbuka selain saluran komunikasi tetap antara DBKL dan kumpulan lapangan.

03/11/2025

Terima kasih Dapur Jalanan Kuala Lumpur. Semoga terus subur semangatnya dengan berkongsi makanan untuk perut dan jiwa yang kelaparan.

Kita selalu mendokong organisasi yang melawan dari jalanan. Panjang umur hal-hal yang baik.


Terima kasih sudi membantu Jason! Video tentang DaJal paling power, wholesome lagi dramatik
13/09/2025

Terima kasih sudi membantu Jason! Video tentang DaJal paling power, wholesome lagi dramatik

16/04/2025

Address

52-C, Jalan Kemuja, Off Jalan Bangsar
Kuala Lumpur
59000

Opening Hours

14:00 - 19:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Jalanan Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share