02/02/2021
Kenyataan Media
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia
2 Feb 2021
Keresahan pemain industri penerbitan kandungan kreatif dapat kami rasai apabila kerajaan masih tidak membenarkan sebarang aktiviti pengambaran Filem dan TV. Justeru kami dari Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan.
Sebagai persatuan yg memayungi syarikat penerbitan TV kami ingin merayu pihak kerajaan mempertimbangkan memberi kebenaran untuk aktiviti pengambaran program TV dijalankan.Ini adalah kerana sejak kerajaan mengenakan PKP diseluruh negara maka tiada aktiviti pengambaran dapat dijalankan sehingga menjejaskan pendapatan kepada pekerja dibelakang tabir dan pelakon malah akan membuatkan syarikat penerbitan mengalami kerugian akibat kos penerbitan meningkat kerana pembatalan pengambaran.
Masalah ini juga menjejaskan kontrak antara syarikat penerbitan dan stesen TV selain daripada kurangnya bahan siaran baharu akibat banyak program tidak dapat disiapkan seperti dijadualkan.Keadaan ini amat membimbangkan oleh kerana majoriti pekerja industri adalah freelancer yang hanya mendapat bayaran apabila ada kerja dan kebanyakan mereka juga tiada duit simpanan untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.Mereka pastinya terhimpit dengan masalah ini dan memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan kesinambungan hidup masing-masing.
Persatuan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak FINAS yang telah membantu dengan menyediakan dana untuk merancakkan industri diketika banyak syarikat yang tiada projek walaubagaimanapun apabila kerajaan mengenakan PKP diseluruh negara maka semua projek tidak dapat disiapkan mengikut jadual.Mengikut penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif FINAS difahamkan FINAS telah berusaha memberikan justifikasi kepada pihak MKN untuk mempertimbangkan kebenaran melakukan aktiviti pengambaran tetapi sehingga kini belum ada keputusan dibuat.
Justeru itu bagi pihak industri Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia kami ingin merayu agar dapat dipertimbangkan kebenaran pengambaran dengan SOP yang sesuai sepertimana aktivi ekonomi sector lain yang dibenarkan seperti pasaraya, workshop dan sebagainya bagi membantu meringankan bebanan kepada