30/10/2024
"Saya baru graduasi, mana ada pengalaman! Tak masuk akal."
Saya lanjutkan lagi hantaran Cik Mal CM, maksud di sebalik tahun pengalaman yang diminta bakal majikan dalam permohonan kerja.
Pengalaman datang dari dua jalan.
Pengalaman yang dicari.
Pengalaman yang dicipta.
Pengalaman yang dicari adalah melalui usaha kita masuk ke dalam lingkaran sebelum betul-betul menjadi sebahagiannya. Kita mahu mendapat pendedahan awal.
Contohnya, menjadi pekerja sambilan di reruai penerbit di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Pengalaman yang dicipta adalah melalui usaha kita membangunkan projek-projek sendiri tanpa disuruh dan diminta sesiapa. Kita mahu menumbuhkan kemahiran.
Contohnya, gatal tangan menukarkan nota kuliah menjadi tulisan umum dan disiarkan bersiri dalam platform yang selari dengan topik kita tekuni.
Penghujungnya, kita pun memohon jawatan di sebuah syarikat penerbitan membawa bersama pengalaman yang dicari dan pengalaman yang dicipta sebagai editor perolehan, iaitu editor yang mencari manuskrip berpotensi untuk diterbitkan.
Berita anak-anak kita yang berada di universiti agar mencipta dua jenis pengalaman ini sebelum graduasi.