Better Future

Better Future Better future for better living

25/11/2023

SMART GOAL

Hidup yang BEST pasti kena ada matlamat. Bagaimana kita menetapkan matlamat kita? Di sini akan kongsikan cara nak setting matlamat sehingga kita capaikan matlamat kita. Fahamkan structure terlebih dahulu barulah kita masukkan proses.

S – Specific
Clear, nampak jelas. Tak kabur. – Setiap matlamat yang kita setkan mestilah kita nampak dengan jelas apa matlamat itu. Jangan hanya bermatlamatkan secara surface atau permukaan sahaja. Sebagai contoh, lebih baik bermatlamat “Ingin lari sejauh 500 KM dalam tahun 2023” daripada “Ingin lari lebih jauh”.

M – Measurable
Boleh dikira berapa. Exact number. – Setiap matlamat mestilah boleh dikira sama ada secara nilai atau secara kuantiti. Jika matlamat tidak dapat dikira, ada kemungkinan kita tidak berjaya mencapainya kerana kita tidak tahu bagaimana untuk menentukan sama ada matlamat itu telah berjaya dicapai atau belum. Sebagai contoh, lebih baik bermatlamat “Ingin habiskan 6 race setahun” lebih baik dari “Ingin masuk banyak race”

A – Attainable
Goal tu boleh capai. Kalau tak boleh capai, akan demoralised. – Pastikan matlamat itu boleh dicapai sebab kalau matlamat itu tidak boleh dicapai, ia akan menyebabkan seseorang itu menjadi depressed dan demoralised.

Hmmmm… yang ini saya kurang setuju sebab pada saya kalau goal itu boleh dicapai, ia bukan goal atau matlamat bagi saya. What is the point melakukan sesuatu yang mudah kerana kalau boleh capai, tak perlu ia dijadikan matlamat pun.

Saya lebih kepada, letakkan matlamat, usaha sebaik mungkin, dan result itu, biarkan tuhan tentukan sama ada kita boleh dapat atau tidak boleh dapat. Lagipun, kita bukan tuhan nak menentukan capai atau tidak. Ntah-ntah, goal yang mudah capai pun boleh jadi tak tercapai kalau hati tak ikhlas.

Lagipun, kita sendiri tahu apa yang kita mahu dan kenapa kita mahukan itu. Unless kalau kita ni Pakar Confuse, so tak dapatlah den nak menolong.

R – Relevance
Align dengan apa yang kita nak. – Pastikan matlamat itu ada kena mengena dengan kita. Relevance dengan kemahuan kita. Sebagai contoh dalam konteks larian, lebih baik “ingin mula lari di luar negara seperti Singapura” instead of “ingin melancong ke luar negara seperti Singapura”. Pergi travel untuk lari dengan pergi travel untuk bersuka ria nampak macam sama tapi sebenarnya lain.

Dalam konteks larian, apa jua goal kena ada kena mengena dengan larian, dan larian menjadi keutamaan. Bukannya larian menjadi sampingan.

T – Time Bound
Mesti ada dateline. Bila nak habis. – Sebab bila ada dateline, ada sense of urgency. Baru nak buat. Kalau tak set dateline, bila nak habisnya? Bila nak rasa “last minute”? 😀 Sebagai contoh, “saya akan fulfillkan larian saya sejauh 500 KM sebelum 1 januari 2024” lebih baik dari “saya akan fullfillkan larian saya sejauh 500 KM”

Kesempatan posting saya ini, saya ingin memaklumkan saya perlukan "seorang staff" celik IT untuk menguruskan penjadualan team. Tak ada pengalaman tak apa yang penting boleh belajar dan diajar. Boleh pm atau tekan link sahaja.




Address

Wangsa Maju
Kuala Lumpur
53300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Better Future posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share