Penerbitan Penulisan2u ( P2U )

Penerbitan Penulisan2u ( P2U ) Laman Rasmi Syarikat Penerbitan Penulisan2u ( P2U ) www.p2u.my PENULISAN ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2010.
(875)

Bermula daripada sebuah laman sesawang penulisan2u pada tahun 2006, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan sebuah syarikat penerbitan novel yang mengunakan logo Penulisan2u sebagai identiti syarikat Penulisan Enterprise. Sebelum kewujudan Penerbitan Penulisan2u, kami mempunyai sebuah syarikat penerbitan lain iaitu Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd. Kami juga turut menjalinkan kerjasa

ma dengan beberapa penerbit novel tempatan, terutamanya dalam menyediakan manuskrip kepada penerbit dan membantu dari segi promosi. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sejak tahun 2006 inilah yang kami gunakan untuk membangunkan sebuah lagi syarikat penerbitan iaitu Penulisan2u. Dengan kekuatan nama Blog Penulisan2u melalui laman sesawang www.penulisan2u.my, kami mengambil inisiatif dengan membina sebuah lagi syarikat penerbitan novel iaitu syarikat Penulisan Enterprise dengan beridentitikan logo Penulisan2u. Nama inilah yang dirasakan sewajarnya dan sesuai bagi sebuah penerbitan yang menghasilkan karya-karya dari penulis novel alam maya. PENULISAN2U ditubuhkan bagi memeriahkan lagi industri penulisan novel tanah air. Disamping dapat melahirkan penulis-penulis berbakat dan juga melahirkan karya yang mampu memberi impak positif kepada pembaca. SALAM PERKENALAN dari warga PENULISAN2U, selamat membaca dan semoga terhibur. PENULISAN ENTERPRISE ( MP0000053-W )
41-1, Jalan Temenggung 9/9,
Bandar Mahkota Cheras,
43200 Selangor. Malaysia

Tel: (+6) 03 9010 4779
Fax: (+6) 03 9010 4511

📚 Tebus Baucar Buku MADANI RM100 di MySiswaPlace! ✨Jangan lepaskan peluang menggunakan Baucar Buku MADANI RM100 untuk me...
05/08/2026

📚 Tebus Baucar Buku MADANI RM100 di MySiswaPlace! ✨

Jangan lepaskan peluang menggunakan Baucar Buku MADANI RM100 untuk memiliki novel-novel bestseller dan terbaik terbitan Karyaseni. Pelbagai pilihan kisah yang telah mencuri hati ribuan pembaca menanti anda. Baucar Buku MADANI 2026 untuk pelajar IPT yang layak boleh ditebus melalui MySiswaPlace.

❤️ Masih ragu-ragu?

Kami kongsikan review sebenar daripada para pembaca yang telah menikmati karya-karya Karyaseni. Sokongan dan penilaian 5⭐ daripada mereka menjadi bukti bahawa setiap naskhah membawa pengalaman bacaan yang sukar dilupakan.

📖 Tebus baucar anda hari ini dan pilih novel yang bakal menjadi kegemaran anda!

Ya, betul! Kini anda boleh memiliki Hard Cover Lelaki Astatine & King Haidar pada harga yang sama dengan harga asal Soft...
28/07/2026

Ya, betul! Kini anda boleh memiliki Hard Cover Lelaki Astatine & King Haidar pada harga yang sama dengan harga asal Soft Cover.

📚 Harga Asal Hard Cover: RM48
💥 Harga Promosi: RM38 sahaja!

Ya, betul! Kini anda boleh memiliki Hard Cover Lelaki Astatine pada harga yang sama dengan harga asal Soft Cover.

Sebuah peluang istimewa untuk memiliki edisi Hard Cover yang eksklusif tanpa perlu membayar lebih.

⏳ Stok Terhad
⏳ Masa Terhad
⏳ Promosi ini hanya sementara!

Jangan lepaskan peluang ini. Dapatkan Lelaki Astatine dalam edisi Hard Cover sebelum stok kehabisan!

DUA DUA BIOL - Abang dengan adik sama-sama masuk air. Novel SEINDAH BULAN CINTA (Teaser 2)“Apa belek saja tu? Makanlah?”...
08/07/2026

DUA DUA BIOL - Abang dengan adik sama-sama masuk air. Novel SEINDAH BULAN CINTA (Teaser 2)

“Apa belek saja tu? Makanlah?” suruh Benjamin bila Yuhanis kelihatan teragak-agak untuk makan.

Yuhanis menghela nafas panjang. Perutnya memang lapar tetapi sukar dia untuk menyuap makanan ke mulut bila dia bagaikan berada di dalam kandang pesalah yang menjadi perhatian dalam mahkamah.

Diangkatnya seekor siput sedut dan dibelek-beleknya. ‘Siput ni kalau aku sedut nanti mesti cerut-cerut bunyinya. Hisy, macam mana nak makan?

“Akak ni... Belek siput tu lama-lama, karang hidup balik siput tu!” Adli ketawa berderai. Sikap Yuhanis mencuit hatinya.

“Okey juga kalau dia hidup balik. Tak payahlah akak sedut susah-susah. Suruh saja dia keluar sendiri.” Yuhanis ketawa kecil menambah perisa usikan Adli.

“Kalau dia hidup... Awak boleh makan ke?” soal Benjamin menunjukkan muka serius.

“Merepeklah, mana dia boleh hidup balik. Awak ni, saja tau nak buat saya geli...” Berkerut dahi Yuhanis. Tidak dapat dibayangkan jika dia terpaksa makan siput yang masih hidup. Eee, gelinya!

“Okey... Okey. Siput tu mana boleh hidup, dah dimasak. Makanlah, sedap tu.” Benjamin kelihatan mula serius. Kasihan p**a dia pada Yuhanis. Belum pun menjamah makanannya sudah macam-macam yang dia dan adiknya usik. Buatnya dia betul-betul membayangkan siput yang hidup dan tidak mahu makan, susah juga nanti.

“Keladi tu, kalau awak nak tahu ialah keladi lambuk yang kat rumah mak we hari tu. Mama ambil benih dari sana.”

“Ooo... Mesti sedap ni!” Yuhanis mula menggaul kuah lemak dan nasinya. Tidak sabar p**a hendak merasa masakan Puan Arfah. Mesti sedap seperti masakan mak we.

“Ni susu dah siap, mama nak naik dulu. Babah dah lama tunggu tu.”

Sebuah talam berisi empat biji muk diletakkan di atas meja oleh Puan Arfah. Sebiji muk yang lebih besar dari yang lain diambil untuk dibawa ke bilik.

“Hanis, susu ni kalau tak minum kat sini, bawa saja naik atas. Minum kat bilik, ya?”

‘Untuk aku pun ada sekali? Kan aku dah minum susu tadi.’ Yuhanis bergumam dalam hati sambil angguk kepala.

“Terima kasih, Mak Pah.”

“Awak nak saya suapkan ke?” soal Benjamin menyambung bicaranya bila Puan Arfah sudah berlalu.

“Kalau nak, boleh saja!”
Yuhanis jeling Benjamin. ‘Depan adik dia pun nak bergurau macam tu.’

“Kalau tak nak abang suap, Adli pun boleh...”
Bundar mata Yuhanis. Aduh! Adik dan abang sama saja.

“Tak payahlah. Terima kasih banyak-banyak, akak boleh suap sendiri. Tapi macam mana nak makan kalau Adli dan abang Adli ni asyik pandang akak macam burung hering nak tangkap mangsa. Boleh mati tercekik tahu tak?”

“Kita jadi burung hering, bang! Ganasnya!” Adli ketawa lepas. Begitu sekali rupanya tanggapan Yuhanis. Patutlah belum makan-makan lagi.

“Tak payah nak gelak sangat! Nanti kalau akak yang jadi burung hering, kau orang berdua p**a yang susah. Sebelum jadi apa-apa, baik kau orang berdua teman akak makan. Tak bestlah makan sorang-sorang...”

Separuh merayu Yuhanis di hujung kata-katanya. Segan dia untuk makan sorang-sorang sedangkan Benjamin dan Adli hanya jadi pemerhati.

“Okey. No problem!” Benjamin tersengih. Kepalanya didekatkan kepada Yuhanis dengan mulut ternganga.

“Kenapa p**a ternganga macam periuk kera ni?” soal Yuhanis dengan mata menyepit walaupun sudah ditebak yang Benjamin mahu disuapkan nasi olehnya.

“Kata nak ajak saya makan, nak makanlah ni.” Bersahaja jawapan Benjamin seolah-olah tiada apa-apa yang pelik dilakukannya.

“Nak makan ambillah pinggan, ambil nasi...”

“Awaklah suapkan.” Benjamin bersuara manja memotong bicara Yuhanis. Matanya dikelip-kelipkan. Sebiji macam mata singa Lion Dance pada Tahun Baru Cina.

“Tak ada makna saya nak suapkan. Awak bukan suami saya!” Menyampah dengan reaksi Benjamin, Yuhanis terus menyuap nasi ke mulut. Nak tengok sangat dia makan, tengoklah. Perutnya sudah tidak tahan berlapar lagi.

“Kalau dah kahwin, bolehlah ya, akak?” sela Adli, nakal.

Antara review yang membuatkan ramai pembaca semakin tertarik untuk memiliki LEGASI. 👀Bila sebuah novel berjaya membuat p...
07/07/2026

Antara review yang membuatkan ramai pembaca semakin tertarik untuk memiliki LEGASI. 👀
Bila sebuah novel berjaya membuat pembaca rasa seperti sedang menonton drama, itu tandanya jalan ceritanya benar-benar hidup.

Ramai memuji plot yang penuh konflik, permainan politik yang mendebarkan dan kisah cinta yang tidak klise.

LEGASI bukan sekadar novel cinta. Ia menggabungkan konflik politik, korupsi, perjuangan dan percintaan dalam satu naskhah yang sukar dilepaskan.

Tidak hairanlah karya terbaru daripada Lily Haslina Nasir, antara novelis terbaik yang pernah dinobatkan di Anugerah Buku Negara, terus mencuri perhatian pembaca.

📖 Kalau anda sukakan novel yang penuh debaran, strategi, emosi dan romance, LEGASI wajib ada dalam koleksi anda.



Antara review yang membuatkan ramai pembaca semakin tertarik untuk memiliki LEGASI. 👀

Vengeance: Kesumat – Matteo Mikhail ( Terbaru April 2026 )Dendam itu masih terpendam, di lubuk jiwa paling dalam. Dia tu...
26/06/2026

Vengeance: Kesumat – Matteo Mikhail ( Terbaru April 2026 )

Dendam itu masih terpendam, di lubuk jiwa paling dalam. Dia tumbuh dengan dendam, yang belum dilunaskan.

Malam itu malam yang dipenuhi jeritan yang mengerikan. Api yang marak dan garang telah meragut nyawa sebuah keluarga kecil. Thariq satu-satunya anak kecil yang terselamat namun sesuatu dalam dirinya turut mati bersama tragedi itu. Kemanusiaan.

Tahun demi tahun berlalu, kini Thariq semakin membesar seiring dengan dendam kesumatnya.
Tanpa amaran, siri pembunuhan mula mengoyak kesepian malam. Seorang demi seorang diseksa dan dibunuh, bagai satu rantaian pembunuhan yang terancang. Penyiasatan mula dijalankan Inspektor Munir.

“Mereka jadi sasaran seseorang. Mereka diburu oleh orang yang sama. Waktu saya kenal pasti semua sasaran, semuanya dah terlewat. Hampir kesemua mereka ditemui maut dalam keadaan yang mengerikan. Saya percaya, perbuatan ganas ni bermotifkan dendam.” - Inspektor Munir.

Thariq masih tidak berhenti untuk melunaskan dendam kepada sasaran terakhirnya iaitu Dato Badar. Sasaran yang paling dinantikannya. Dato Badarlah punca segala kehancuran hidupnya. Namun lelaki itu kelihatan bahagia dengan keluarganya, malah mempunyai orang kepercayaan baharu, menantunya, Najmi.

Bagi Najmi p**a, dia kerap berasa berdebar-debar tanpa sebarang sebab. Kebelakangan ini juga, dia sering kali didatangi mimpi ngeri. Mimpi yang dahsyat sehingga dia meracau-racau dalam tidur, memaksa isterinya, Miralia mengejutkan dia ke alam jaga. Miralia sendiri terlalu bingung dengan perubahan mendadak Najmi.

Keterujaan Miralia tatkala terbinanya mahligai bahagia bersama insan tercinta hanyalah sementara. Segalanya berubah setelah dia mendirikan rumah tangga. Najmi bukan lagi lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini. Perubahan lelaki itu menimbulkan seribu tanda tanya.

Pertemuan Miralia dan Thariq sedikit demi sedikit merungkai teka-teki. Saat segalanya terbongkar, tegarkah dia meneruskan ikatan yang dibina atas dasar cinta?

NOVEL TERBAIK 13 JAM A380 - Evelyn Rose. SAPA BELUM BACA RUGI TAU...13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A3...
22/06/2026

NOVEL TERBAIK 13 JAM A380 - Evelyn Rose. SAPA BELUM BACA RUGI TAU...

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

“Hana, thank you for last night… But I can’t have co***ne all the time.”

– syed haydar.

Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.

“My daughter likes you. If you’re willing to let her call you mommy… I will pay you fifty buck per hour...” - Fawwaz Hussaini

“Dapat hadiah tak?” – Hana Sofea

“A pink Audi TT, is that okay?” - Fawwaz Hussaini

“Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak.” - Hana Sofea

Hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea p**a bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – Syed Haydar

Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

Info Pendek

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

“Hana, thank you for last night… But I can’t have co***ne all the time.”

– syed haydar.

Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya. Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

📚✨ HARI INI 7 JUN - SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENULIS KARYASENI ✨📚Inilah peluang terbaik untuk bertemu secara langsung de...
07/06/2026

📚✨ HARI INI 7 JUN - SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENULIS KARYASENI ✨📚

Inilah peluang terbaik untuk bertemu secara langsung dengan novelis kegemaran anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026!

Dapatkan tandatangan penulis, bergambar bersama, berkongsi pengalaman membaca dan mendengar sendiri kisah di sebalik penghasilan novel-novel yang anda minati.

❤️ Jumpa penulis.
📖 Dapatkan novel terbaru.
✍️ Minta autograf.
📸 Bergambar sebagai kenangan.

Jangan lepaskan peluang istimewa ini di reruai Karyaseni.

📍 Reruai Karyaseni, Bilik Mawar 📚 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026

Jumpa anda di sana! Terima kasih kerana terus menyokong penulis dan penerbitan Karyaseni. 💕

📚✨ HARI INI 6 JUN - SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENULIS KARYASENI ✨📚Inilah peluang terbaik untuk bertemu secara langsung de...
06/06/2026

📚✨ HARI INI 6 JUN - SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENULIS KARYASENI ✨📚

Inilah peluang terbaik untuk bertemu secara langsung dengan novelis kegemaran anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026!

Dapatkan tandatangan penulis, bergambar bersama, berkongsi pengalaman membaca dan mendengar sendiri kisah di sebalik penghasilan novel-novel yang anda minati.

❤️ Jumpa penulis.
📖 Dapatkan novel terbaru.
✍️ Minta autograf.
📸 Bergambar sebagai kenangan.

Jangan lepaskan peluang istimewa ini di reruai Karyaseni.

📍 Reruai Karyaseni, Bilik Mawar 📚 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026

Jumpa anda di sana! Terima kasih kerana terus menyokong penulis dan penerbitan Karyaseni. 💕

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5 BINTANGNOVEL THRILLER TERBARU KARYASENI memang terbaik. Novel yang sepatutnya masuk list anda di PBAKL.Sapa...
20/05/2026

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ 5 BINTANG

NOVEL THRILLER TERBARU KARYASENI memang terbaik. Novel yang sepatutnya masuk list anda di PBAKL.

Sapa yang minat novel Thriller, novel ini lah yang patut anda baca.

Kenali Novelis Matteo Mikhail merupakan graduan Sarjana Muda Sastera (Terjemahan dengan Interpretasi) dan minor Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM). Penulis berasal dari Pantai Timur. Penulis gemar mengarang karya bergenre psychological thriller. Cerpen karya penulis berjudul Afwa pernah diterbitkan dalam majalah Solusi (118). Kecenderungan penulis berkarya sejak di bangku sekolah lagi, Selain bidang penulisan, penulis juga mengasah bakat dalam bidang seni lukis.

Address

15-A, Jalan Suarasa 8/3, Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbitan Penulisan2u ( P2U ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share