14/02/2025
CUBAAN LELAKI UNTUK BUNUH DIRI DI MENARA LPP BERJAYA DISELAMATKAN
14.2.2025: JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 berhubung kejadian cubaan bunuh diri pada jam 10:23 pagi di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.
Semasa panggilan diterima, didapati pemanggil merupakan individu itu sendiri yang ingin membunuh diri. Usaha untuk memujuk mangsa telah dilakukan selama lebih kurang 30 minit melalui talian telefon. Pada masa yang sama, seramai 5 anggota bomba daripada BBP Sentul diketuai oleh PBK II Mohd Rahmad bin Roslan telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera FRT.
Individu tersebut juga memohon untuk bercakap dengan kenalannya iaitu seorang selebriti tanah air yang juga penyampai radio. Pihak bomba berjaya menghubungi selebriti itu sebelum menyambungkan talian kepada individu tersebut.
Dalam masa yang sama, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian telah mengenalpasti kedudukan mangsa iaitu lelaki berusia 49 tahun yang berada di tingkat 11 di penjuru bangunan sambil memegang senjata tajam yang ingin terjun dari bangunan tersebut.
Mangsa akhirnya berjaya dipujuk oleh anggota bomba dengan bantuan selebriti tanah air tersebut yang turut hadir di lokasi kejadian. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Turut hadir ke lokasi kejadian adalah pegawai kanan JBPM Kuala Lumpur, PgKB II Mohd Shazzuan bin Ramli bertindak sebagai Komander Operasi.
Bomba Kuala Lumpur
Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur