Permata Kurnia

Call Directions Website

Permata Kurnia ๐Ÿงฎ Pusat Intervensi Awal
๐Ÿ˜ Kanak-Kanak Autisme
๐Ÿซถ๐Ÿป Sokongan Keluarga
๐Ÿ“ก Pendidikan Komuniti
๐Ÿ“š KPM Nisbah tenaga pengajar dengan murid adalah 1:3.
(234)

GENIUS Kurnia merupakan program di bawah BAHAGIAN GENIUS sebuah pusat intervensi awal komprehensif yang direka-bentuk untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami autisme dan keluarga mereka. Beberapa kaedah intervensi awal yang telah dibukti keberkesanannya melalui penyelidikan di peringkat antarabangsa akan dilaksanakan secara bersepadu. Program GENIUS Kurnia ini akan menawarkan tiga (3) jenis perkhidmatan iaitu :
- Intervensi Sepenuh Masa
- Intervensi Sokongan dan Keluarga,
dan
- Program Latihan

Intervensi Sepenuh Masa merupakan sebuah program untuk kanak-kanak di antara umur 4 hingga 6 tahun yang telah dikenal pasti mempunyai ciri-ciri autisme. Objektifnya adalah untuk membantu menyediakan mereka untuk pendidikan secara formal di sekolah aliran perdana. Mereka akan berada di pusat sepenuh masa untuk mengikuti kurikulum yang disediakan. Intervensi Sokongan Anak dan Keluarga ini adalah khusus bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mendapatkan intervensi awal, serta memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk mempelajari teknik intervensi yang boleh diaplikasikan untuk anak-anak mereka di rumah. Ia akan dijalankan secara sesi berpakej, iaitu selama 2 jam setiap sesi dan 40 sesi setiap pakej bagi mendapatkan kesan yang optima. Nisbah tenaga pengajar dengan murid adalah 1:1. Program Latihan p**a bertujuan untuk menyediakan latihan dan bimbingan kepada pendidik, ahli terapi, ibu bapa dan orang ramai dalam pelbagai aspek autisme. Tenaga pengajar GENIUS Kurnia mempunyai Ijazah di dalam bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Terapi Cara Kerja, Terapi Pertuturan dan Psikologi.

Karnival Sukan Murid Prasekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2026๐ŸŒŸTahniah dan syabas kepada 18 orang kanak-kanak prasekolah ...
17/09/2026

Karnival Sukan Murid Prasekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2026๐ŸŒŸ

Tahniah dan syabas kepada 18 orang kanak-kanak prasekolah PERMATA Kurnia yang telah berjaya menyertai Karnival Sukan Murid Prasekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2026 pada 13 hingga 15 September 2026 di Uptown Sport, Bandar Baru Bangi.

Pelbagai acara sukan khusus telah disertai oleh kanak-kanak yang terlibat seperti lari dalam guni, lari dan asing pundi kacang, lari sambil leret bola, lari zig-zag serta lari dan baling pundi kacang. ๐Ÿ’ชโœจ

Karnival ini bertujuan memupuk minat bersukan, keyakinan diri, kemahiran motor kasar, kerjasama dan semangat kesukanan dalam kalangan murid prasekolah.

๐ŸŒŸ Tahniah anak-anak Permata Kurnia! Teruskan berani mencuba, aktif dan ceria! โค๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat dalam menjayakan penyertaan ini. ๐Ÿ™

Bunga raya mekar di taman,Jadi kebanggaan seluruh negara,Kepelbagaian etnik asas kekuatan,Malaysia MADANI sejahtera bers...
16/09/2026

Bunga raya mekar di taman,
Jadi kebanggaan seluruh negara,
Kepelbagaian etnik asas kekuatan,
Malaysia MADANI sejahtera bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ

Salam Hari Malaysia yang ke-63 buat seluruh rakyat Malaysia!

Bersempena dengan tarikh bersejarah 16 September, kami di Pusat PERMATA Kurnia menyokong penuh tema sambutan pada tahun ini iaitu "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati".

Kami percaya bahawa kesejahteraan sebenar adalah apabila setiap lapisan masyarakat disantuni dengan kasih sayang dan diberi peluang yang sama untuk berkembang tanpa sisihan.

Seperti mana teguhnya negara kita kerana , begitu jugalah keunikan setiap anak-anak berkeperluan khas yang mewarnai dan melengkapkan komuniti kita.

Merekalah juga sebahagian daripada penggerak kepada pada masa hadapan.

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan menjadi negara yang lebih inklusif untuk semua. Selamat bercuti dan selamat meluangkan masa bersama keluarga!

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐’๐ˆ: ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐€๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โฃโฃPusat PERMATA Kurnia (PPK), Bahagian PERMATA, Keme...
11/09/2026

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐’๐ˆ: ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐๐‘๐€๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โฃ
โฃ
Pusat PERMATA Kurnia (PPK), Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan (KPM) menganjurkan Bengkel Penataran Kurikulum Prasekolah 2026 khusus bagi Pegawai Intervensi (PI).
โฃ
Bengkel ini bertujuan menyelaras kefahaman terhadap Kurikulum Prasekolah terkini selaras dengan dasar KPM, meningkatkan kompetensi PdP harian, serta memberi pendedahan mengenai penggunaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) demi memenuhi keperluan khusus anak-anak autisme.โฃ
โฃ
Pihak PPK amat berterima kasih kepada barisan Penceramah Jemputan yang telah sudi meluangkan masa bagi menjayakan bengkel ini.โฃ
โฃ
1. En. Anwar Ridhwan bin Razali,
Penolong Pengarah,โฃ
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
โฃ
> Menyebarkan kepakaran berkenaan Pengenalan Kurikulum Prasekolah Pendidikan Khas 2026 serta Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK).โฃ
โฃ
2. Encik Kartigesan a/l M. Veloo
Guru Cemerlang Prasekolah,
SK Putrajaya Presint 11 (3))โฃ
โฃ
> Berkongsi amalan terbaik mengenai Pendekatan dan Pedagogi Kurikulum Prasekolah 2026 di Bilik Darjah.โฃ
โฃ
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu. โฃ
โฃ
Semoga perkongsian ini dapat memperkukuh pelaksanaan PdP yang berkualiti dan berkesan buat anak-anak istimewa di PPK!โฃ

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ซ๐ฎ๐ง๐ž๐ข ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐“๐€ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ง๐ข๐š, ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซSepanjang lawatan dua hari ini, pelbagai sesi...
11/09/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ซ๐ฎ๐ง๐ž๐ข ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐“๐€ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ง๐ข๐š, ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ

Sepanjang lawatan dua hari ini, pelbagai sesi perkongsian ilmu, pencerahan program, dan pemerhatian bilik darjah telah dijalankan bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai amalan terbaik dalam intervensi awal autisme.

Fokus perkongsian merangkumi pendekatan pengajaran berstruktur, strategi membina sifat berdikari, pelibatan aktif ibu bapa sebagai rakan pembelajaran, serta persediaan transisi anak-anak ke alam persekolahan formal.

Semoga hubungan kerjasama dan perkongsian ilmu ini dapat menyokong usaha berterusan dalam memperkasakan pendidikan inklusif yang berkualiti untuk anak-anak di Brunei Darussalam!

Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTema tahun ini, "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", mengingatkan kita...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tema tahun ini, "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati", mengingatkan kita betapa pentingnya mengekalkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum. Keamanan yang kita kecapi pada hari ini adalah asas kepada masa depan yang lebih cerah buat anak-anak kita.

Seperti eratnya genggaman tangan anak-anak berbilang bangsa ini, marilah kita terus bersatu hati memperkukuhkan ikatan perpaduan demi kelestarian dan kemakmuran negara tercinta.

Semoga semangat kemerdekaan ini terus subur dalam jiwa setiap warganegara, bermula daripada generasi muda kita pada hari ini. Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ikhlas daripada kami di Pusat PERMATA Kurnia, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan.

LAWATAN PROFESIONAL BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS (BPKhas), KPM KE PUSAT PERMATA KURNIA โœจPada 27 Ogos 2026, seramai 57 orang ...
28/08/2026

LAWATAN PROFESIONAL BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS (BPKhas), KPM KE PUSAT PERMATA KURNIA โœจ

Pada 27 Ogos 2026, seramai 57 orang pegawai daripada Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan lawatan profesional ke Pusat PERMATA Kurnia sebagai sebahagian daripada Bengkel Kerja Peningkatan Kompetensi Secara Professional Learning Community bagi Pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Tahun 2026.

Para pegawai yang hadir terdiri daripada pelbagai bidang khusus, iaitu:

๐Ÿ—ฃ๏ธ Terapi Pertuturan-Bahasa
โœ‹ Terapi Cara Kerja
๐Ÿ‘‚ Audiologi
๐Ÿฆฟ Fisioterapi
๐Ÿง  Psikologi dan Intervensi Pendidikan

Sepanjang lawatan, pelawat didedahkan dengan:

๐ŸŽฏ Taklimat dan lawatan profesional di Pusat PERMATA Kurnia bagi memahami operasi dan pendekatan intervensi yang dijalankan di Pusat PERMATA Kurnia

๐Ÿค Perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan pembelajaran kanak-kanak autisme di Pusat PERMATA Kurnia

๐Ÿงฉ Pendedahan kepada struktur program pembelajaran serta persekitaran mesra sensori yang disediakan khusus bagi menyokong perkembangan optimum kanak-kanak autisme

Lawatan ini dirancang bagi membolehkan para pegawai meneroka dan mempelajari amalan terbaik dalam pelaksanaan intervensi awal kepada kanak-kanak autisme, sekali gus memperkukuh kompetensi profesional dalam memberikan perkhidmatan sokongan pendidikan khas yang lebih holistik dan berkesan.

Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan ini terus memberi impak yang bermakna kepada perkhidmatan pendidikan khas di seluruh negara, selaras dengan aspirasi "Kecemerlangan Insan Istimewa, Kegemilangan Bersama". Sama-sama kita berusaha demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak syurga ini! ๐Ÿ’™

PROGRAM TERAPI ROBOTIK DI PUSAT PERMATA KURNIA27 Ogos 2026 | Telah berlangsung sesi Perbincangan Terapi Robotik (Robothe...
27/08/2026

PROGRAM TERAPI ROBOTIK DI PUSAT PERMATA KURNIA

27 Ogos 2026 | Telah berlangsung sesi Perbincangan Terapi Robotik (Robotherapy Program) di Pusat PERMATA Kurnia hari ini.

Perbincangan ini merupakan langkah awal bagi memperkenalkan pendekatan terapi berasaskan robotik yang interaktif dan inovatif dalam menyokong perkembangan serta pembelajaran kanak-kanak.

Dalam masa terdekat, Training of Trainers (TOT) modul robotik akan dilaksanakan kepada semua kakitangan, sebelum program terapi robotik bersama kanak-kanak dimulakan.

Semoga inisiatif ini dapat memperkaya pendekatan intervensi di Pusat PERMATA Kurnia dan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, interaktif dan bermakna buat kanak-kanak.

PROJEK AKUARIS MUDA โ€“ SIRI 1.0Pada 26 Ogos 2026, kanak-kanak prasekolah Pusat PERMATA Kurnia berpeluang menyertai Projek...
27/08/2026

PROJEK AKUARIS MUDA โ€“ SIRI 1.0

Pada 26 Ogos 2026, kanak-kanak prasekolah Pusat PERMATA Kurnia berpeluang menyertai Projek Akuaris Muda anjuran Aquaria KLCC.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya mengenali bahagian dan peralatan di dalam akuarium, permainan puzzle berkaitan bahagian ikan serta latihan pengukuhan bagi membantu kanak-kanak mengingat dan memahami pembelajaran yang diperoleh.

Projek ini bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu merangsang perkembangan kognitif, meningkatkan kemahiran pemerhatian, mengembangkan kosa kata serta memupuk rasa ingin tahu dan kecintaan terhadap hidupan akuatik dan alam sekitar.

Siri 1.0 merupakan permulaan kepada siri-siri Projek Akuaris Muda yang akan berlangsung setiap bulan sehingga Disember 2026.

Semoga pengalaman ini menjadi satu pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan buat anak-anak Pusat PERMATA Kurnia!

๐ŸŒ™ Maulidur Rasul 1448HKeindahan akhlak, ketabahan dan kasih sayang Rasulullah SAW menjadi teladan dalam membentuk insan ...
24/08/2026

๐ŸŒ™ Maulidur Rasul 1448H

Keindahan akhlak, ketabahan dan kasih sayang Rasulullah SAW menjadi teladan dalam membentuk insan yang berjiwa mulia serta penuh nilai kemanusiaan.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh keluarga, para ibu bapa, warga Pusat PERMATA Kurnia serta semua yang meraikannya.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan menguatkan lagi rasa kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga nilai kasih sayang, kesabaran, keikhlasan dan saling menghormati terus subur dalam kehidupan kita.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada kami warga Pusat PERMATA Kurnia. ๐Ÿค๐ŸŒ™

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู† ๏ทบ

24/08/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Ÿ’

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) sempena Sambutan Ulang Tahun ke-77 Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ถ, ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ
โ€œ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐—•๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎโ€

Ikhlas Daripada:

YBrs. Dr. Nor Suhara binti Fadzil
Setiausaha Bahagian dan Seluruh Warga Kerja
Bahagian PERMATA
Kementerian Pendidikan







Address

Pusat PERMATA KURNIA, Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. 18, Jalan Sentul Perdana
Kuala Lumpur
51000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60340268200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permata Kurnia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share