22/10/2026
SEKALUNG TAHNIAH & PENGHARGAAN: PENYERAHAN PROJEK SIAP
PROJEK: PEMBINAAN JETI MAWILLA 2, SANDAKAN, SABAH (REKA DAN BINA)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak atas kejayaan Sesi Penyerahan Projek Siap bagi projek di atas yang telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada 21 Oktober 2026.
Majlis penuh bermakna ini telah dihadiri dan disaksikan oleh:
- Pn. Norazah binti Zainal – Timbalan Setiausaha Bahagian (Pemantauan Projek), Wakil Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF)
- Laksamana Muda Haji Jamaludin bin Haji Sairi - Panglima Wilayah Laut 2
- Laksamana Pertama Hazrine bin Mohd Taib – Asisten Ketua Staf Perancangan Pembangunan dan Strategi, Wakil Markas Tentera Laut (TLDM)
- En. Mathew B Ginsu – Jurutera Awam Kanan PPK2, Wakil Pejabat Pengarah Projek JKR Malaysia
Projek di bawah inisiatif RMK-12 RP1 yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan Reka & Bina (Tender Terbuka Pra-Kelayakan) ini telah menempuh pelbagai fasa pencapaian penting:
Tahun 2021: Pemuktamadan skop & kos, perolehan kelulusan Penilaian Nilai (Value Assessment - VA) serta pengecualian VE, dan penyempurnaan urusan iklan serta taklimat tender bersama pihak MINDEF dan Markas.
Tahun 2022: Kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) diperoleh, disusuli pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) dengan nilai kontrak RM122,999,990.00 pada 30 Mac 2022 , dan tarikh milik tapak bermula pada 14 April 2022 .
Tahun 2026: Pengeluaran Perakuan Siap Kerja (CPC) berjaya dizahirkan pada 30 September 2026 iaitu 3 hari lebih awal daripada jadual kontrak, seterusnya melengkapkan penyerahan rasmi aset kepada pihak pengguna secara kaedah 3-in-1.
Perjalanan lebih lima tahun ini sarat dengan pelbagai cabaran, jerih perih, dan perbincangan teknikal yang mendalam demi menterjemahkan perancangan strategik ini kepada sebuah fasiliti fizikal yang berimpak tinggi, berkualiti, dan selamat digunakan.
Pihak CKIP dan HOPT merakamkan:
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada pihak Kontraktor Utama atas komitmen dan dedikasi dalam menyempurnakan projek ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada:
- Pihak Pelanggan (MINDEF) atas sokongan pengurusan serta peruntukan yang berterusan.
- Pihak Pengguna (Markas Tentera Laut / MAWILLA 2) atas kepercayaan dan kerjasama erat sepanjang tempoh pembinaan.
- Pasukan Penyelia Tapak JKR (PPK2) atas komitmen pengawasan dan kawalan kualiti yang ketat di tapak bina.
- Rakan Pasukan Reka Bentuk (HODT) atas kepakaran teknikal, iltizam, dan profesionalisme yang tidak berbelah bahagi sepanjang pelaksanaan projek.
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra
Kementerian Pertahanan Malaysia