01/05/2022
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443H / 2022M.
Bersama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita telah berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT dan beroleh keberkatan-Nya.
Saban tahun, 1 Syawal merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam bagi meraikan kejayaan setelah sebulan berpuasa. Manfaatkanlah sebaik mungkin kesempatan Aidilfitri yang mulia ini untuk saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim di antara sesama kita.
Bagi warga perantauan yang akan pulang ke kampung halaman, pandulah dengan cermat dan selamat serta berhati-hati di jalan raya. Sesungguhnya kepulangan semua sangat dinanti-nantikan oleh keluarga masing-masing.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.