12/06/2022
Tahukah anda air minuman penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan? Adakah anda minum air yang mencukupi? Bagus jika ya.
Tetapi jika anda sukar untuk minum 8 gelas setiap hari, mungkin jadual minum air di bawah boleh membantu ☺️
🥛 7:00 pagi (Gelas pertama) – Lembapkan badan anda selepas berehat malam yang panjang.
🥛 9:00 pagi (Gelas ke-2) – Mulakan hari kerja anda dengan segelas air.
🥛 11:30 pagi (Gelas ke-3) – Minum satu jam sebelum pergi makan tengah hari.
🥛 1:30 tengah hari (Gelas Ke-4) – Minum sedikit air untuk membantu penghadaman makan tengah hari anda.
🥛 3:00pm (Gelas Ke-5) – Daripada meminum kafein, cuba tukarkan dengan air putih?
🥛 5:00 petang (Gelas ke-6) – Kekal terhidrasi dan elakkan makan berlebihan selepas makan malam nanti
🥛 8:00 malam (Gelas ke-7) – Tukar minuman manis selepas makan malam anda dengan air untuk perubahan.
🥛 10:00 malam (Gelas ke-8) – Sejam sebelum tidur minum airb(membantu dalam proses pembaharuan sel semasa anda tidur)