Kopi Pak Belalang Klasik

Kopi Pak Belalang Klasik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kopi Pak Belalang Klasik, Kuala Lumpur.

KISAH HAJI FREE SAIFUL NANGTahun lepas saya pergi haji FREE. Tapi saya nak cerita bagaimana haji Free itu Allah berikan ...
10/10/2017

KISAH HAJI FREE SAIFUL NANG

Tahun lepas saya pergi haji FREE. Tapi saya nak cerita bagaimana haji Free itu Allah berikan kepada saya sebagai satu hadiah.

Pertengahan tahun 2012 semasa saya merancang untuk menunaikan umrah, pada ketika itu ayah saya menyuarakan hasrat untuk menunaikan umrah. Lalu, saya serahkan apa yang saya ada untuk dahulukan ayah saya dan ibu tiri saya untuk pergi dahulu. Saya tidak terasa sedih atau menyesalpun dan dalam hati saya meyakini Allah punya cara lain untuk membalasnya.

Selang beberapa bulan pada awal 2013 (tahun lalu) saya ditawarkan oleh sepasang pengantin dari Sarawak untuk mengambil foto mereka bernikah di Masjidilharam. Tanpa menoleh saya jawab "YES" saya mahukannya. Bukan sekadar saya dapat umrah bersama mereka secara percuma, malah perkhidmatan saya tetap mereka bayar seperti biasa tanpa ada kekurangan sedikitpun termasuk yuran tugasan luar negara selama 11 hari.

Satu balas satu. Allah beri lebih lagi. Dapatlah saya umrah FREE.

Semasa di Mekah dan Madinah, saya sangat terharu dan saya fikir ramai anak-anak saya di Rumah Pengasih Warga Prihatin dan juga golongan asnaf kurang berkemampuan patut pergi ke tanah suci juga. Lalu pada ketika itu saya menemui ilham untuk menjual foto-foto saya. Hasil jualan itu adalah untuk menghantar mereka yang kurang berkemampuan ini untuk mengerjakan umrah.

Dari bulan May 2013 - Sept 2013 saya bergiat untuk menjual foto-foto indah dari Tanah Haram untuk mereka yang meminatinya. Pada ketika itu jualan yang diperolehi tidaklah banyak sangat. Saya anggap projek itu hanya mencapai 5/10 sasarannya. Namun saya tetap berusaha juga dengan melaburkan sejumlah modal untuk pembangunan galeri dan mesin percetakan yang lebih baik dengan harapan ia akan berubah menjadi lebih baik dari segi jualan.

Kita merancang Allah yang tentukan...

Sep 2013 saya mendapat panggilan dari Tabung Haji Travel semasa saya di Albany, Australia dengan panggilan singkat menawarkan

"Tuan Saiful Nang, minat nak pergi haji dengan kami tak? haji jadi fotografer kami...dan semuanya kami beri pecuma dan kami bayar token perkhidmatan".

Meluru TANPA fikir panjang saya jawab "YES". Sebenarnya pada tahun 2007 saya pernah ditelefon oleh syarikat yang sama menawarkan tawaran yang sama, tetapi notis pendek dan ketika itu saya di Melbourne untuk satu tugasan percetakan album Tuanku Sultan Brunei. Pada ketika itu saya diuji, untuk jawab seruan Allah ataupun uruskan kerja. Mungkin pada ketika itu, hati tidak cukup terpana dengan panggilan itu. Lalu saya hanya berikan alasan "Saya tiada di Malaysia sekarang".

Tawaran Sep 2013 tahun lalu memang tidak saya fikir banyak sekalipun saya perlu ambil tiket balik serta merta. Namun bila jawapan diberikan "Ya", Allah juga tidak zalim dan saya diberitahu untuk habiskan urusan di Australia dan sekembali ke KL terus berjumpa mereka untuk urusan dokumentasi.

Saya tidak pernah ada buku simpanan tabung haji tetapi saya dapat pergi haji atas panggilan Allah. Itulah hadiah yang saya dapati. Sekalipun saya menjadi petugas biasa, tetapi menjadi petugas bukanlah satu perkara mudah. Kita bukan sekadar membantu diri sendiri tetapi membantu orang lain mengerjakan haji juga.

Saya tidak bayar 1 sen pun untuk pergi mengerjakan haji tetapi saya berada dalam kelas pakej tertinggi dan mampu makan apa yang mereka makan juga tidur di tempat mereka tidur (cuma mereka tidur 2 orang sebilik, kita pakat tidur 11 orang 1 bilik), naik kenderaan yang mereka naiki. Sudahlah dapat haji FREE, dapat lompat pakej Almaas, Zamrud, Topaz, Nilam dan Aked. Mana selera nak singgah...singgah sahaja mana-mana antara pakej tu. Tapi kena kerja ambil gambar kan?? Heheheh...kalau tiada orang upah saya ambil gambar pun saya tetap ambil gambar. Jadi rasa macam tak ada komitmen sangat lah kecuali kena ikut jadual jemaah mengikut pakej yang saya ditugaskan :)

Kalau tak pun...saya kena ikut jadual pakej juga kan?

Sama sahaja :D

Kedudukan saya di situ membolehkan saya pergi dari atas ke bawah. Orang dari bawah dihalang untuk merasai apa yang di atas tetapi dengan jaket Tabung Haji, saya sering menziarahi penginapan jemaah haji muassasah dan sering juga terhibur berkongsi makanan dalam tray yang sama dengan jemaah yang sakit sambil menyuapkan mereka. Saya juga sering ambil kesempatan untuk melepak di bawah kolong menara jam yang megah itu di tempat jemaah haji India dan Pakistan melabuh rehat sementara menunggu masuk waktu yang lain.

Ia membuka mata saya kepada dunia atas dan dunia bawah. Saya dapat lihat selonggok daging steak yang diambil dan dijamah sesuap kemudian ditinggalkan. Saya juga merasa melihat, sisa makanan kelas atasan menjadi makanan marhaen di bawah kolong hotel 5 bintang dalam satu rantaian makanan yang menampar muka saya untuk tidak sesekali membazir dan bermewah-mewahan dalam urusan makan.

Pada hari akhir, saya mengucapkan terima kasih kepada salah seorang petugas Tabung Haji Travel di Jeddah semasa saya berangkat p**ang dengan KT65, saya katakan kepada beliau "Terima kasih kerana beri peluang saya pergi haji FREE".

Beliau menjawab "Pakej haji kamu telah dibayar awal tahun ini semasa kamu membantu mencukupkan bajet orang lain menunaikan umrah dengan hasil jualan foto kamu atau mungkin lebih awal lagi dari itu...Allah tak pernah beri haji percuma TANPA PENGORBANAN".

Dalam kapal terbang....aku memandang ke langit kosong dan menyaksikan kalimah kebesaran Allah itu ada dimana-mana di antara langit dan bumi. Mengapalah aku tak nampak dari dulu lagi. Kenapalah aku bodoh sangat berfikir rezeki itu aku dapat kalau aku kerja semata-mata dan menabung...sedangkan pada Allah semua yang aku dapat itu mudah sangat untuk Dia jadikan (sambil menghantuk-hantuk manja kepala ke tingkap kapal terbang).

SAIFUL NANG
Catatan Haji 1434H

Assalamualaikum semua..Salam Jumaat..Sedikit perkongsian hari ini..Dari pengalaman Ustaz Abdul Ghani Ibrahim..😄👍👍👍Kuasa ...
21/04/2016

Assalamualaikum semua..
Salam Jumaat..
Sedikit perkongsian hari ini..

Dari pengalaman Ustaz Abdul Ghani Ibrahim..😄👍👍👍

Kuasa Sedekah
"...Adapun dengan nikmat TuhanMu hendaklah engkau perkatakan." (ayat 9 Surah Ad-Dhuha)
Minggu lepas saya terfikir macamana nak perhabiskan stok KPB dalam masa yang singkat sebab stok baru akan tiba tak lama lagi. Teringat pengalaman beberapa orang ED di CWC yg selalu mengeluarkan infaq. Dua hari selepas itu saya mula belajar bertabarru',. Saya suruh juga anak saya yang berumur 5 tahun menyumbang ke dlm tabung Aman Palestin kt sekolahnya. Petang tu saya ke bank.Tanpa disangka pegawai bank yg biasa berurusan dgn saya menyapa"ustaz, tambah lagi KPB dari 6 kotak kpd 8 kotak.Ramai p**ak kwn2 pesan". Dalam pjalanan p**ang saya sedeqahkannya utk jemaah sebuah surau berdekatan.Sebelah malam saya pergi berbekam.Tamat rawatan saya tanya upahnya berapa. jawab hamba allah itu, RM 20 je..Saya bg RM25. yg lebih tu sedekah.Tiba2 hari ini pegawai bank mesej lagi utk repeat order KPB sekali lagi. Balik ke rumah ptg td ada p**a shbt berminat nk jadi dealer bermodalkn 10k..Alhmdulillah.Tiga kali repeat order dlm masa seminggu sudah tentu berpunca dari tiga kali sedekah sebelum ini..
Moralnya: Sedeqah itu menambah rezeki n memanjangkn umur..

Sesiapa yg berminat utk mendapatkan KPB original dan premium, atau menjadi pengedar KPB, boleh hubungi kami

Whatsapp "KPB" ke 019-6113730
Whatsapp "KPB" ke 019-6113730
Whatsapp "KPB" ke 019-6113730




19/04/2016

Jika niat anda memasang niat untuk berhenti kerja bagi memulakan bisnes adalah disebabkan anda tidak s**a pekerjaan dan bos anda sekarang, kami nasihatkan anda untuk memikirkannya semula. Jangan berhenti lagi, baca 5 langkah persediaan ini dahulu. Like page Majalah Niaga!

16/04/2016

Puan Guru saya namanya Ainon Mohd. Matang usia, bijaksana p**a. Apakah yang saya pelajari dari beliau. Tentulah banyak perkara, namun untuk kali ini cukup saya nukilkan 6 perkara. Pertama, kata beliau, Jalan Terus. "Action Creates Clarity". Buat dan kita akan nampak. Hukum logik tidak berlaku pada p…

12/04/2016

Jangan lupa bahawa Allah yang memberi rezeki...
Maka jaga hubungan kita dengan Allah sebaik mungkin...

12/04/2016

Rezeki, tak perlu cemburu tak perlu mengeluh.

Kenangan Kopi Pak Belalang KPB bersama arwah Mr. Os.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Alfatihah..
08/04/2016

Kenangan Kopi Pak Belalang KPB bersama arwah Mr. Os.. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Alfatihah..

07/04/2016

👉KANDUNGAN & KHASIAT KOPI PAK BELALANG☕

Produk terbaru dari syarikat CWC iaitu Kopi Pak Belalang mengandungi pelbagai jenis bahan semulajadi antaranya habbatussauda, madu, luban, maqui berry, acai berry dan ekstrak kopi arabica membuka dimensi baru supaya tidak tertinggal makanan sunnah Nabi saw yg menjadi warisan para ulama.

Habbatussauda'
Insha Allah dapat merawat penyakit seperti Gout, Asma, Selsema, tekanan darah tinggi, alahan, sistem hempedu(Bile), melancarkan pengeluaran susu, sistem keimunan, barah.

Madu Asli
Kebaikan yang ada pada Madu Asli sememangnya diketahui umum, madu membekalkan tenaga, meningkatkan metabolisme tubuh, mengandungi agen anti oksidan, memusnahkan sel kanser, melancarkan peredaran darah, melancarkan sistem pencernaan, meningkatkan tenaga batin, menjadikan kulit lebih halus dan lebih licin.

Luban(styrax)
Meningkatkan kecergasan minda, mengelak daripada penyakit nyayuk, meningkatkan ketajaman ingatan, menghilangkan stress, sesuai untuk kanak-kanak yang lemah daya ingatan, merawat penyakit saraf dan sengal badan, pertuturan kurang jelas, sakit kepala dan masalah angin, migrain yang melampau, mengatasi masalah kanak-kanak degil, melawaskan sistem perkumuhan.

Maqui Berry
Menurunkan berat badan, meningkatkan daya ketahanan, meneutralkan radikal bebas, sumber vitamin C, kalsium, zat besi dan kalium yang bagus, menambahkan paras tenaga, aktiviti anti radang, menguatkan tulang dan sendi, mencerahkan kulit dan melindungi kulit dari cahaya matahari.

Acai Berry
Membantu mengurangkan berat badan, merawat insomnia, melawan sel-sel kanser, membantu mengurangkan komplikasi diabetes, Acai Berry juga dikenali sebagai VI**RA SEMULAJADI oleh masyarakat Asli di Amazon.

Khasiat keseluruhan:📋
✔Membantu mengeluarkan asid urik dan gaut
✔Melawan asthma/lelah
✔Merendahkan tekanan darah tinggi
✔Mengurangkan alahan (habbatussauda dapat menyembuhkan 70% alergi,jerawat, penyakit kulit)
✔Merawat sistem hempedu
✔Melancarkan pengeluaran susu ibu
✔Melegakan sakit saraf bagi ibu selepas bersalin dan sesuai untuk ibu mengandung (anak bijak)
✔Meningkatkan kecerdasan minda
✔Mengelak daripada pelupa dan nyanyuk
✔Memberi ketenangan
✔Meningkatkan tumpuan belajar
✔Amat sesuai untuk anak yg lemah daya ingatan
✔Mengurangkan migrain, sakit kepala dan angin badan
✔Melawaskan sistem perkumuhan
✔Menurunkan berat badan
✔Meneutralkan radikal bebas dalam badan
✔Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium
✔Menambahkan tenaga badan
✔Merawat insomnia
✔Mengurangkan komplikasi diabetis
✔Melindungi kulit daripada sinaran UV matahari
✔Melawan sel-sel kanser.

Alhamdulillah stok Kopi Pak Belalang KPB  dah sampai. Siapa nak order sila hubungi kami di whatsapp KPB ke 0196113730wha...
01/04/2016

Alhamdulillah stok Kopi Pak Belalang KPB dah sampai. Siapa nak order sila hubungi kami di

whatsapp KPB ke 0196113730
whatsapp KPB ke 0196113730
whatsapp KPB ke 0196113730

Juga kepada sesiapa yang ingin menjadi Pengedar KPB dengan pendapatan yang lumayan. Hubungi kami segera!!!

Address

Kuala Lumpur
52100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kopi Pak Belalang Klasik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share