Kppktmb - R.U.M Caw Sentul

Call Directions Contact the business

Kppktmb - R.U.M Caw Sentul Berjuang dalam memperkasakan RUM cawangan SENTUL demi selamat KTMB selamatlah PEKERJA.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERBINCANGAN WILAYAH TENGAH SIRI 2/2026(REGIONAL COUNSEL COMMITTEE/RCC)Tarikh : 28hb Julai 2026Te...
28/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PERBINCANGAN WILAYAH TENGAH SIRI 2/2026
(REGIONAL COUNSEL COMMITTEE/RCC)
Tarikh : 28hb Julai 2026
Tempat : Bilik Mesyuarat Pej Pengurus Wilayah Tengah

Kppktmb - R.U.M Caw Sentul
Kppktmb - RUM Cawangan Kuala Lumpur
Kppktmb - RUM Cawangan Port Klang

Mesyuarat  RUM Cawangan Sentul kali ke 01/Penggal 2026  Rasmi RUM Sentul
20/07/2026

Mesyuarat RUM Cawangan Sentul kali ke 01/Penggal 2026

Rasmi RUM Sentul

Kita tidak teruk ,dan tak jua melarat.Tidak jua kaya dan tidak jua sampai miskin.Benda realiti berlaku.Yang diatas ikut ...
17/07/2026

Kita tidak teruk ,dan tak jua melarat.
Tidak jua kaya dan tidak jua sampai miskin.
Benda realiti berlaku.
Yang diatas ikut mana pun dah memang senang .
Yang bekerja makan gaji ini nak kira macam mana ,
Tadah tangan syukur ke..

RUM CAWANGAN SENTUL

09/07/2026

ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ π€π‡π‹πˆ π‘π”πŒ

Dalam situasi semasa, RUM ingin mengingatkan semua ahli agar sentiasa mengutamakan tanggungjawab sebagai pekerja.

Teruskan menjalankan amanah dengan penuh integriti, kekalkan disiplin yang tinggi serta patuhi segala peraturan, prosedur kerja dan arahan yang sah.

Perjuangan kesatuan bukanlah alasan untuk mengabaikan tanggungjawab di tempat kerja. Sebaliknya, ahli kesatuan yang berkualiti ialah mereka yang mampu membuktikan bahawa mereka cemerlang dalam melaksanakan tugas, berdisiplin, beretika dan pada masa yang sama berani mempertahankan hak serta kebajikan pekerja melalui saluran yang betul.

RUM akan terus komited menentang sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan keputusan yang boleh menjejaskan kepentingan pekerja serta organisasi. Namun, setiap perjuangan mestilah disertai dengan kebijaksanaan, profesionalisme dan pematuhan kepada undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.
π—¦π—˜π— π—¨π—” 𝗛𝗔π—₯𝗨𝗦 π—¦π—˜π——π—”π—₯, π—œπ—¦π—¨ π—¬π—”π—‘π—š π— π—˜π—‘π—šπ—›π—œπ— π—£π—œπ—§ π—§π—˜π—₯π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π—•π—”π—‘π—¬π—”π—ž, π—œπ—‘π—œ 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗣𝗔𝗑 π—₯𝗨𝗠, π—žπ—˜π—žπ—”π—Ÿ π——π—œπ—¦π—œπ—£π—Ÿπ—œπ—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗕𝗔π—₯, π—žπ—œπ—§π—” π—¦π—˜π—Ÿπ—˜π—¦π—”π—œπ—žπ—”π—‘ 𝗦𝗔𝗧𝗨 π—£π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨 π—œπ—¦π—¨ π—¬π—”π—‘π—š π—§π—œπ— π—•π—¨π—Ÿ π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π—§π—œπ—‘π——π—”π—žπ—”π—‘ π—¬π—”π—‘π—š π—•π—œπ—π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗗𝗔𝗦𝗔π—₯π—žπ—”π—‘ 𝗣π—₯π—’π—¦π—˜π—¦ π—¬π—”π—‘π—š 𝗛𝗔π—₯𝗨𝗦 π—žπ—œπ—§π—” π—£π—”π—§π—¨π—›π—œ.

Jangan beri ruang kepada mana-mana pihak untuk mempertikaikan kredibiliti ahli-ahli RUM. Buktikan melalui sikap, disiplin dan prestasi kerja bahawa ahli RUM sentiasa menjadi contoh terbaik di tempat kerja.

Akhir sekali, rapatkan saf, kukuhkan perpaduan dan terus bersatu hati. Dengan kesatuan yang utuh, disiplin yang tinggi dan semangat yang tidak mudah luntur, Insya-Allah kita akan terus mempertahankan kepentingan organisasi dan kebajikan seluruh warga pekerja. π—žπ—œπ—§π—” π—£π—˜π—₯π—§π—”π—›π—”π—‘π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π— π—¨π—” π—žπ—˜π—£π—˜π—‘π—§π—œπ—‘π—šπ—”π—‘ π—žπ—§π— π—• 𝗗𝗔𝗑 π—£π—˜π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔.

TERIMA KASIH.



KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD

"Solidariti RUM adalah benteng terakhir mempertahankan landasan keretapi negara. Kami tidak akan berkompromi dalam menun...
06/07/2026

"Solidariti RUM adalah benteng terakhir mempertahankan landasan keretapi negara. Kami tidak akan berkompromi dalam menuntut hak KTMB dan memastikan setiap kebajikan pekerja dihormati sepenuhnya."

KTMB, Selamatlah Pekerja
KENYATAAN RASMI RUM CAWANGAN SENTUL

Address

Sentul, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
51200

Telephone

+60129117723

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kppktmb - R.U.M Caw Sentul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kppktmb - R.U.M Caw Sentul:

Shortcuts

Share