KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN

KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN, Tingkat 3, Balai FELDA, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur.

KPF Niaga Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya yang menawarkan tiga sektor utama perniagaan seperti Stesen Minyak, Agensi Takaful, dan Bekalan & Perkhidmatan.

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada pihak pengurusan serta warga kerja KPF Niaga Sdn Bhd.

KPF Niaga Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ikhlas daripada pihak pengurusan dan wargakerja KPF ...
26/05/2026

KPF Niaga Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ikhlas daripada pihak pengurusan dan wargakerja KPF Niaga Sdn Bhd.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah: Lā ilāha illallāh waαΈ₯dahΕ« lā syarΔ«ka lah, lahul-mulku wa lahul-αΈ₯amd, wa huwa β€˜alā kulli syai'in qadΔ«r."

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

KPF Niaga Sdn Bhd telah dijemput oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) untuk menjadi penceramah bagi Bengkel Operasi St...
22/05/2026

KPF Niaga Sdn Bhd telah dijemput oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) untuk menjadi penceramah bagi Bengkel Operasi Stesen Minyak pada 20hb sehingga 21hb Mei 2026 yang bertempat di Ibu Pejabat Institut Koperasi Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh En Hanafi Bin Roslan, Pengurus Bahagian Stesen Minyak bersama-sama En Ibrahim Bin Ahmad dan Puan Norhazirah Binti Mohd Sobri, Eksekutif Bahagian Stesen Minyak KPF Niaga Sdn Bhd. Bengkel ini juga melibatkan seramai 40 peserta yang terdiri daripada Pengurus Stesen Minyak Koperasi, Anggota Lembaga Koperasi, Pegawai Jabatan/ Agensi yang menyelia koperasi, Jawatankuasa Koperasi, Pengurusan Koperasi dan individu yang berminat.

Antara objektif bengkel adalah memberi pendedahan menyeluruh tentang peranan dan fungsi stesen minyak dalam rantaian bekalan tenaga negara. Selain meningkatkan kecekapan operasi harian termasuk pengurusan penjualan bahan api, kedai serbaneka dan kawalan inventori.

Bengkel ini diharapkan dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman yang berkesan dalam memperkasakan pengurusan serta operasi stesen minyak secara lebih sistematik, kompetitif dan mampan. Penganjuran bengkel seumpama ini juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik antara institusi, agensi dan koperasi demi memacu kecemerlangan industri koperasi negara ke tahap yang lebih progresif dan berdaya saing.

Institut Koperasi Malaysia

KPF Niaga Sdn Bhd menerima kunjungan hormat dari delegasi pengurusan FELDA Wilayah Segamat yang diketuai oleh Encik Amyr...
14/05/2026

KPF Niaga Sdn Bhd menerima kunjungan hormat dari delegasi pengurusan FELDA Wilayah Segamat yang diketuai oleh Encik Amyrul Hanafi Bin Ahmad Halim, Timbalan Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Segamat pada 13 Mei 2026 yang bertempat di Tingkat 3, Balai Felda, Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama, Encik Idrin Bin Mohd Seran, Penolong Pengarah Kanan; Encik Mohd Rezza Norakmal Bin Saiful, Penolong Pengarah Kanan dan Encik Amna Saufi Bin Ali, Penolong Pengarah FELDA Wilayah Segamat.

Kunjungan ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak, sekali gus membuka lembaran baharu ke arah jalinan kerjasama dalam pelbagai aspek perniagaan pada masa hadapan.

FELDA Wilayah Segamat - RASMI

13/05/2026

✨ Kenangan indah sekitar Majlis Penyerahan Hadiah Peraduan MaiKliQ yang berlangsung pada 11.05.2026 πŸŽ‰

Tahniah kepada semua pemenang bertuah dan jutaan terima kasih kepada seluruh pelanggan yang sentiasa menyokong MaiKliQ ❀️
Semoga hadiah yang diterima membawa kegembiraan dan menjadi kenangan manis bersama kami.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan MaiKliQ. Nantikan lebih banyak ganjaran menarik selepas ini πŸ˜‰

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya 𝐌𝐚𝐣π₯𝐒𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐑𝐚𝐧 π‡πšππ’πšπ‘ 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐒𝐀π₯𝐒𝐐: π‘πžπ§πžπ° & ...
12/05/2026

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya 𝐌𝐚𝐣π₯𝐒𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐑𝐚𝐧 π‡πšππ’πšπ‘ 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐒𝐀π₯𝐒𝐐: π‘πžπ§πžπ° & 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 yang diadakan di Perkarangan Dewan Merak Kayangan, Balai Felda, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif KPF Niaga Sdn Bhd, Encik Zafrullah Bin Abu, serta diiringi ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Sufian Bin Md Razali, Pengurus Bahagian Agensi Takaful. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pengurusan KPF Niaga Sdn Bhd.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah yang telah membawa pulang pelbagai hadiah menarik, antaranya motosikal Yamaha Ego Avantiz, Apple iPad (11th Generation), HABIB 1g Set Koleksi Songket, Samsung Microwave Oven serta Russell Taylors Air Fryers.

Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada seluruh pelanggan MaikliQ di seluruh Malaysia atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan. Kepercayaan anda menjadi pemangkin semangat buat kami untuk terus menawarkan perkhidmatan terbaik serta lebih banyak peluang dan ganjaran menarik pada masa hadapan.

Dengan sukacitanya kami mengumumkan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang Peraduan MaiKliQ yang t...
07/05/2026

Dengan sukacitanya kami mengumumkan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemenang Peraduan MaiKliQ yang telah berlangsung sepanjang tempoh 31 Julai 2025 hingga 28 Februari 2026.

Kemenangan ini adalah bukti sokongan dan kepercayaan anda terhadap kami.
Semoga hadiah yang dimenangi membawa kegembiraan dan kenangan indah buat anda semua.

Dalam masa yang sama, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada seluruh pelanggan MaiKliQ (KPF Niaga) di seluruh Malaysia
atas sokongan padu yang tidak pernah putus. Kepercayaan anda adalah inspirasi untuk kami terus memberikan yang terbaik.

Teruskan bersama kami untuk lebih banyak peluang menarik di masa hadapan!

Terima kasih kerana terus menyokong MaiKliQ – β€œCepat, Mudah & Selamat!”

Sekian, terima kasih.

04/05/2026

MaiKliQ : Renew & Menang πŸŽ‰

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Sukacita dimaklumkan, syarikat KPF Niaga Sdn Bhd ingin mempelawa tuan/puan yang bermin...
04/05/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, syarikat KPF Niaga Sdn Bhd ingin mempelawa tuan/puan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan terkini. Sila rujuk maklumat di bawah untuk keterangan lanjut.

Tarikh tutup permohonan adalah pada πŸ‘πŸ 𝐌𝐞𝐒 πŸπŸŽπŸπŸ”.

Kami akan berada di KARNIVAL 60 TAHUN MARA bermula dari 1hb Mei sehingga 5hb Mei 2026 yang bertempat di Pusat Dagangan D...
02/05/2026

Kami akan berada di KARNIVAL 60 TAHUN MARA bermula dari 1hb Mei sehingga 5hb Mei 2026 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Temui kami di Pavilion FELDA, Dewan Tun Razak 3, Tingkat 3, reruai KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Jumpa anda disana!

Address

Tingkat 3, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:15
Tuesday 08:15 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:30
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:15 - 17:30

Telephone

+60392128572

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KPF Niaga Sdn Bhd - KPFN:

Share