Geng Suka Buku

Call Directions Website Contact the business

Geng Suka Buku Kami menjual pelbagai jenis buku untuk bacaan umum dan santai. Jom, jadikan membaca sebagai amalan.

14/03/2025

MENULIS UNTUK SEMBUH

Dalam satu sesi kuliah yang menarik, penulis Aqila Masri berkongsi pengalaman dan pandangannya tentang menulisโ€”terutama bagi introvert yang selalu overthinking.

Apa yang beliau berikan?

โ–ช๏ธ๏ธŽCara menulis boleh membantu mengatasi keraguan diri

โ–ช๏ธ๏ธŽBagaimana introvert boleh menjadikan pemikiran mereka satu kekuatan

โ–ช๏ธ๏ธŽ Pentingnya menulis untuk diri sendiri dulu sebelum berkongsi dengan orang lain

Aqila menekankan bahawa suara dalaman dan kejujuran dalam penulisan adalah kunci untuk menyentuh hati pembaca.

Jadi, kalau kita seorang introvert yang selalu berfikir terlalu banyak, tulis, tulis dan tulis.

Biarkan kata-kata mengalir dan lihat bagaimana ia membantu anda memahami diri sendiri.

Ada sesiapa di sini yang mahu jadikan menulis cara mengatasi overthinking?

๐ŸŒถ Panggilan minggu akhir. Terus ke sini https://writenow.onpay.my/order/form/spr2025/19

Kelas pertama akan bermula esok, daftar segera dan jom duduk sebelah Min, kita belajar sama-sama. ๐Ÿ˜

"Aku...""Aku...""Aku..."Kata ahli psikologi, Nazrul Azizi, narsistik itu bila seseorang terlalu yakin pada diri sendiri ...
05/03/2025

"Aku..."
"Aku..."
"Aku..."

Kata ahli psikologi, Nazrul Azizi, narsistik itu bila seseorang terlalu yakin pada diri sendiri sampai merasakan semua hal mesti berpusat pada dirinya.

Dunia seakan-akan berputar mengikut cerita mereka.

Bagaimana hendak keluar dari perangkap ini?

Belajar menulis tentang orang lain tanpa terlalu kerap menyelitkan diri sendiri dalam kisah itu.

Ceritakan kebaikan mereka, perkara yang kita belajar daripada mereka

Buatlah selalu.

Belajar seni menulis diri daripada kuliah terpilih pada Ramadan ini. Klik https://writenow.onpay.my/order/form/spr2025/19

Majlis ilmu yang ditunggu-tunggu telah tiba โ€“ Sekolah Penulisan Ramadan 2025! โœ๏ธโœจAaaโ€ฆ pendaftaran early bird telah dibuk...
25/02/2025

Majlis ilmu yang ditunggu-tunggu telah tiba โ€“ Sekolah Penulisan Ramadan 2025! โœ๏ธโœจ

Aaaโ€ฆ pendaftaran early bird telah dibuka! ๐Ÿคฉ

Setiap kali Ramadan menjelang, inilah perkara yang paling saya nantikan. Tahun ini masuk tahun kelima saya menyertai Sekolah Penulisan Ramadan secara atas talian.

Majlis ilmu ini bermula pada tahun 2020, ketika Malaysia dilanda pandemik Covid-19. Dunia terasa sunyi, segalanya jadi kaku dan lesu kerana kita hanya mampu berkurung di rumah.

Seperti burung dalam sangkar โ€“ melihat dunia luar yang indah, tetapi tidak mampu terbang bebas. Tekanan ketika itu bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Namun, terima kasih kepada teknologi, para penulis dan pemain industri buku masih dapat berkumpul dalam satu majlis ilmu, dengan kehadiran hampir 3,000 peserta!

Ramai yang tidak tahu โ€“ menulis adalah terapi diri. Meluahkan segala yang terbuku di fikiran ke dalam bentuk tulisanโ€ฆ itulah ketenangan sebenar.

Jika fikiran serabut, tulis.
Jika hati dilanda kesedihan, tulis.
Jika terasa lost, tulis.
Jika dapat lambakan ilmu, tulis.
Jika mencari ketenangan, tulis.

Sekolah Penulisan Ramadan 2025 kembali lagi. Yang berminat hendak belajar ilmu penulisan, 'jom duduk sebelah saya', kita belajar sama-sama. Klik di sini https://writenow.onpay.my/order/form/spr2025/19

Geng S**a Buku
Jom kekal produktif, walaupun di bulan Ramadan. ๐Ÿฅฐ

Siapa yang rindukan sosok seorang ayah, boleh dapatkan buku Ayah, Ini Arahnya Ke Mana Ya? Buku ini dalam bahasa Indonesi...
16/01/2025

Siapa yang rindukan sosok seorang ayah, boleh dapatkan buku Ayah, Ini Arahnya Ke Mana Ya?

Buku ini dalam bahasa Indonesia yang sedap dibaca. Memuatkan nukilan-nukilan kerinduan seorang anak kepada ayahnya yang telah pergi.

Biarpun dihimpit kerinduan dan peritnya mengharungi kedewasaan, nasihat ayah, tetap segar dalam ingatan.

Ayah, tak minta banyak... tolong hadir dalam mimpi, supaya terubat kerinduan ini. Tolonglah, ayah... ๐Ÿฅน

Beli terus di link: https://vt.tiktok.com/ZS6CvhoAD/

Atau boleh Whatsapp kami di https://www.wasap.my/60172364148/ayahiniarahnyakemanaya

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ธ, ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ% ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ.  Seorang lelaki...
26/11/2024

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ธ, ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ% ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ.

Seorang lelaki yang bernama Brian Clark, mempunyai satu tabiat, iaitu menggigit kuku setiap kali dia berasa gugup.

Seperti yang semua orang tahu, tabiat menggigit kuku ni tak baik dan mengundang kepada masalah kesihatan yang lain.

Sehingga suatu hari, Clark nekad untuk berhenti menggigit kuku dan menyebabkan kukunya semakin panjang.

Clark meminta isterinya untuk membuat temu janji merias kukunya buat pertama kali.

Ketika ini Clark merasakan, jika dia mengeluarkan sejumlah wang untuk mencantikkan kukunya, mana mungkin dia sanggup untuk menggigit kukunya lagi.

Satu sebab kuku dah cantik, satu lagi kerana Clark telah mengeluarkan sejumlah wang untuk semata-mata mencantikkan kukunya.

Apa yang lebih menguatkan tekadnya, apabila tukang rias kuku tersebut memuji bahawa kukunya sangat cantik dan sihat, cuma terdapat kesan gigitan sebelum ini.

Disebabkan pujian dan usaha kerasnya yang tidak mahu menggigit kuku lagi, kini tabiat buruknya itu dapat ditinggalkan.

Dan sejak itu kukunya semakin cantik.

Mana Min dapat kisah inspirasi ni?
Dalam buku Atomic Habits, tulisan James Clear. Terdapat banyak lagi kisah inspirasi perubahan kecil dalam kehidupan dalam buku ni.

Dapatkan buku Atomic Habits di sini;
https://vt.tiktok.com/ZSj###82t/

Jom baca buku! โค๏ธ

Amalan Sunat di Pagi Syawal:1๏ธโƒฃ Mandi sunat hari raya. "Sahaja aku mandi sunat hari raya kerana Allah Taala."2๏ธโƒฃ Memakai...
09/04/2024

Amalan Sunat di Pagi Syawal:

1๏ธโƒฃ Mandi sunat hari raya.
"Sahaja aku mandi sunat hari raya kerana Allah Taala."

2๏ธโƒฃ Memakai minyak wangi

3๏ธโƒฃ Menyisirkan rambut

4๏ธโƒฃ Memakai baju yang baru

5๏ธโƒฃ Makan sebelum ke masjid untuk solat hari raya

6๏ธโƒฃ Mendengar khutbah hari raya

7๏ธโƒฃ Ziarah menziarahi

8๏ธโƒฃ Memberikan duit raya kepada kanak-kanak dan orang tua

Sekejapan je Ramadan tinggalkan kita. ๐Ÿฅบ
Salam Aidilfitri semua. โค
Maaf zahir batin

Melihat sosok tubuh seorang penulis tanpa payudara, rahim, limpa dan hempedu di skrin Sekolah Penulisan dan Keluarga Ram...
23/03/2024

Melihat sosok tubuh seorang penulis tanpa payudara, rahim, limpa dan hempedu di skrin Sekolah Penulisan dan Keluarga Ramadan 2024, mengundang rasa sayu dan kagum.

Bagaimana penulis 10 buah buku ini menjadi sangat kuat dan tabah dalam menempuh ujian hidup disamping memberi manfaat kepada orang lain?

M.A.T.I

Ya, itulah yang menjadi faktor pendorong kepada Cikpuan Shakirah Md Din dalam menggunakan sepenuh masa yang dikurniakan Tuhan bagi 'meninggalkan' ilmu dan kekuatan yang boleh dimanfaatkan oleh kita semua.

Write to heal,
Write to share,
Write to inspire.

Ini adalah tiga fasa yang mengubah matlamat penulisan Cikpuan Shakirah dalam menulis. Pada asalnya beliau menulis bagi merawat emosi setelah didiagnos sebagai pesakit kanser.

Ketika semakin sembuh, beliau menulis untuk berkongsi segala pengalaman yang dilalui sebagai pesakit kanser dan kini penulisannya lebih terfokus untuk memberi inspirasi kepada pembacanya.

Hebat, perancangan Tuhan untuknya. Di sebalik ujian yang bertimpa-timpa, beliau 'melawan' dengan kalam bagi menyuntik kekuatan diri sendiri dan menyedarkan orang sekelilingnya bahawa, ujian bukan untuk diratapi, tetapi untuk dirai.

Saya ingin mengambil sedikit kekuatan daripada Cikpuan Shakirah, iaitu melakukan 1% perubahan dalam rutin hidup saya dengan menulis. 1% yang insya-Allah turut menjadikan saya sembuh dan bahagia.

Terima kasih di atas kuliah pertama Ceq Kyra Writes, yang bertajuk 'Bagaimana Ujian Sakit Menjadi Modal Menulis 10 Buah Buku?' Mohon halalkan ilmu yang sangat memberi inspirasi kepada saya.

Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik kepada Cikpuan, supaya dapat lebih banyak memberi manfaat kepada kami. โค๏ธ

Saya sedang bersedia untuk kuliah kedua pada jam 9 pagi. Kuliah akan disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, yang bertajuk 'Kekal Sehingga Hujung Kata'.

Tak sabar... ๐Ÿ˜



Masih adakah di kalangan rakan-rakan saya, yang minat menulis?

Jom, belum terlewat untuk 'duduk di sebelah saya' dan kita belajar bersama. Menulislah, supaya dapat mengurus emosi dengan baik.
https://yosh.my/order/form/spr2024/264

Menurut Imam As-Shafie, ada empat perkara yang menyebabkan wajah kusam:1.Lidah yang s**a berbohong2. Sedikit rasa malu3....
20/03/2024

Menurut Imam As-Shafie, ada empat perkara yang menyebabkan wajah kusam:

1.Lidah yang s**a berbohong
2. Sedikit rasa malu
3. S**a berbuat dosa
4. Bertanya melulu yang hanya menunjukkan kebodohannya

Salam 10 Ramadan โค๏ธ

Ada yang nak isi gelas ilmu pada Ramadan ini? Jom duduk sebelah saya, kita belajar sama-sama ilmu penulisan dan kekeluargaan:

"Ramadan kali ini saya pecahkan halangan yang menyekat diri sejak tahun-tahun lalu." Gabungan dua majlis ilmu ini menguatkan saya bangkit.

Jika sedang haid, perbanyakkan zikir, selawat dan doa pada malam Nisfu Syaaban. โค๏ธVideo penuh di sini: https://vt.tiktok...
24/02/2024

Jika sedang haid, perbanyakkan zikir, selawat dan doa pada malam Nisfu Syaaban. โค๏ธ
Video penuh di sini: https://vt.tiktok.com/ZSFh4y2dA/

Check out gengs**abuku's video.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00
Sunday 09:00 - 12:00

Telephone

+60172364148

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geng Suka Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Geng Suka Buku:

Shortcuts

Share